Bandar Kajang ditenggelami air sehingga 1 meter selepas hujan lebat mencurah-curah petang tadi. Banjir kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah di kajang selepas banjir besar yang telah meragut 30 nyawa pada tahun 1971 yang lalu.
Banyak maklumat dan gambar-gambar mengenai banjir ini tersiar pantas di halaman facebook, twitter serta blog bagi memaklumkan keadaan banjir di sana. Melihat kepada arus yang mengalir deras seolah memberitahu kita betapa sukarnya keadaan mereka yang terlibat dalam bencana ini. Kerugian besar melibatkan kerosakan kenderaan, infrastruktur malah air dilaporkan memasuki Plaza Metro Kajang.
Bersama kita mendoakan agar bencana ini segera pulih. Kepada mereka yang terlibat secara langsung kita mengharapkan agar sentiasa bersabar dan berserah kepada Allah, semoga bencana seperti ini tidak diturunkan di tempat lain pula, Insya Allah...
gambar dan video dipetik dari www.ohtidak.com, tranungkite.net, easy-xs.blogspot.com, bharian.com.my, doposen.com
kesian kat diorang.
ReplyDelete:'(
ANGGAPLAH SATU UJIAN DARI ALLAH UNTUK MELIHAT TAHAP KEIMANAN HAMBANYA... SEMOGA SEMUA YANG MENJADI MANGSA TABAH MENERIMA DUGAAN INI..
ReplyDelete