Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

06 March 2013

Insiden Lahad Datu, Sabah ANGKARA Freemason...? (SIRI I)

9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.


11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.


* sumber - Bernama

Wilayah Kesultanan Sulu selepas Perjanjian 1878 - 
Dari Sungai Pandassan di Barat Laut sehingga ke Sungai Sibuku di selatan. 

Pada 1963, 70% penduduk Sabah telah bersetuju untuk bersama-sama 13 negeri yg lain menubuhkan Persekutuan Malaysia. Maka, secara jelas bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan Malaysia adalah sebahagian dari Sabah. Namun, kedaulatan Sabah sebagai sebuah negeri yang merdeka ini digugat oleh tuntutan negara jiran iaitu Filipina yang mendakwa Filipina adalah wilayah mereka. 

Tuntutan Filipina ke atas Sabah bermula sejak tahun 1962 apabila keturunan Sultan Sulu menyerahkan hak tuntutan ke atas Sabah kepada Republik Filipina. Malah, beberapa laman web peribadi telah mendakwa bahawa "Malaysia mengambil Sabah secara HARAM" kerana tidak mendapat perkenan keturunan Sultan Sulu. Beberapa pihak yg mendakwa Sultan Sulu yg sah juga memakai gelaran "Sultan Sulu dan Borneo Utara" sambil membuat iklan/tawaran pelaburan yg menarik di Sabah padahal secara jelas Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan bukan Sulu.

Beberapa pihak ini juga mengambil kesempatan ini untuk menuntut Sabah dengan mengambil fakta bahawa Malaysia masih membayar wang 'sewa' Sabah kepada Sulu. Tidak dinafikan juga bahawa tuntutan mereka ke atas Sabah juga berdasarkan fakta bahawa Sabah adalah antara negeri terkaya di Malaysia. Hasil bumi di Sabah baik di lautan mahupun di daratan dianggarkan berjumlah $US 300 billion (RM 900 billion)


Benarkah Freemason terlibat? Di mana peranan atau penglibatan mereka? Ikuti pendedahan seterusnya...

2 comments:

  1. Bayarlah yang setimpal dengan nilai dollar $5300 tahun 1906, bukan hanya RM5300 setahun.

    On 22 April 1903 His Majesty Sultan Jamalul Kiram signed a document known as "Confirmation of cession of certain islands", under what he either grant and ceded or leased additional islands in the neighbourhood of the mainland of North Borneo from Banggi Island to Sibuku Bay to British North Borneo Company. The sum 5,000 dollars a year payable every year increased to 5,300 dollars a year payable every year.

    http://bruneiresources.blogspot.com/2012/08/british-trade-dollar-in-brunei.html

    Kalau $1 tahun 1906 = RM300. Maka $5300 x RM300 = RM 1 590 000.

    Setara dengan gaji sultan serta kerabat melayu. Dapatlah mereka menjaga kebajikan keluarga mereka yang besar.

    http://www.erapasca.com/2012/11/gempar-gaji-agung-perdana-menteri.html

    Jangan dikhianat perjanjian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...