Assalamualaikum. Bersambung cerita daripada La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis. Dari segi tema pula ini boleh dianggap kesinambungan daripada artikel Hang Tuah dan percubaan memperkecilkan sejarah orang Melayu yang dibuat 16 hari lalu. Mari... :]
Selepas selesai bercakap hal Bugis saya berjalan-jalan di tapak ekspo buku 1 Malaysia yang terus berlangsung sehingga hari Isnin di PWTC. Sampai di sebuah gerai terlihat buku di atas ini. Allah! Ini sumber baik dan agak komprehensif tentang Dinasti Ming yang dicatatkan memerintah Cina 1368-1644 Masihi. Dinasti ini terbit sebagai reaksi daripada usaha menghalau penjajah kerana sebelum itu negara mereka diperintah Dinasti Yuan (1271-1368) yang diasaskan Kublai Khan, cucu Ghengiz Khan dari padang rumput Mongolia yang berjaya menakluki Cina.
Adapun saya tertarik melihat buku ini kerana difahamkan salah satu alasan seorang profesor kangkung menafikan kewujudan pahlawan besar Melayu, Hang Tuah ialah kerana namanya tidak disebut di dalam rekod-rekod Dinasti Ming. Begitu juga halnya Puteri Hang Li Po yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Mansur Shah Melaka. Diakui cerita Hang Tuah ada yang melanggar logik akal lantaran terlalu tinggi ilmu persilatannya zahir dan batin sehingga kelihatan seperti dongeng. Kemudian ada percanggahan fakta. Ada yang diceritakan dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Johor, Tun Sri Lanang tidak sama dengan apa yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah yang penulisnya tidak diketahui siapa.
Kitab Sejarah Melayu sendiri ada perbezaan cerita antara versi. Saya tidak ingat apa yang dikatakan versi Shellabear yang pernah menjadi rujukan utama saya ketika mula menulis siri novel "Berpetualang ke Aceh" 8 tahun, versi yang telah dirumikan lalu menjadi teks sastera tingkatan 6 tahun 70-80an kalau tak salah ingatan. Sejak setahun dua kebelakangan pula ramai membincangkan versi Raffles Malay 18 yang lebih teliti peristiwa dan catatan tempoh pemerintahan raja-raja, kini lebih dikenali sebagai versi Raja Bongsu. Versi yang telah dirumikan lalu diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2009 inilah yang digunakan untuk membuat kira-kira baru bahawa kerajaan Melayu Melaka itu didirikan tahun 1262 Masihi bukan 1400an.
Namun versi ini tidak menyebut langsung nama Hang Tuah sebagai antara ahli rombongan Melaka yang pergi ke negeri Cina kemudian membawa balik seorang anak Raja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur. Nama yang disebut mengetuai rombongan lalu mengadakan muslihat agar dapat melihat wajah Raja Cina (dalam buku tidak disebut sebagai maharaja yang wajahnya dilarang daripada ditatap orang ramai) adalah Tun Perpatih Putih, bukannya Hang Tuah! Nama Puteri Hang Li Po juga tiada. Sebaliknya muncul perdana menteri Cina bernama Li Po yang menjadi perantaraan antara rombongan Melaka dengan Raja Cina dan puteri raja yang dibawa ke Melaka pula dipanggil Puteri Hang Liu.
Adapun cerita-cerita tentang kehebatan Hang Tuah bersilat sehingga melangkaui logik akal bukanlah alasan untuk menolak kewujudannya. Bagi mereka yang sudah bergelumang jauh dengan ilmu persilatan batin dan perubatan apalagi telah melangkah ke alam misteri Tasawuf, tiada apa yang mustahil tentang cerita-cerita kehebatan sebegitu. Bagi yang tetap tidak boleh menerima kita boleh memberikan ruang dengan mengatakan cerita memang 'ditokok-tambah' untuk menambah perisa. Tetapi janganlah sehingga menafikan kewujudan seseorang. Alangkan cerita-cerita dongeng melampau di Barat malah di Cina pun dipercayai banyak dibuat berdasarkan watak yang benar-benar pernah hidup.
Kembali pada hal profesor kangkung menyebut Hang Tuah tidak wujud dalam rekod Dinasti Ming. Rekod dinasti itu disebut sebagai rujukan silang kerana tempoh kewujudan kerajaan Melayu Melaka yang masih dikira ramai sebagai 1400an-1511 (tahun Kota Melaka tumbang ke tangan Portugis) boleh dipadankan dengan tempoh kewujudan Dinasti Ming 1368-1644. Kalau diambil Melaka mula wujud 1262 mungkin agak rumit sedikit kerana rujukan silang harus dibuat dengan rekod Dinasti Song (960-1279) dan Dinasti Yuan (1279-1368) sekali. Salah satu sebab nama Hang Tuah tidak wujud dalam rekod Dinasti Ming adalah mungkin kerana beliau tidak pergi ke Cina ketika terjadi peristiwa puteri raja Cina dibawa balik ke Melaka... yang pergi adalah Tun Perpatih Putih yang saya tidak tahu siapa.
Mungkin ada yang menyoal... kalau ia pun Hang Tuah tak pergi takkanlah namanya tidak pernah disebut langsung dalam rekod Dinasti Ming yang berdiri selama hampir 300 tahun ya tak? Gerak hati saya menyebut masalah sebenar adalah rekod Dinasti tidak lengkap. Atas sebab-sebab tertentu ada cerita yang dihilangkan, ada yang diputar-belit. Alangkah gembiranya saya apabila terlihat buku tentang Dinasti Ming yang kelihatan agak komprehensif petang Jumaat. Namun saya tiada wang untuk membelinya.
Tak pula saya tanya harga tapi agak-agaklah. Terbitan Universiti Malaya, kulit keras diliputi bahan seperti plastik, kertas cantik, dua buah buku sebenarnya... jilid 1 dan 2 masing-masing setebal 3 inci gitu. Tentu mahal bukan? Apa yang saya boleh buat adalah cuba menelaah buku ketika itu juga. Tetapi bagaimana mahu mencari bahagian yang boleh menyokong telahan saya bahawa rekod Dinasti Ming memang tidak lengkap. Bagaimana mahu dicari dalam masa terhad sedangkan buku begitu tebal dan banyak maklumat?
Dalam senyap saya memohon pertolongan Ilahi lalu mula membelek-belek jilid 1 buku. Dengan kuasa Allah tak sampai setengah minit saya terjumpa bahagian berkaitan. Saya pun mengambil gambar. Tapi baru tadi tersedar nombor mukasurat tidak kelihatan. Kalau tak salah ingatan ini adalah mukasurat 46. Buka dalam windows baru. Baca dan teliti sendiri.
Sekarang biar saya pecahkan kepada 3 bahagian dan terjemahkan sehampir asal yang boleh dengan penekanan diberikan pada ayat-ayat yang digariskan...
1. Keadaan penyelidikan masa kini
Sehingga agak baru-baru ini Dinasti Ming (1368-1644) adalah satu daripada zaman yang paling tidak dipedulikan dalam pengajian sejarah Cina. Terdapat pelbagai sebab ketidakpedulian ini. Sarjana Cina di bawah Dinasti Qing (1644-1911) sangat keberatan untuk berurusan dengan sejarah zaman sebelumnya. Para pemerintah Manchu, kerana asing di China, adalah begitu sensitif terhadap para sarjana yang simpati terhadap pemberontakan regim telah jatuh yang melawan orang Manchu gasar dan oleh itu berlawanan dengan, atau sekurang-kurangnya kritikal terhadap dinasti yang memerintah. Penyiasatan yang terkenal jahat oleh pemerintah Qian-long (1736-1795) adalah secara utamanya ditujukan dengan ganas terhadap kumpulan sarjana ini. Oleh itu, kebanyakan sejarawan abad ke lapan belas dan sembilan belas, memilih untuk berada di pihak selamat, mengalih tumpuan pada zaman-zaman lebih awal dan mengelakkan Dinasti Ming yang problematik. Zaman pemerintahan Ming beransur-ansur dianggap sebagai kabur dan zaman kemelesetan yang tidak menimbulkan minat yang daripada mana tidak ada nilai boleh didapati. Sikap ini masih berleluasa di kalangan sarjana Cina selepas revolusi 1911, ketika mana tiada kesan buruk politik harus ditakuti oleh mereka yang mengkritik rejim Manchu, dan ini sangatlah mempengaruhi sarjana Jepun dan Barat.
Apa yang disebut di sini adalah sudah berapa lama pengkajian sejarah Dinasti Ming tidak dipedulikan. Ini disebabkan selepas menjatuhkan Ming, Dinasti Qing yang didirikan oleh orang-orang Manchu yang berasal dari luar Cina tidak suka sarjana menunjukkan simpati terhadap dinasti musuhnya dan saki-baki perjuangan mereka. Keadaan begitu teruk sehingga seorang pemerintah Qing yang bernama Qian-long menjalankan siasatan secara ganas untuk menakut-nakutkan kumpulan sarjana yang mungkin bersimpati dengan Ming. Akibatnya sejarawan abad ke 18 dan 19 mengelakkan bercerita tentang Dinasti Ming untuk selamat malah begitulah keadaan selepas revolusi 1911 di mana Dinasti Qing dan kerajaan orang Manchu akhirnya dijatuhkan.
Logiknya selepas itu sarjana dan sejarawan tidak patut lagi takut untuk berbincang tentang Dinasti Ming tetapi realitinya tidak begitu. Realitinya, selepas Dinasti Qing dijatuhkan pergerakan demokrasi republikan pimpinan Sut Yat Sen, tidak lama kemudian naik pemerintahan komunis yang lebih membencikan pemerintahan beraja. Bayangkan sejak Dinasti Ming jatuh 1644 hingga abad ke 20, selama 300 tahun atau lebih dinasti ini dilupakan dan dianggap tiada nilai, tidak pernah mencapai apa-apa yang mahu dibanggakan. Betapa banyak kisah yang sudah hilang?
Apakah tidak mungkin nama Hang Tuah, cerita tentang betapa rapatnya Melaka dengan Cina, kisah Puteri Hang Li Po yang disebut kitab Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu sebagai Puteri Hang Liu termasuk fakta yang hilang? Sikap mengabaikan sejarah Dinasti Ming ini kemudian ditiru oleh sejarawan Jepun dan Barat. Maknanya apa? Maknanya sejarawan Jepun dan Barat turut mengabaikan sejarah sebenar Ming. Mereka mengambil sumber daripada orang yang menolak sejarah Ming. Maka mana mungkin mereka ada rekod yang bebas daripada pengaruh pihak berkepentingan?
Zaman Ming, kelihatan dari segala segi, tidak menghasilkan pencapaian yang nyata seperti tamadun Cina pada zaman-zaman lebih awal, dan maka itu ia kelihatan tidak menawarkan tarikan apa-apa untuk kajian. Kuasa politik Ming tidak boleh dibandingkan dengan apa yang dimiliki Han (206 Sebelum Masihi - 220 Selepas Masihi) and Dinasti-dinasti Tang (618-907) dan wilayah empayar Ming jauh lebih kecil daripada yang dimiliki Yuan (1279-1368) and Dinasti-dinasti Qing. Dari segi pencapaian kebudayaan pula, Ming tidak boleh berbangga dengan hasil pemikiran falsafah yang asli sepertimana zaman sebelum Tang, atau pencapaian dalam bidang puisi dan seni seperti Tang dan Song (960-1129), atau dalam bidang ilmu bahasa seperti Qing.
Nah. Zaman Ming diperkecilkan begitu sekali sehingga ia betul-betul kelihatan tidak memiliki apa-apa. Walhal kita sekarang tahu, pada zaman Minglah angkatan laut terbesar Cina lama wujud... dipimpin Laksamana Cheng Ho yang kini sudah diketahui dan diakui ISLAM! Malah dipercayai beliau sebenarnya adalah seorang Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW yang keluarganya masuk ke Cina dari arah Bukhara.
Armada Cheng Ho dikatakan terdiri daripada 300 kapal pelbagai saiz yang mana kapal-kapal besarnya beberapa kali lebih besar daripada kapal terbesar Barat. Angkatannya terdiri daripada 30,000 dan mereka melakukan 7 misi besar pelayaran termasuk untuk menunaikan haji di Mekah. Angkatan ini turun singgah di banyak pusat pemerintahan Islam terutama Melaka dan kerajaan Samudera Pasai tanpa berusaha pun untuk menundukkan mana-mana kerajaan. Ini tidak lain adalah misi dakwah dan silaturrahim antara Muslim yang menunjukkan besar kemungkin DINASTI MING ITU ADALAH KERAJAAN ISLAM!
Apakah ini yang cuba dipadam dari sejarah sehingga Dinasti Ming dipandang begitu hina dan sejarahnya dikaburkan selama 300 tahun atau lebih? Bukankah apabila Dinasti Qing berjaya menjatuhkan Dinasti Ming, mereka terus mengamalkan dasar tertutup yang mengharamkan rakyat Cina berhubung dengan dunia luar? Apakah yang ditakuti mereka? Atau siapakah yang sebenarnya menggerakkan Dinasti Qing hingga berjaya menutup syiar Islam Dinasti Ming? APAKAH MUNGKIN ADA AJEN ZIONIS BERGERAK MENURUT JADUAL DAJJAL?
Sebab ketiga yang tidak menggalakkan sebahagian sarjana teliti daripada berurusan dengan zaman Ming juga berkenaan dengan yang pertama, dan boleh, mungkin, boleh dibezakan dari segi kompleksiti dan melimpahnya bahan sejarah berkaitan zaman ini. Oleh kerana penulis Ming lebih berminat terhadap sejarah mereka sendiri, mungkin terdapat lebih banyak bahan berkenaan sejarah Ming berbanding mana-mana zaman Cina yang lampau, kecuali di kemudian abad ke sembilan belas dan awal dua puluh. Tetapi disebabkan penyiasatan sastera abad ke lapan belas, kebanyakan buku yang berurusan dengan sejarah Ming ditulis semasa zaman Ming dan awal Qing telah dimusnahkan, dan banyak hasil kerja lain yang dapat melepaskan diri dari kemusnahan wujud hari ini dalam satu atau sedikit naskah. Oleh itu seorang sarjana yang teliti boleh hilang semangat daripada mengkaji satu zaman tertentu atau menangani sesuatu masalah jika dia tahu ada terdapat bahan penting tentang subjeknya yang wujud tetapi tidak boleh dicapai olehnya....
Untuk perenggan terakhir ini saya terjemahkan setakat sampai barisan merah terakhir habis ya. Di sini dikatakan sarjana boleh hilang minat untuk mengkaji akibat terlalu banyak bahan! Pelik kedengaran bunyinya tetapi terlalu banyak bahan boleh menyebabkan sesuatu itu menjadi lebih kompleks dan rumit. Namun disebabkan usaha siasat abad ke 18 yang bertindak ganas terhadap para sarjana yang simpati terhadap Dinasti Ming, banyak buku YANG DITULIS TENTANG ZAMAN MING PADA ZAMAN MING dan awal Qing (berbanding buku yang ditulis 300 tahun kemudian yang isinya mungkin tersasar jauh daripada kebenaran) telah dimusnahkan. Mana yang selamat pula tinggal satu atau sedikit sahaja naskah yang entah disimpan di mana, disembunyikan di mana (untuk apa? untuk menutup kebenaran yang saya percaya boleh menunjukkan KEISLAMAN DINASTI MING). Ini boleh menyebabkan sarjana yang teliti hilang minat kerana bahan (walaupun asalnya begitu banyak) tidak dapat diperolehi (kerana hilang atau disorokkan).
Dua ayat terakhir perenggan menyebut halangan-halangan ini sedikit demi sedikit dapat diatasi. Namun setelah 300 tahun atau lebih sejarah sebenar digelapkan, buku-buku dimusnahkan, setekat mana rekod yang diperolehi sekarang cukup lengkap untuk menerangkan realiti sejarah dan keadaan sebenar? Jawab saya, sebanyak mana pun rekod diperolehi dan dikaji kembali sehingga dapat dijadikan buku bersaiz hampir kertas A4 setelah lebih 6 inci belum tentu ia dapat menjawab segala persoalan. Masih ada perkara yang digelapkan atau diputar-belit langsung untuk menutup kebenaran apalagi dalam keadaan akhir zaman di mana cahaya syumul Islam semakin galak cuba dihilangkan...
Dalam keadaan ini saya dengan penuh yakin menyatakan - Sesungguhnya REKOD DINASTI MING TIDAK BOLEH MENAFIKAN KEWUJUDAN HANG TUAH, penafian yang dibuat untuk menjatuhkan kepentingan kerajaan-kerajaan lama kita terutama Melaka dan melemahkan jatidiri orang Melayu. Ia adalah penafian yang kalau berjaya ditegakkan benang basahnya akan menyebabkan kurikulum sejarah wajib lulus di sekolah bermula 2014 ditulis oleh tangan-tangan jahat yang galak mahu menafikan keunggulan Islam dan hak kita orang Melayu terhadap tanah tumpah darah kita ini. Cukup.
Posted by Radzi Sapiee at 8:04 AM
Kami ternanti-nanti apa komen profesor Kangkung terhadap ulasan di atas. Mungkin ada kebenarannya Profesor Kangkung cuba mengambil kesempatan ke atas perlaksanaan matapelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib pada tahun 2014 dan cuba menghilangkan semangat jatidiri orang Melayu.
Benar sejarah ditulis oleh mereka yang menang... namun janganlah Profesor Kangkung tersebut merasakan beliau berada di pihak yang menang. Kalau pun Profesor Kangkung merasakan adanya ejen-ejen zionis yang akan berdiri di belakang dia mempertahankan kenyataannya, maka eloklah kiranya Profesor Kangkung tersebut keluar dan tinggal bersama mereka sahaja.
Wadah Panglima telah mengupas mengenai isu ini beberapa hari lalu (klik sini). Kalau melihat rentetan demi rentetan termasuklah isu INTERLOK, Mat Idera (klik) Perjuangan Kiyai Salleh serta lain-lain isu lagi, kita melihat seolah wujud satu agenda atau percubaan untuk mengacau bilaukan keselamatan negara serta perpaduan kaum melalui kenyataan yang diselewengkan. Ketahuilah kepada semua bangsa-bangsa lain yang cuba bersembunyi di bawah kata keramat(?) 1 Malaysia, ini bukanlah masanya untuk kita bergurau atau cuba menguji perasaan bangsa lain.
Wadah Panglima telah mengupas mengenai isu ini beberapa hari lalu (klik sini). Kalau melihat rentetan demi rentetan termasuklah isu INTERLOK, Mat Idera (klik) Perjuangan Kiyai Salleh serta lain-lain isu lagi, kita melihat seolah wujud satu agenda atau percubaan untuk mengacau bilaukan keselamatan negara serta perpaduan kaum melalui kenyataan yang diselewengkan. Ketahuilah kepada semua bangsa-bangsa lain yang cuba bersembunyi di bawah kata keramat(?) 1 Malaysia, ini bukanlah masanya untuk kita bergurau atau cuba menguji perasaan bangsa lain.
Sejarah telah tercatat bahawa tanah ini adalah Tanah Melayu, maka sebarang usaha untuk meminggirkan serta menjatuhkan jati diri bangsa Melayu sebagai pemilik tanah bertuah ini adalah satu perbuatan biadap yang tidak boleh diterima. Biarkan sejarah berlalu, jangan biarkan kita sebagai generasi masakini mengukir sejarah dengan darah!
Bersama kita memastikan keharmonian ini menerusi semangat setiakawan yang tinggi antara kita, jagalah sensitiviti dan perasaan orang lain agar kita dan generasi selanjutnya akan terus mampu menikmati kemakmuran ini selamanya...
Bersama kita memastikan keharmonian ini menerusi semangat setiakawan yang tinggi antara kita, jagalah sensitiviti dan perasaan orang lain agar kita dan generasi selanjutnya akan terus mampu menikmati kemakmuran ini selamanya...
profesor kangkung tgh menyangkung minta bantuan yahudi...tu yg x respon2 tu...
ReplyDeletejangan main api dengan kami Bangsa MELAYU... kalian PASTI menyesal!
ReplyDeleteaku gantung keris kat umah sekadar perhiasan, kalau nak try dipersilakan
ReplyDeleteNAMPAK MACAM MENARIK.. NANTI ERK BACA..
ReplyDeleteTerdapat banyak buku2/tulisan tentang sejarah kewujudan diri fisik Hang Tuah sehingga kesaktian@kewujudan dia amat diragui@dipertikaikan bukan hanya di kalangan bangsa lain tapi juga bangsa melayu sendiri..malah ada melayu sendiri pd ketika ini pun mempersendakan lagenda ini!
ReplyDeleteItu tentang fisiknya!
Ini satu pandang disudut lain untuk renungan pengkaji sejarah dlm membahas lagenda HT.
Ada satu perkara yang amat rahsia yg jarang diketahui oleh bangsa melayu sendiri bahawa di negeri Kelantan/Selatan Thailand ada tersembunyi satu ilmu tua melayu dimana sesiapa yg mewarisi ilmu ini akan selamat dari bahaya dan akan tidak ditakdirkan tuhan dia mati dibunoh/mati berdarah ditangan musoh/musibah! ....dan didalam ilmu tua ini ada tersebut perkataan Hang Tuah!
Syarat mewarisi ilmu tua ini ada ritualnya tertentu dg perjumpaan 4 mata sahaja diantara guru@murid dan tidak boleh ditulis tapi dg 3 kali hafalan sahaja,kalau murid tidak boleh menghafalnya dalam sesaat itu maka ritual itu dikira gagal dan murid itu tidak layak mewarisi ilmu tersebut ....selesai ritual kedua akan berpisah secara membelakang tubuh masing dan melangkah pergi kearah bertentangan supaya keduanya tidak bersua muka selama 3 tahun masa,itu pantangan harus dipegang!...sekiranya tersua jua sebelum tamat tempuh pantangan salah seorang akan meninggal dunia!. Ilmu itu diamal secara dalam hati dan tidak boleh didengar oleh sesiapa pun sehingga tiba satu masa untuk diwariskan kepada yg berhak.
Maka itu...ilmu ini tidak diketahui umum dan sudah pasti tidak ramai yg ada kerana syarat ilmu yg sakral sedemikian.
...apabila terbongkar rahsia ini, maka boleh di rumuskan bahawa perkataan Hang Tuah adalah satu ungkapan kata2 bagi mengaktifkan kesaktian yg tersembunyi didalam jati diri melayu tulen kearah sifat kepahlawanan yg tidak boleh dikalahkan oleh semua musoh! Hang Tuah bukan nama diri fisik seseorang tetapi adalah nama bagi ilmu yg berada pada diri fisik seorang lelaki pahlawan melayu paling sakti zaman itu !