Bernama melaporkan tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini.
Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.
Sehingga pukul 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.
Lagi Cerita Orang Gila Mengamuk.. sekadar berita yang tiada kena mengena dengan kejadian seperti di atas.
Ngerii..Lelaki Bunuh Budak Di Khalayak Umum...
Kejadian ini dikatakan berlaku di Manila, Filipina. Lelaki yang dipengaruhi dadah ini menjadikan seorang kanak-kanak lelaki sebagai tebusan. Ketika dia mula hendak menikam budak itu, polis melepaskan tembakan. Malangnya, budak yang tak bersalah itu turut mati
* dipetik dari Bloglist Malaysia
Sudah sampai masanya semua pihak yang berkaitan mempertingkatkan kawalan keselamatan terutamanya di sekolah-sekolah serta tabika dan sebagainya. Kalau perlu lantiklah pengawal keselamatan sebagai langkah kawalan memelihara kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Terdapat beberapa kes seperti ini yang berlaku di negara kita, malahan kejadian culik dan bunuh juga sering terjadi melibatkan pelajar-pelajar. Mungkin penjenayah merasakan peluang melakukan jenayah agak terbuka memandangkan kurangnya kawalan keselamatan.
Ramai juga antara guru yang mengunci sekolah sebaik sesi persekolahan dimulakan sebagai langkah pencegahan. Ini membuktikan betapa risiko besar sebenarnya yang mereka hadapi terhadap perlakuan jenayah lebih-lebih lagi memandangkan hampir semua guru adalah terdiri dari golongan wanita.
eeeiiii......takut nak baca...mengerikan!!
ReplyDelete