Seramai 400
orang menciptakan rekod dunia dengan berenang telanjang di pantai South
Wales, Inggris Sabtu, 18 Jun 2011. Lelaki dan wanita datang dari
berbagai negara untuk menciptakan rekod berenang di pantai Rhossili
tanpa seutas benang pun.
Dengan
selamba mereka melepaskan pakaian sebelum pukul 08.00 waktu setempat.
Setelah itu, mereka berteriak dan melompat kegirangan tanpa rasa malu
dan gentar meski angin bertiup cukup kencang.
“Saya
terbang dari Australia melalui Brazil untuk join,” kata Lizzy White, 25
tahun, salah satu peserta yang dikutip oleh Daily Mail, Sabtu, 19 Jun
2011. Lizzy mengaku merasa senang meski kedinginan.
Steven
Absalon, 29 tahun, peserta lainnya sempat malu kerana dia belum pernah
berenang telanjang sebelumnya, apalagi di depan 400 orang. Namun
sebenarnya di antara perenang telanjang tidak ada rasa malu satu sama
lain.
Steven merasa bangga boleh mengikut menciptakan rekod dunia. Nantinya ia akan menceritakan kepada anak cucunya.
Penyelenggara
acara tersebut menyatakan peristiwa itu memang harus diverifikasi oleh
pencatat rekod dunia Guiness, tetapi mereka meyakini acara itu telah
memecahkan rekod sebelumnya yang hanya diikuti oleh 250 orang saja.
* dipetik dari bestoneoffour.wordpress
Ketika kita semua meniti kemajuan dan kemodenan, masih terdapat segelintir manusia yang berfikiran kacau seolah tidak bertamadun. Apalah daya dan upaya kita ketika menyaksikan peristiwa sebegini... mudah-mudahan azab Allah yang akan ditimpakan ke atas mereka kelak tidak terpercik tempiasnya ke atas kita
tgh swiming2 tetiba si siti tsunami tu dtg,,peh..leh mletup rekod dunia
ReplyDelete