Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

07 June 2011

Shahz Jaszle sokong Gambit Saifullah isu video klip lucah.



Kenapa anda sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?

Pertama kerana saya mengenali Gambit. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.

Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.

Pendapat anda sendiri tentang klip video tersebut?
Sejujurnya saya belum melihat hasil akhir klip video tersebut. Tetapi saya rasa okey. Bab kualiti saya tidak mahu komen panjang. Tapi Gambit telah melakukan yang terbaik sebagai pengarah.
Saya cuma melakonkan watak yang dimahukan oleh Gambit. Dia mahu A, saya bagi A dengan komitmen seratus peratus.
Anda tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?
Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.
Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.
Tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?
Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.
Tidak rasa berlebihan?
Saya tidak rasa berlebihan.
Sejauh mana anda mengenali Gambit?
Saya sudah kenal dia beberapa tahun lepas. Kami malah main futsal sama-sama.
Bagaimana bekerja dengan Prema dalam adegan sebegitu?
Klip video ini baru sahaja dibuat bulan lepas. Saya pertama kali mengenali Prema sewaktu penggambaran klip video ini. Dia naif dan baik. Tidak daring seperti dalam klip video tersebut.
Anda tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?
Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut?
Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.
Gambit melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?
Hehehe... steady lah Mr. Shahz Jaszle! respon anda mengenai isu ini memang telah kami jangkakan. Yelah kan, takkan lah anda sedia melakonkan watak sebegitu dan kemudiannya menyesal dan memohon maaf seperti kebiasaan yang dilakukan oleh artis-artis sebelumnya. Sekurang-kurangnya anda tidak hipokrit!

Harapan kami semoga anda berjaya di peringkat antarabangsa. Elok juga menolak semua tawaran berlakon selepas ini dan tumpukan sahaja pada pasaran antarabangsa. Taraf anda sudah tidak layak untuk berlakon di Malaysia kot?

4 comments:

  1. pakai bikini, then sorry pun boleh menang anugerah! berlakon video klip macam ni memang nak cari glamuor ler tu... iyolah, takkan mamat ni nak pakai bikini pulak?

    ReplyDelete
  2. aku rasa macam nak carutkan je shahz jezel ni, tapi nti dia ckp aku kuang ajor pulak. tapi klu aku x carutkan melampau-lampau pulak kuang hajar budah jezel sial ni

    ReplyDelete
  3. die nak name .. jadi agama di ketepikan.. eh sat die muslim ke.?? haku tak sure plak.. adoii la.. tlg laaa... bab agama mane leh kate mentaliti or orthodox

    ReplyDelete
  4. cian dia xde sape ke yang bagi peringatan...
    dunia yang dicari....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...