Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

10 December 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011


Hari ini, 10 Disember 2011 kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:

i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii. Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

Gambarajah 1

Gambarajah 2, di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir

Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti. 

(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)

Fakta Menarik Menjelang Gerhana

Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.

Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!

Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya). 

Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa minit selepas fasa gerhana penuh tamat.
Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula! 

Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan.

Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!

Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.

Di bawah merupakan beberapa buah foto gerhana bulan yang berjaya dirakam sebelum ini oleh ahli forum Falak Online


























* dipetik sepenuhnya dari falak-online.net

lain-lain bacaan berkaitan :

1 comment:

  1. MALAM TADI BERKESEMPATAN MENYAKSIKAN SITUASI INI..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...