Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi Sabtu.
Menurut anaknya, Adzimah Adi, 30, bapanya meninggal dunia kira-kira 2.40 pagi. Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak.
Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor. Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JMM dari 2002 hingga 2007.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim, antara yang terawal menziarahi jenazah, menyifatkan arwah sebagai seorang pelopor permuziuman di negara yang banyak membuat penyelidikan mengenai peninggalan manusia prasejarah, tamadun Lembah Bujang dan adat.
“Doktor Adi juga banyak membantu dalam usaha mewujudkan Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan.
“Kehilangan beliau akan dirasai dalam kalangan akademia warisan dan budaya,” kata Rais.
* dipetik dari BERNAMA
Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Dr. Adi Taha. Bagi kami di Wadah Panglima yang sememangnya mengenali dan sering berurusan dengannya, Allahyarham merupakan seorang individu yang mesra serta mudah didekati. Sumbangan beliau di dalam institusi pemuziuman bukan sahaja di Malaysia malah peringkat antarabangsa adalah amat tinggi nilainya. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman... Insya Allah, Amin
Al-Fatihah...
ReplyDeleteTAK SANGKA BRO RUPANYA BELIAU ADA MENGIDAP KANSER.. BANYAK JASANYA DALAM BIDANG PEMUZIUMAN.. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT..
ReplyDeletebapa saudara saya yang paling mesra dan baik hati..pandai bercel0teh..i miss u s0 muchh...
ReplyDelete