Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

25 June 2011

Parlimen Pengerang Protes Pencerobohan Ruang Udara Malaysia

KOTA TINGGI - Penduduk serta masyarakat di kawasan Parlimen Pengerang, menggesa Kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan tegas di atas kejadian pencerobohan pesawat tentera udara Singapura yang telah dikesan menceroboh ruang udara negara oleh Kementerian Pertahanan.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Singapura telah lama berlaku, malah ia turut memberikan kesan serta masalah kepada penduduk sekitar.

“Masyarakat cukup menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid tentang pencerobohan oleh pihak tentera Singapura yang memasuki ruangan Malaysia. Pencerobohan yang dilakukan oleh Singapura sudah lama berlaku dan mereka bukan sahaja menceroboh malah bunyi bising jet yang melalui ruangan udara Malaysia turut memberikan kesan yang tidak selesa buat penduduk.

“Perkara yang berlaku ini seolah-olah seperti tiada penghormatan buat kerajaan Malaysia. Pencerobohan ini juga tidak boleh ditutup mata oleh pihak kerajaan. Oleh itu kami menggesa agar pihak Kerajaan Pusat melaksanakan tindakan pada Singapura atau memberi amaran bagi mengelakkan kejadian pencerobohan ini dari terus berlaku,” katanya.

Menurut Azalina, susulan itu, UMNO bahagian akan memantau tindakan yang akan diambil kerajaan melalui tindakan di antara kerajaan dengan kerajaan. 
 
* dipetik dari mejabulatku.blogspot 
 
Memang wajar dan tepat. Adalah amat malang 2,508 kali pencerobohan semenjak 2008 hanya dibiarkan berlarutan sampai kini. Apa yang tak kena sebenarnya? Sewajarnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang tegas dan bertamadun tentang isu ini. Selama ini kita sering melihat keputusan dan tindakan tegas sering diambil oleh Singapura di dalam mana-mana isu yang melibatkan Malaysia. Selama ini kita menganggap mereka sebagai jiran yang baik namun pernahkah mereka menganggap kita sebegitu,
 
Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertegas demi kepentingan seluruh Rakyat Malaysia! 

2 comments:

  1. sabar bro... apa pun tindakan kita biarlah dengan cara berhemah. Perang adalah pilihan terakhir yang sebolehnya dielakkan kerana ianya pasti akan merugikan semua pihak. banyak lagi tindakan boleh dilaksanakan seperti sekatan, pemulauan, tekanan dan pelbagai pilihan yang boleh dilaksanakan kerajaan kita. Masalahnya kerajaan Malaysia tidak mengendahkan isu ini dan menganggapnya remeh walaupun ia sebenarnya melibatkan maruah kita. Tekanan harus diberi kepada kerajaan Malaysia berhubung isu ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...