Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

26 May 2012

WWW 1 bernilai RM 520,000

PETALING JAYA: Kenderaan bernombor pendaftaran 'WWW 1' mencatat rekod baru apabila menjadi kombinasi termahal yang pernah dijual di Malaysia dengan tawaran bidaan tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu sebanyak RM520,000 ($210,582).

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha, dalam satu kenyataan berkata jumlah itu melepasi rekod terdahulu 'MCA 1' pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100.

"Siri WWW juga telah mencatat rekod sendiri, dengan 13 pembida yang berjaya membida dengan nilai lebih daripada RM100,000 dan tiga daripada mereka berjaya membida RM300,000 setiap satu," kata Datuk Seri Kong.

Datuk Seri Kong berkata jumlah bidaan yang diterima setakat ini adalah lebih daripada RM64 juta.Beliau berkata bidaan yang berjaya bagi siri 'WWW' dianggarkan meraih RM11.3 juta, 10 kali lebih tinggi berbanding kutipan yang diterima bagi siri yang lain.

"Bilangan tertinggi bidaan (dalam siri ini) ialah 'WWW 333', yang menerima 84 bidaan," kata Datuk Seri Kong.

Beliau menjelaskan, daripada 10,000 nombor dalam siri ini, 4,908 nombor telah diterima tawaran bidaannya, manakala baki 5,091 akan akan dijual kepada orang ramai.Beliau berkata surat memaklumkan keputusan kepada pembida akan dihantar bermula 6 Jun ini.

Datuk Seri Kong berkata keputusan penuh hanya akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini kerana pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi meneliti 18,243 bidaan, jumlah besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor mStar Online.

RM 520,000 adalah satu nilai yang tinggi apatah lagi ianya hanyalah sekadar nombor plat kenderaan. Namun itulah harga yang sanggup dibayar oleh rakyat Malaysia. Siapa pemiolik nombor WWW 1 ini akan kita ketahui pada isnin nanti. 

Kalaulah nombor pendaftaran bernilai sebegitu tinggi, kereta apakah agaknya yang sesuai untuknya?
* gambar sekadar hiasan

2 comments:

  1. awat hang tepek kereta lembu tu no? kah..kah.. pedas no sindiran hang

    ReplyDelete
  2. ALAMAK.. DAH ADA ORANG DAPAT KE.. AKU PUNYA BIDAAN TAK DAPATLAH TU ERKK... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...