Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

09 December 2011

Mati di patuk Ular dalam Pasaraya Super Cowboy Melaka?

Beberapa hari lalu heboh mengatakan ada kes kematian melibatkan pelanggan di patuk ular tedung di Pasaraya Super Cowboy, Melaka. Menariknya dari hari ke sehari berita semakin tersebar sehingga jumlah kematian melibatkan 3 pelanggan mati akibat dipatuk ular. 

Super Cowboy asalnya adalah sebuah kilang yang kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah pasaraya borong dan runcit. Dikhabarkan hampir segala macam keperluan pengguna terdapat di sini. Bilangan pengunjung di sini boleh dikatakan agak ramai dan sentiasa sesak terutamanya ketika hujung minggu. Walaupun suasananya kurang selesa tanpa penghawa dingin, namun disebabkan barangannya lengkap serta dijual dengan harga yang murah menjadikan Super Cowboy antara pasaraya yang popular di Melaka.

Kes kematian melibatkan patukan ular di pasaraya memang sesuatu yang pastinya dianggap luar biasa di Malaysia namun akhbar-akhbar tidak melaporkannya secara rasmi. Sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya malah ada yang mempercayai kebenaran berita ini mengenangkan pasaraya berkenaan memang sarat dengan pelbagai barangan.

Sebenarnya berita kematian ini adalah palsu! Pihak pengurusan pasaraya Super Cowboy juga menafikan dakwaan ini malah telah membuat beberapa laporan Polis dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Menariknya orang ramai terus memenuhi pasaraya Cowboy tanpa menghiraukan kebenaran berita seperti ini.Tinjauan yang dilakukan juga mendapati kawasan meletak kereta penuh sesak dengan kenderaan petang tadi. Mungkin inilah strategi pesaing bagi menjatuhkan perniagaan Super Cowboy atau barangkali ada orang yang cuba menguji pengurusan Super Cowboy... maklumlah pasaraya berkenaan memang terlalu padat dengan barangan. Eloklah pasaraya Super Cowboy menaik taraf rak-rak jualannya agar barangan dapat disusun sempurna dan kemas untuk kemudahan orang ramai  

Balai : Malim
Butir-butir pengadu
Nama : Aishah bt Abdul halim
Pekerjaan : Senior Supervisor
Pengadu menyatakan:


PADA 20/11/2011 SEMASA SAYA BEKERJA DI PASARAYA COWBOY TELAH DIBERITAHU OLEH PEKERJA SAYA SEMASA BELIAU SEDANG BEKERJA ADA BEBERAPA PELANGGAN YANG DATANG TELAH BERTANYAKAN 'PERNAH TAK PELANGGAN PASARAYA COWBOY DIPATUK ULAR DAN TIDAK PERNAH ADA PELANGGAN DIPATUK ULAR. SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG MENGADA-ADAKAN CERITA TERSEBUT. TUJUAN SAYA BUAT LAPORAN KERANA BERITA TERSEBUT ADALAH TIDAK BERNAR DAN BERTUJUAN MENJATUHKAN REPUTASI PASARAYA COWBOY. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Balai : Malim
Butir-butir pengadu
Nama : Zahariah binti Amran
Pekerjaan : Senior Supervisor
Pengadu menyatakan:
PADA 6/12/2011 JAM LEBIH KURANG 4.08 PETANG SEMASA DI TEMPAT KERJA ALAMAT PASARAYA COWBOY TAMAN TEKNOLOGI CHENG MELAKA PIHAK PENGURUSAN SYATIKAT TELAH MENGESAN SATU PENYEBARAN BERTITA YANG TIDAK BENAR DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK MILIK MYST LIZ YANG MENYATAKAN "KEPADA SESIAPA YANG SUKA PERGI KE COWBOY CHENG..TOLONG JGN PERGI BUAT MASA NI..SBB SUDAH BERLAKU KEMATIAN YANG MENGEJUTKAN HAMPUR 10 ORANG YANG MENJADI MANGSA PATUKAN ULAR TEDUNG YANG MASIH BERSEMBUNYI KAT DLM PASARAYA 2...KLU NAK TAU ADA SAKSI NMPK OWNER COWBOY TU BG PAMPASAN TUTOP MULUT KAT FAMILY MANGSA 1 JUTA SUPAYA X HEBOH PERKARA NI..SEBELUM PAPE BERLAKU KAT AHLI KELUARGA MSG2 BEK JGN PERGI KAT C2 DULU SEBELUM BOMBA SAH KAN SELAMAT" 

PIHAK PENGURUSAN TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA PENYEBAR MAKLUMAT TERSEBUT. SEKIAN LAPORAN SAYA.

* gambar dan laporan Polis dipetik dari lizcherrylover.blogspot.com

11 comments:

  1. MACAM2 HAL LAH.. INGATKAN KEDAI 1 MALAYSIA JE YANG KENA HENTAM SUPAYA JATUH. SUPER COWBOY PUN KENA JUGAK..

    ReplyDelete
  2. cowboy? ada jual kuda ke Panglima?

    ReplyDelete
  3. huhu...thu xpe...pasarya cowboy pn org nk jatuh kan...2 lah..kalau dgr dari mulut org,jagan pandai2 nk post kat wall fb..kan dah kna ambik tindakan undang2....

    ReplyDelete
  4. aku baru pergi minggu lepas (khamis 15/12/2011) ngan abang angkat aku ke super cowboy, melaka... dan semasa ke sana.. aku beli satu perangkap yang besar (perangkap landak)tapi aku bukan nak buat perangkap landak pun... aku nak isi kucing aku dan stray cats yang berlambak kat umah aku untuk pemeriksaan di vet... sangkar di rumah dah tak cukup nak menampung kucing2 tu.. hahaha...aku seret perangkap tu ke hulu ke hilir dalam cowboy tu... satu cowboy tu aku round sambil heret sangkar tu (troli tak muat)... ular sensitif dengan ransangan... tak ada pulak ular kluar masa aku round 1 cowboy tu sambil heret sangkar tu... ok jer... pengajaran / moral value : tak baik buat fitnah... dah mak aku sekarang takut nak gi super cowboy, cheng, melaka tu sebab cerita ular tu... barang situ memang murah betul... tak caya gi la tengok geng.

    ReplyDelete
  5. www.kopiherba.com/nakincome Info Ilmu dari Pengasas KOPI HERBA Penyakit ..... Berpunca dari kekokotaran yang membeku dalam jangka masa yang lama - tidak dapat dibuang melalui 5 SISTEM PEMBUANGAN TUBUH yang Allah tetapkan pada manusia seperti najis, kencing, peluh, kahak / muntah dan hingus. Sistem pembuangan yang berfungsi sepenuhnya akan menjadikan manusia SIHAT! Allah tidak pernah menciptakan se...dikitpun ubat-ubatan dari batu-batan (kimia) dan dadah untuk hamba-hambanya. Sebagai lambang kasih sayang dan keadilan, Allah mencipta pelbagai MAKANAN yang terdiri dari pelbagai RASA (ada 9 rasa) yang terhasil beribu KHASIAT! MASIN itu RAHMAT... MASIN itu PENYELAMAT! bukan siksaan atau kezaliman... Tanpa manis dan masin, tubuh akan jadi lesu, kotor dan akhirnya LUMPUH! Kembalilah kepada pemakanan secukup rasa untuk elakan pembekuan kekotoran. KELAT akan mengawal MANIS dan membunuh kuman... PAHIT akan mengawal GARAM dan LEMAK... PEDAS itu PEMBAKARAN dan PENCAIRAN untuk memastikan organ-organ tidak tersumbat dengan PEMBEKUAN! PAHIT, KELAT dan PEDAS ada pada ulam-ulaman - kehebatan yang Allah sediakan!! Jangan diPOTONG atau diTEBUK anggota BADAN - kerana Allah permudahkan kejadian MANUSIA. InsyaAllah kami dapat membantu dengan berkesan untuk mengeluarkan pelbagai kekotoran di tubu tuan/puan dengan mudah dan cepat serta MURAH.. Untuk pendaftar an percuma dan pembelian sila klik mana2 web berikut:

    ReplyDelete
  6. seingat saya kisah patuk ular ni adalah benar...

    ReplyDelete
  7. Aku pernah pegi pasaraya cowboy ni. barang memang murah. Tapi klu nk ikut tahap susunan barang, kebersihan dan burung2 yg byk beterbangan tu, mcm tak mustahil la klu ada berlaku kes patuk ular ni...hmm nak kata strategi pesaing pun tak jugak.. sbb pesaing yg lain pun hebat jugak sales diorang cth tong hup tu, lagiii la padat orang. tesco jgn citer la kan. pesaing2 yg besar ni takde la mentaliti sesempit tu untuk jatuhkan org... klu peniaga kecil tu mungkin jugak. kpd pasaraya cowboy, silalah upgrade sikit pasaraya awak tu..untung dah berganda2 dpt drpd customer. so upgrade lah ok, u win customer also win. jgn take take thing for granted disebabkan barang awak tu murah...people still have other option...

    ReplyDelete
  8. hmmm..pasal kene patuk ular..jgn main2...klu betul xde yang mati dipatuk ular xkan sampai berani2 orang nk buat rep0rt..klu pikir logik xmustahil...sb kat pasaraya 2...barang2 nye bnyak dan boleh than padat....kita jgn pikir...kte xjmpa..xkene boleh ckap xde...klu kite kena patuk dan mati...buatnye parent kte xde kekuatan nk bela kes kite...kes ni jadi tertutup jgak mcm mangsa dek kabar angin 2...dilogik akal..baik pasaraya 2 diperiksa dlu oleh polis/bomba...bila betul2 xde..kuarkan mem0 mengatakan pasaraya 2 selamat..xde laa mnjadi tanda tanya orang ramai....dan 1 lagi naik taraf kedai 2 jgak penting,disebabkan kdai 2 banyak barang dan padatlah..ada aje kbar angin buruk...k salam...

    ReplyDelete
  9. Super cowboy kat temerloh memang bersepah pon. Belakang pulak paya. Susun lah sikit barang barang tu. Bertebarai je.

    ReplyDelete
  10. Kat temerloh pon semlm dpt info 2org mati ngn ular senduk.. siap kata bomba geledah cr ular lg.. tp pk logik xmustahil. Brg2 berhabuk ngn padat lagi..dah tu suram jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...