4 petang. Anak-anak sedang bermain di halaman rumah dalam keadaan pagar yang berkunci. Subuah kereta berhenti di hadapan rumah sambil seorang pemuda berusia awal 20-an keluar menanyakan ayah. Si anak berlari memaklumkan kedatangan kawan ayahnya.
Ayah yang keletihan selepas menerima beberapa tamu yang berkunjung sempena hari raya cuba mengintai dari jendela. Terlihat sebuah kenderaan Proton Iswara ADT 9xxx berwarna merah dengan beberapa orang di dalamnya sedang menanti di bawah pohon mangga di rumah bersebelahan. Seorang pemuda berpakaian kemas dengan tag nama bertali biru memberikan salam...
'Nak tanya, rumah abang ada pakai water filter?' soalnya selepas salam dijawab.
Pantas otak berfikir, kalau jawapannya tidak pastinya katalog water filter akan menyusul!
'Ada', ujar ku pendek sambil tertanya-tanya adakah jawapan ku tepat.
'Buka pintu jap bang, kami nak servis water filter' ujarnya lagi.
'You ni dari mana? apasal nak servis water filter pulak?', tanyaku lagi.
'Kami memang servis water filter bang', jawabnya penuh keyakinan.
'Tak mengapa, kalau saya nak servis nanti saya telefon. Minta Maaf lah' ujar ku sambil cuba mengeraskan suara dengan reaksi yang agak garang!
Inilah senario yang terjadi di salah sebuah taman perumahan. Suspek yang kononnya menjalankan perkhidmatan servis water filter bergerak secara rambang dan mencari mangsa bergantung kepada keadaan. Mereka tidak mengetuk pintu ke pintu sebaliknya mencari mangsa secara rambang. Apakah yang terjadi sekiranya suspek berjaya menyakinkan mangsa? Kemungkinannya mangsa terpaksa secara rela membayar harga servis water filter yang tentunya akan melibatkan penukaran beberapa barangan ataupun lebih teruk mangsa terdedah kepada rompakan. Tindakan suspek yang bertanya dengan beberapa rakan menunggu di dalam kereta menimbulkan seribu satu persoalan.
Kepada orang ramai, berhati-hati ketika menerima tetamu seperti ini. Anak-anak juga perlu dilatih agar bersedia untuk menerima taktik seperti yang diamalkan suspek.
Apa yang pasti mereka seperti ini adalah golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup melakukan apa jua tindakan asal dapat memenuhi impian mereka walau dalam masa yang sama orang lain mungkin menderita akibat tindakan mereka.
huh... macam2 hal lah...
ReplyDeleteorang malaysia ni kebanyakkannye nak cari duit cara senang je.keje betul-betul,malas.keje memilih.tu jadinya....
ReplyDelete