Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 October 2012

Penguatkuasaan Sistem AES : Siapa yang menjadi MANGSA sebenarnya?


Hati-hati memandu dan sentiasa patuhi undang-undang! Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan penguatkuasaan yang lebih tegas apabila AES (Automated Enforcement System) mula dikuatkuasakan. 

Baguslah kalau kerajaan cuba mendidik rakyat melalui penguatkuasaan yang lebih tegas. Untuk senarai penuh seluruh Malaysia lokasi AES di persimpangan lampu isyarat sila klik (akarimomar.files.wordpress.com) manakala bagi pemasanagan AES bagi mengesan kelajuan pula sila klik (akarimomar.files.wordpress.com). 

Mengikut maklumat terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 831 lokasi telah pun dipasang dengan sistem ini yang tentunya akan memudahkan tugasan pengawasan dan pemantauan mereka kelak. AES berfungsi merekod dan merakam imej sebelum kenderaan yang didapati melanggar kesalahan akan dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan pengkalan data JPJ sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. 

Yang tidak sedap kita dengar adalah sistem ini dikendalikan menerusi dua syarikat konsesi yang bertanggungjawab menanggung kos pemasangan sistem ini manakala perolehan akan dikutip menerusi saman kepada pengguna yang melakukan kesalahan. Peliknya mengapa tidak JPJ atau Polis sahaja yang mengendalikannya bagi menjamin KETELUSAN dengan kos pemasangan ditanggung oleh kerajaan. Mengapa perlu diberi ruang dan peluang kepada syarikat konsesi iaitu ATES SDN. BHD. dan juga BETAP TEGA SDN. BHD. yang tentunya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mengaut keuntungan kelak. Dijangkakan juga mereka ini mampu mengaut keuntungan sekitar RM 700 juta setahun!


Satu hari nanti kita akan melihat senarai pemandu serta kenderaan yang disenarai hitamkan malahan kes-kes mahkamah sehinggalah waran tangkap yang akan dikenakan kepada mereka yang masih gagal menjelaskan saman nanti. Maka akan terlihatlah kelak rakyat Malaysia digari tangannya. Secara simboliknya juga kita terpaksa membayar saman kepada dua syarikat konsesi ini dan bukannya kepada Kerajaan Malaysia. Begitulah juga halnya dengan Indah Water Konsortium (IWK) yang kini sedang menuntut hutang bernilau jutaan ringgit akibat ramai yang enggan menjelaskan bayaran. Namun dalam kes AES ini sangat berbeza kerana kita tetap akan membayar kerana tidak mahu berdepan dengan pelbagai masalah pembaharuan lesen dan cukai jalan kelak. 

Bagaimana kerajaan boleh melepaskan tanggungjawab ini kepada syarikat konsesi? Adalah lebih wajar kerajaan Malaysia membatalkan sahaja kontrak ini dan menguruskan AES ini menerusi agensinya seperti JPJ dan Polis. Didiklah kami menerusi penguatkuasaan seperti ini tapi janganlah memberi peluang kepada orang lain untuk mengaut keuntungan!

Terguris hati melihat betapa ramai pesalah trafik digari tangannya beberapa tahun lalu sedang dalam masa yang sama sejumlah 624,716 saman kesalahan trafik melibatkan rakyat Singapura gagal dituntut semenjak 2000. Fikir secara mendalam sebelum melaksanakan sesuatu... jangan biarkan rakyat Malaysia terus-terusan dijadikan bahan kajian!

5 comments:

  1. MANGSANYA IALAH ORANG YANG TIDAK MAHU IKUT PERATURAN JALAN RAYA.. ADUHHH, JANGAN TERKENA SUDAH..

    ReplyDelete
  2. Kalo xsalah sume negare kat dunie ni gune third party untuk urus sistem ni....sume sistem auto pnguatkuasaan jln raya gune third party...

    ReplyDelete
  3. Aku faham maksud Panglima... Masalahnya Msia ni bg konsesi dah tentunya kat kroni! Pas tu dh tentu x de ketelusan. Panglima bg contoh IWK, tp cuba tengok IPP. Sudahnya TNB kena naikkan tarif elektrik sbb tekanan dari IPP. Tengok la pulak sistem pungutan sampah by swasta... Dulu PBT buat sgt teruk skrg bg kat swasta pun sama je teruk! PBT pulak kena bayar kat pengendali sampah walau kerja tu mereka mampu laksanakan. Kenapa kerajaan buat cam ni?

    Sebab nak agihkan kekayaan di kalangan kroni. Yang bukan kroni selamanya jadi la tukang bayar je... Hahaha

    ReplyDelete
  4. Dasar Penswastaan Negara. Idea yg bagus kerana kerajaan dan swasta bersama menyumbang pmbangunan negara. Namun pengalaman Malaysia dlm penswastaan agak mengecewakan. Swasta adalah raja sedangkan kerajaan hanya menurut dan rakyat kena jadi hamba.

    Proton letak harga sesuka hati sehingga kereta tempatan terlalu mahal harga utk rakyat Malaysia. Apa kerajaan buat? TIADA

    Beri AP kepada individu tertentu sehingga kerajaan sendiri tak boleh kawal harga gula. Wujud pula jutawan gula yang akhirnya jadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia

    Lembaga Letrik Negara dibubarkan yang akhirnya tarif elektrik sentiasa dituntut naik oleh TNB. Apa kerajaan buat? Keluarkan statement beritahu tarif di Msia masih murah berbanding negara lain sedangkan TNB saban tahun kaut untung jutaan ringgit.

    Byk contoh lainnya yang menunjukkan penswastaan gagal kerana kerajaan tak mampu kawal kerakusan operator swasta ini. PLUS contohnya menuntut kadar tol dikaji setiap 3 tahun sekali sedangkan kerajaan bina lebuhraya dan mansuhkan tol apabila dah dapat pulangan tapi PLUS x kan dpt pulangan sbb kos maintenance yg tinggi menurut mereka.

    Bkn semua penswastaan gagal, ada yg berjaya namun ternyata yang selamanya gagal adalah kerajaan. Kenapa? Sebab yang terlibat dalam penswastaan adalah kalangan kroni menteri2 dan orang besar kerajaan dah tentulah kerajaan perlu melindungi kepentingan mereka. Siapa mangsanya...?

    Jawapannya adalah kita yang sentiasa menghambakan diri untuk kerajaan. Bagus wadah panglima atas pendedahan terbuka sebegini. Kerajaan perlu buat sesuatu... Dengarkan rintihan kami yang cintakan negara ini!

    ReplyDelete
  5. Next PRU....tukar kerajaan...abis citer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...