SINGAPURA: Setelah lebih 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di tanah besar Semenanjung dengan Singapura, akhirnya perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanjong Pagar di sini melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya.
Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.
Ramai juga di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB (KTMB) di stesen itu.
Tepat pukul 12 tengah malam tadi, stesen yang telah beroperasi selama 80 tahun memberikan perkhidmatan menghubungkan Malaysia dan Singapura sejak 1932 itu menghentikan operasinya dari stesen itu secara total.
Bermula Jumaat perkhidmatan KTMB dari Singapura akan beroperasi dari stesen keretapi Woodlands.
Terdahulu, Sultan Johor yang diiringi putera baginda Tengku Temenggong, Tengku Idris serta puteri Tengku Amina tiba di stesen itu pada pukul 10.20 malam seterusnya dibawa meninjau persekitaran stesen berkenaan oleh pegawai kanan KTMB yang bertugas.
Keberangkatan rombongan diraja itu disambut meriah oleh ribuan pengunjung serta para media sama ada tempatan mahupun antarabangsa yang begitu teruja menunggu sejak lewat petang bagi merakamkan detik bersejarah perjalanan terakhir tren itu.- BERNAMA
Begitulah hibanya kita menyaksikan peristiwa ini berlaku pada ketika kita berdiri tegap di sini. Kalau selama ini kita mengetahui betapa kemusnahan yang pernah terlakar suatu ketika dahulu, tetapi kini kita adalah antara generasi yang menyaksikan kehilangan ini di depan mata...
Persoalannya... apa peranan atau apakah yang mampu anda lakukan? Pastinya kita kehilangan kata-kata untuk menjawap persoalan ini. Benar, tiada apa yang mampu kita semua lakukan!
Kita telah kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Kita juga telah lama kehilangan pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di Woodlands. Warisan Melayu di Kampung Gelam juga telah lama tergadai! Kini kita menyaksikan kehilangan satu lagi warisan bernilai milik kita yang seharusnya kita pertahankan.
Sememangnya Singapura dimiliki oleh kita melalui Kesultanan Johor, namun kita terpaksa akur dengan pembohongan yang kononnya Singapura dibuka oleh Stamford Raffles. British kemudiannya mempersenda kita telah melakukan sewenangnya di tanah milik kita sehingga kita kehilangan Singapura.
Kini tiada apa yang perlu kita tangiskan lagi. Maruah kita telah dipermainkan oleh orang lain. Daripada perjanjian bekalan air sehinggalah kepada isu jambatan bengkok dan pencerobohan ruang udara kita oleh negara jiran kita yang bersifat KURANG AJAR, namun malangnya tiada apa yang mampu kita lakukan!...
Usah kita tangiskan lagi, tak perlu kita hiraukannya lagi kerana apa yang pasti kita akan sentiasa tunduk selamanya kepada Singapaura kerana sifat kita sememangnya begitu.... BIARKAN!
sedih la. bangkitlah pemimpin Malaysia! jangan lah bangang tu nak bawa sampai ke mati
ReplyDeletepemimpin ku yang bangang... 1 malaysia, 1 bangang
ReplyDelete