Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

09 September 2011

JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum mengenai SITT AL-WUZARA


MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi (7 Sept 2011).

Memorandum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.


Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.


Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.

Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.
ReJaM© "Inilah nasib Islam sebagai agama rasmi di Malaysia..."

dipetik sepenuhnya dari milosuam.blogspot.com

Ermmmm... malunya! Patutlah penghinaan Sitt Al-Wuzara terhadap Islam terus terbiar sekian lama. Rupa-rupanya JAKIM tidak mempunyai kuasa! Apa sebenarnya peranan JAKIM? mungkin lebih baik tutup sahaja mana-mana agensi yang tak berguna. Setelah sekian lama baru kita tahu mengenai hal ini. Jadi kepada siapa agaknya perlu kami mengadu lagi?

Pendedahan secara besar-besaran melalui halaman sosial Facebook serta blog bagi menarik perhatian pihak berkuasa selama ini rupa-rupanya sia-sia sahaja. SKMM dan Cyber Securities pun bukannya tak tahu tapi memilih untuk berdiam diri. Takkan lah begitu sukar mengesannya samada di dalam negara ataupun di luar negara. Atau mungkinkah Sitt Al-Wuzara ini klon ataupun anak didik RPK yang sehingga kini masih gagal dikesan pihak berkuasa? Percayalah, jika begini cara kerja badan-badan yang sepatutnya bertanggung jawab, maka tidak hairanlah suatu masa nanti akan lahir lebih ramai lagi manusia seperti Sitt Al-Wuzara. 

Mungkin jalan terbaik adalah mengadu kepada Istana Negara namun perlukah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua bagi agama Islam campur tangan? Demi kesucian agama Islam rasanya elok juga campur tangan baginda namun sebelum itu elok benar mana-mana agensi yang merasakan tidak berguna ditutup!  

2 comments:

  1. MANA SILAPNYA NI... JADI SIAPA YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB?? ADAKAH RAKYAT SENDIRI BOLEH AMBIL TINDAKAN?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum semua saudara islam,

    Begitulah nampaknya peranan badan2 agama islam di Malaysia yg dikatakan menguatkuasakan @ menegakkan islam di Malaysia. Kalau orang adu pasal ajaran sesat yg belum terbukti sesatnya malah terbukti solat & zikir boleh terus ambil tindakan tetapi org menghina Allah SWT & Nabi SAW boleh jwp takde kuasa?

    Kelako... kelako la JAKIM nih....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...