Banda Hilir, Melaka (25 Sept 2011) : Perbadanan
Muzium Melaka (PERZIM) hari ini mengadakan satu majlis ringkas meraikan
pengunjung ke 500,000 seiring dengan Festival Hang Tuah yang diadakan bermula
23-25 September 2011 yang lalu.
Pengurus Besar PERZIM, Haji
Khamis bin Haji Abas dalam kenyataannya hari ini memaklumkan majlis ringkas ini
diadakan bagi menghargai serta berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung
yang telah menjadikan muzium-muzium di Melaka sebagai satu destinasi pilihan
yang wajib ketika berkunjung ke Bandaraya ini.
Peningkatan ini adalah hasil usaha berterusan yang
telah dijalankan oleh PERZIM bagi menjadikan muzium sebagai destinasi
pelancongan terunggul dan popular yang wajib dikunjungi oleh pengunjung tidak
kira dalam mahupun luar negara. Usaha promosi ini akan terus diperhebatkan lagi disamping terus
menjalin kerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan serta memperkenalkan semua
produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka agar Melaka dijadikan sebagai destinasi
pelancongan yang mesti dikunjungi di Malaysia.
Zawawi yang berkunjung bersama isterinya Siti
Zannah bte Mohamad Shukor (32) serta anak-anak beliau Siti Zarith Soffea (7),
Mohd Zariff Danial (6), Siti Zurin Zulaika (4) serta Mohd Zikri Danish (2)
sering membawa keluarganya menikmati keindahan dan keunikan bandaraya Melaka
setiap minggu.
WAH.. DAH SETENGAH JUTA DAH.. SYABAS2.. INI SEMUA KERANA PROMOSI YANG CUKUP HEBAT.. SYABAS BRO... IKHLAS NI.. KALAU BOS TAK PUJI, BIAR AKU PUJI...
ReplyDeletehehe... terima kasih bro. x minta boss puji pun tp kata2 semangat dari sahabat2 yg paling utama. TQ bro, ini adalah hasil usaha dan kejayaan milik kita semua
ReplyDelete