Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

30 December 2010

CUTI UMUM SAMBUT PIALA AFF


TAHNIAH buat semua pemain pasukan Harimau Malaya! Terima kasih kerana telah membuktikan bahawa mutu bolasepak di negara kita semakin meningkat. Selepas kejayaan merangkul pingat emas di Sukan SEA, bermain dengan agak cemerlang di Sukan Asia dan kini menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama membuktikan bahawa Malaysia mampu melakukan segalanya!

Kami berbangga dengan pencapaian ini. Sekian lama kami merindui detik ini, dan sekarang seluruh rakyat Malaysia merayakan pencapaian gemilang anda.

Syabas.... teruskan pendakian ini. Kami mahukan pencapaian yang lebih gemilang! Seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa bersama kalian...

Khabarnya pasukan Malaysia menaiki kereta kebal ke stadium Gelora Bung Karno bagi memastikan keselamatan terjamin dek kerana penyokong Indonesia yang fanatik... hehe apapun tahniah bro! Merasa jugak naik kereta kebal!


Najib Isytihar Jumaat Ini, 31 Dis Sebagai Cuti Umum

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

– BERNAMA




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...