Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

22 December 2011

Chef Wan terima Anugerah Khas Menteri Pelancongan



KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2011: Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Datuk Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan di Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, malam semalam.

Datuk Chef Wan yang terharu dengan penerimaan anugerah tersebut berkata anugerah itu meruapakan anugerah tertinggi yang pernah diterimanya di peringkat Malaysia atau dalam negara.
"Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan yang sangat bermakna buat komitmen, pengorbanan serta hasil sikap dedikasi saya yang tidak terhingga pada pembangunan dunia masakan Malaysia.

"Selain itu apa yang membanggakan saya adalah apabila dapat duduk semeja bersama Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong pada malam tersebut. Ianya bagai mimpi jadi nyata," katanya dengan teruja.

Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Permaisuri Agong, Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun serta Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Selain Datuk Chef Wan, anugerah yang sama turut diberikan kepada Datuk Jimmy Choo dan difahamkan merupakan pertama kali majlis anugerah berkenaan mengiktiraf dua individu dalam tahun yang sama.

Datuk Chef Wan sebelum ini pernah diiktiraf peringkat antarabangsa iaitu daripada National Critics Choice dengan menerima anugerah Life Time Achievement South East Asia Cuisine menerusi kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan juga Best Editor's Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia.


* berita dipetik dari bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...