Polis menyiasat kes seorang penolong
pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.
"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.
Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.
"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

- dipetik dari Bernama
Apa yang tak kena agaknya di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Belum pun selesai kes kematian Teo Beng Hock, kini satu lagi kematian misteri membabitkan pegawai Kastam Di Raja Malaysia yang sedang disoal siasat berhubung kes rasuah yang agak besar jumlahnya.
Apakah pendekatan soal siasat yang dijalankan SPRM terlalu mendesak sehingga mendorong tertuduh mengambil jalan mudah dengan membunuh diri? atau mungkinkah tahap keselamatan rekabentuk pejabat SPRM seluruh Malaysia perlu dipertingkatkan lantaran terdapat dua kes melibatkan jatuh dari pejabat SPRM yang membabitkan kematian? Mungkinkah juga sememangnya pegawai SPRM dilatih untuk menghumban tertuduh ke luar? atau mungkinkah wujudnya satu sindiket terancang yang ingin menjadikan SPRM sebagai 'kambing hitam' bagi memenuhi impian mereka?
Apa juga yang berlaku adalah satu insiden besar yang boleh menggugat kredibiliti kerajaan serta negara. Satu penyiasatan telus perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti punca kejadian ini seterusnya memastikan tiada lagi insiden sedemikian...
MACAM2 ANDAIAN / SPEKULASI BOLEH DIBUAT.. TAPI HARAP KITA TUNGGU SAJALAH HASIL SIASATAN POLIS..
ReplyDeletetahniah buat SPRM (Suruhanjaya Perkhidmatan Rumah Mayat)
ReplyDeleteBaru je dapat naik taraf surujanjaya... dah ada dua mayat diuruskan! Good Job...Good Job...Good Dog!