Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

19 April 2012

MELAYU tertipu dengan PERIBAHASA sendiri...

"HARAPKAN PAGAR... PAGAR MAKAN PADI" - inilah peribahasa yang kita sedia maklum semenjak sekian lama. Bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang minda kita tertanam dengan ungkapan ini. Maksud disebalik peribahasa ini ialah seseorang yang kita harapkan berpaling atau melakukan khianat kepada kita.

Sememangnya indah peribahasa Melayu yang diperturunkan dari generasi ke generasi ini. Seharusnya warisan ini kita hayati dan pelihara selamanya... namun sejauh manakah kita memahami ungkapan peribahasa tersebut?
Apakah pernah kita menemui spesis yang dinamakan PAGAR ini yang memakan padi? Adakah ianya sejenis serangga ataupun reptilia yang sememangnya gemarkan padi. Kita mungkin membayangkan betapa sawah padi kita dipagari malangnya pagar kita merosakkan padi sendiri? Apakah kita pernah melihat sawah padi di kelilingi pagar di mana-mana tempat dalam negara kita?

Amat malang kita selama ini TERTIPU dan TERPEDAYA dengan peribahasa kita sendiri. Peribahasa yang sebenarnya adalah "HARAPKAN PEGAR... PEGAR MAKAN PADI"!  

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan PEGAR ialah sejenis burung ataupun burung tatera atau nama saintifiknya Lophura Ignita. Kita mengenalinya sebagai Ayam Pegar.

Jadi selama ini kita terpedaya! Kesilapan terjadi adalah disebabkan kesilapan mentafsir ejaan Jawi kepada Rumi suatu masa dulu. Beginilah besarnya malapetaka yang melanda masyarakat apabila kesilapan mentafsir yang mungkin dilakukan oleh sekelompok profesional suatu ketika dahulu diterima pakai oleh masyarakat. Hasilnya keseluruhan generasi kita tertipu dan menerima pakai pandangan pakar. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka ini adalah kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan. Kita perlu ingat, kita menerima pandangan pakar sebagai rujukan sebelum kajian dilaksanakan bagi menentukan kesahihan. Janganlah kerana seorang tokoh sejarah terkenal yang disegani di negara ini mengatakan Hang Tuah itu tidak wujud dan hanya sebahagian dari mitos, maka kita pun menerima pakai pandangan dangkal tersebut. Kalau lah Hang Tuah tidak wujud, bagaimanakah nama Hang Tuah begitu gah dan dikenali seluruh Nusantara dari Sulawesi sehinggalah ke Tanah Jawa.

Satu yang harus kita kagumi ialah kebijaksaan bangsa Melayu yang menggunakan Ayam Pegar sebagai kawalan biologi bagi menghalang serangga menyerang tanaman padi. Ingatlah... sebenarnya bangsa Melayu amat bijaksana serta merupakan sebuah bangsa yang mempunyai daya intelektual yang tinggi!     

2 comments:

  1. YA.. BETUL TU.. AKU SUDAH TAHU.. BEGITU JUGA YANG AKU BERITAHU DULU.. MELEPASKAN BATOK DI TANGGA, BUKANNYA MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

    CONTOH YANG LAINNYA : YANG KURIK ITU KUNDI, BUKANNYA KENDI..

    SELAMAT BERAMAL.. :)

    ReplyDelete
  2. lega hati i mendengarnye pun...lepas ni i tidak merasai takutnye pun lagi adoi ai...pagar i sudh boleh di tanam kannya di padi nye pun kan...terima kasih nye panglima...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...