Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

19 September 2011

Nasi Lemak 2.0 vs Karipap-karipap Cinta = Melayu Mudah Lupa!


Anda masih kenal NAMEWEE atau pun Wee Meng Chee? Seorang pelajar jurusan dari Universiti Ming Chuan, Taiwan yang pernah mencetuskan kontroversi dengan menghina lagu Negaraku satu masa dulu. Aku memang malas nak ikut perkembangan dia, aku ingatkan lepas kes hari tu dia ni dah takut nak balik Malaysia lagi. Aku terperanjat apabila Namewee ni tetiba je mengarahkan sebuah filem Nasi Lemak 2.0 yang sekarang ni sedang ditayangkan di pawagam.

Aku tak mahu sentuh pasal cerita dia yang dikatakan kelakar, pedas, perkauman dan macam-macam lagi. Aku sebenarnya kelu! Sangat menghairankan seorang individu yang secara terbuka mencetuskan kontroversi di negara kita melalui You Tube kini dengan bebas berkarya melalui filem pula. Bagaimana pula perasaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu yang marahkan kenyataan beliau?

Inilah yang terjadi di negara kita. Apabila kerajaan hanya membiarkan individu sebegini bebas sebebasnya aku pasti suatu hari kelak kita semua akan merasa bahangnya. Hina dan cakap lah apa pun... sebabnya mudah, kerana Melayu Mudah Lupa!      

Disebalik kemunculan filem ini, sebuah lagi filem arahan Othman Hafsham berjudul Karipap-karipap Cinta turut menjengah pawagam.Filem yang dibintangi oleh pelakon kontroversi Gambit Saifullah ini  diadaptasi dari novel yang dikatakan paling laris di pasaran dengan judul yang sama.

Anda kenal Gambit Saifullah ni? Beliau pernah menggelarkan peminatnya dengan gelaran babi dan anjing serta pernah menghadiahkan 'middle finger' pada blogger dan kemudiannya meminta maaf. Pasti anda ingat lagi video klipnya bersama Prema Yin yang kononnya dihasilkan untuk pasaran Amerika. 

Kenapa insan-insan ini pilih Nasi Lemak 2.0 dan tidak Teh Tarik 2.0? Kenapa pula tetiba je 2.0 tidak 3.0? Kenapa pulak Gambit pilih Karipap-karipap Cinta tidak Samprit Cinta atau Dodol Cinta? Mungkinkah ada maksud tersirat yang cuba disampaikan mereka yang sememangnya dahagakan publisiti ni?

Hahaha... Namewee vs Gambit, siapa yang lebih hebat? Pasti Melayu jugalah yang hebat kan? Jom kita penuhkan panggung ramai-ramai. Tak mengapa... MELAYU MUDAH LUPA!

Selepas ini kita saksikan pula sebuah filem arahan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara pula... amacam Sitt Al-Wuzara? ada berani bikin filem macam diorang ka?


 Haramkan Klip Video LUCAH pertama di Malaysia nyanyian Prema Yin!
 Video Klip Lucah tu untuk pasaran Amerika...



5 comments:

  1. karipap lawan nasi lemak? hahaha akhirnya kuih apam yang menang

    ReplyDelete
  2. tauhu sentil lagi best bro

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Bukan menegur tapi ingin memberi pendapat sahaja.. Kalau u post entry cm ni, akn menimbulkan isu racist kat sini.. beri Namewee peluang untuk berubah.. mungkin Namewee ada buat salah tapi dia menyesal dgn kesalahan tersebut..

    kte hidup 1 malaysia, ada berbilang kaum.. tak kan x blh bertolak ansur antara 1 sama lain? yang sudah sudah laa.. beri dia peluang kedua.. kenapa mesti fikirkan benda yg dah berlalu?

    jangan pentingkan diri sendiri.. sedangkan Nabi pun memaafkan umat nye.. Apatah lagi kte ni? tak kan nk simpan dendam dan benci itu? Dia pun dah mintak maaf kan? haizzz..

    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  4. Bukan menegur tapi ingin memberi pendapat sahaja.. Kalau u post entry cm ni, akn menimbulkan isu racist kat sini.. beri Namewee peluang untuk berubah.. mungkin Namewee ada buat salah tapi dia menyesal dgn kesalahan tersebut..

    kte hidup 1 malaysia, ada berbilang kaum.. tak kan x blh bertolak ansur antara 1 sama lain? yang sudah sudah laa.. beri dia peluang kedua.. kenapa mesti fikirkan benda yg dah berlalu?

    jangan pentingkan diri sendiri.. sedangkan Nabi pun memaafkan umat nye.. Apatah lagi kte ni? tak kan nk simpan dendam dan benci itu? Dia pun dah mintak maaf kan? haizzz..

    Persoalannya...

    Siapakah yang rasist sebenarnya? namewee atau pun admin? Beri peluang untuk Namewee berubah? persoalannya adakah beliau menggunakan peluang yang telah diberikan?

    Yang sudah tu sudah lah... tapi kenapa Namewee secara sinis masih cuba menempelak namun secara halus pula?

    Siapa yang pentingkan diri? Saya yakin Namewee sememangnya mempunyai agenda tertentu. Jangan kita asyik termakan dengan gula-gula yang diberikan mereka ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...