Siyes
aku heran. Pasal apa ramai sangat puak-puak yang dengki kat kejayaan
amir bertahan di maharajalawak sekarang? Wak lue lah!! Dasar dengki tak
bertempat. Lawak amir adalah yang paling bernas setakat ini kalau
dibandingkan dengan nabil dan jozan. Malahan amir dikatakan pencabar
terdekat nabil dan jozan untuk merebut gelaran maharajalawak yang
pertama di malaysia.
Setelah
aku meneliti kes ini dari luar sampai ke isi dalam batin dan sanubari
pendengki-pendengki amir, aku dapat simpulkan perkara ini kepada lima
perkara. Lima je beb. Tak banyak mana. Lima perkara tersebut ialah ;
-
pendengki-pendengki amir ialah penyokong fanatic tahap lunatic kepada
nabil dan jozan. Siyes. Aku bercakap berdasarkan fakta yang ada kat
kepala hotak aku neh.
-
pendengki-pendengki amir tidak dapat menerima betapa amir lebih lawak
daripada jozan dan nabil. Siyes gak. Bukti betapa lawaknya ialah amir
masih berada di maharajalawak sehingga kini.
-
pendengki-pendengki amir bimbang kewibawaan amir dalam melawak akan
mengurangkan peratusan kemenangan jozan dan nabil. Ini rugi. Memang
rugi. Kalau amir menang dan nabil kalah.. nabil mesti bersara dari
gelangang lawak semalaysia. Confirm punyoo..
-
pendengki-pendengki amir sengaja menciptakan kontroversi bagi
memburukkan amir supaya amir akan terkeluar cepat. Ini perlu bagi
memastikan amir tidak dapat menang gelaran maharajalawak dan sekaligus
boleh menyelamatkan maruah nabil dan jozan di mata peminat2 mereka.
-
disebabkan itulah maka pendengki-pendengki amir bertungkus-lumus cipta
pelbagai page dengan iltizam agar amir dapat dijatuhkan dengan cara yang
paling keji sekali. Buktinya di sini.
Tetapi
sayang. Hasrat pendengki2 amir tidak kesampaian. Amir mendapat
pengiktirafan dan popular di malaysia dengan mendadak sejurus
maharajalawak ditayangkan di astro 3 minggu lepas. Amir malahan berjaya
mengumpulkan fans di facebooknya sebanyak 100ribu orang dalam masa
seminggu. WOW..
Jadi
nasihat aku mudah je kepada pendengki2 amir maharajalawak.. korang
takyah dengki2 lah dengan rezeki amir yang mencurah2 di gelangang
maharajalawak 2011 sekarang. Redha lah dengan keputusan bahawa amir
bakal memenangi gelaran maharajalawak tak lama lagi.
Lagipun
amir memang pandai buat lawak. Ini salah satu bukti betapa amir memang
hebat dalam seni lawak melawak neh. Kalau korang baca dan korang kata
tak lawak, siyes korang penipu. Aku yakin beb. Yakin. Heh
* dipetik dari Sozcyili.blogspot
hahaha.... memang lawak lah! Apa pandangan anda tentang Amir? Peminat-peminat Amir dah berazam untuk mengekalkan Amir serta mengelak penyingkiran pada malam ini. Anda bagaimana pula...?
bodoh......
ReplyDelete