Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

31 December 2010

FRONT PAGE HARIAN METRO BERHARGA RM 150,000 ?



hehehe... betul ke ni?

apa komen anda?

30 December 2010

ILLUMINATI DAN FREEMASON DI MALAYSIA

SEJADAH ?
Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.
Apa yang menariknya disini? Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :



Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.
Sila perhatikan betul-betul.


Sejadah dengan 3 ciri freemason 
checkered floor, bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)

 
Freemason

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

 Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

-Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

All seeing eye

- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.




“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”
 Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan. 

WALLAHUALAM


 sumber : MELAYU BOLEH

MASA UNTUK BERSATU KEMBALI

sudahlah, semakin kalian saling bercaci maki, semakin mencerminkan watak, ahklak dan etika yang buruk,
dan saling menghina adalah hal yg tidak baik di mata TUHAN, semua Agama mengajarkan demikian..
Bukankah perDamaian itu indah?
bukankah hidup bertetangga damai dan Rukun itu sangat indah...
Dendam... Caci maki dengan Text.... amarah.. Emosi.. tak akan pernah berkesudahan.. jika tidak dari diri kita sendiri yang memulai...
semakin kita emosi.. semakin kita mencaci dan memaki.. semakin pula mencerminkan pribadi diri sendiri yg sangat jelek..
mari kita galang persatuan persaudaraan yg rukun antar sesama manusia...
cintailah perbedaan dan perdamaian dimuka bumi..
untuk kehidupan yang lebih baik...
mari saling berjabat tangan...:shakehand
di pulau kami banyak wisatan yang hadir dari berbagai penjuru Dunia...
karena kami menghargai perbedaan dan keramah tamahan kami junjung tinggi..
kami saling menghargai walaupun agama kami berbeda, tetapi kami yakin TUHAN yang kami sembah dan Puja adalah sama...
TUHAN itu memang satu dan kami akui itu...
hanya cara penyebutannya saja masing2 berbeda dan dengan tata cara yang berbeda...
kami mencitai budaya dan adat istiadat..
kami juga mencintai sejarah...
di pulau kami bebas berekspresi...
karena kami mencintai seni...
bukan Emosi....
Jabat Erat..
Indonesia dan Malaysia mari bangun persaudaraan yang Erat... bukan perpecahan dan perselisihan..
Hidup Rukun dan Damai..
Songsong Masa Depan yang cerah bagi Generasi penerus kita masing-masing...

Salam
Laskar Pelangi Pulau Bali

* dipetik dari tulisan Laskar Pelangi Pulau Bali 



CUTI UMUM SAMBUT PIALA AFF


TAHNIAH buat semua pemain pasukan Harimau Malaya! Terima kasih kerana telah membuktikan bahawa mutu bolasepak di negara kita semakin meningkat. Selepas kejayaan merangkul pingat emas di Sukan SEA, bermain dengan agak cemerlang di Sukan Asia dan kini menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama membuktikan bahawa Malaysia mampu melakukan segalanya!

Kami berbangga dengan pencapaian ini. Sekian lama kami merindui detik ini, dan sekarang seluruh rakyat Malaysia merayakan pencapaian gemilang anda.

Syabas.... teruskan pendakian ini. Kami mahukan pencapaian yang lebih gemilang! Seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa bersama kalian...

Khabarnya pasukan Malaysia menaiki kereta kebal ke stadium Gelora Bung Karno bagi memastikan keselamatan terjamin dek kerana penyokong Indonesia yang fanatik... hehe apapun tahniah bro! Merasa jugak naik kereta kebal!


Najib Isytihar Jumaat Ini, 31 Dis Sebagai Cuti Umum

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

– BERNAMA




29 December 2010

Padi Sahabat Selamanya,Upin Dan Ipin / Original Video

MALAYSIA DAN INDONESIA, SAHABAT BUAT SELAMANYA...




kerana sukan... hubungan yang sepatutnya akrab terganggu lagi!




Sebenarnya kita adalah dua negara yang digeruni dan ditakuti oleh dunia, lantaran kekuatan inilah hubungan kita sering diganggu. berbagai dugaan dan krisis kita hadapi... dari yang kecil sehingga yang kritikal!


Mohon para pemimpin kedua negara serta media dapat memperbetulkan semula pergeseran ini! Jangan biar musuh kita gembira akibat kedukaan yang bakal kita tanggung kelak.


Sahabat buat selamanya... semoga tamadun Malaysia dan Indonesia boleh bersatu bagi membentuk kuasa baru dunia di timur... Insya Allah

28 December 2010

Gempar!!! Penonton Yang Menyuluh Sinaran Laser Kepada Pemain-pemain Bolasepak Malaysia Vs Indonesia, Masuk Tanpa Tiket???






Patutlah dia masuk bawak laser "pointer" pun tak boleh nak kesan.... "Ultraman" Jepun kan ke boleh terbang!!! Masuk stadium "sure" tak beli tiket lah tu!!! Ini mesti dia ikut "Refree Jepun" yang mengadili pertandingan tu datang Malaysia. Nak melancong....

Tak pun pemain-pemain bolasepak Malaysia tu masa kecil mereka memang peminat fanatik siri "Ultaman", sebab tulah "Ultraman" tu datang tolong mereka........ :).... Untuk membalas budi....

Apapun ingatlah... 

tiada jalan pintas untuk berjaya. hanya usaha keras serta tawakkal kepada Allah sahaja penentu segalanya.

ISU LASER : jangan sampai emosi

isu yang sangat menarik dan semakin panas diperkatakan menjelang perlawanan akhir kedua esok. Begini lah besarnya peranan bolasepak sehinggakan rakyat kedua-dua negara nampak begitu emosi.

Apa yang lebih menarik isu serangan laser ini mendapat perhatian menyeluruh sehinggakan presiden Indonesia sendiri mengeluarkan kenyataan memprotes perlawanan antara kedua negara di Bukit Jalil. Sewajarnya tanggungjawab berat yang terpikul di bahu kita selama ini dapat dikendurkan melalui sukan tetapi agak malang sekiranya sukan dijadikan pencetus perbalahan erat antara kedua negara yang sedia terjalin sekian lama!

Apa yang bakal terjadi pada perlawanan esok? Bagaimanakah tahap keselamatan pemain-pemain kerana isu pancaran laser ini dilihat begitu menganggu emosi rakyat di kedua-dua negara. Apakah akan terjadinya perkara-perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencetus akibat lebih besar? Apakah rakyat Indonesia dapat menerima kenyataan sekiranya mereka tewas esok setelah beberapa isu lain sebelum ini dilihat menganggu keakraban rakyat kedua negara? atau apakah rakyat Malaysia boleh menerima hakikat ditewaskan esok kerana timbulnya insiden-insiden yang sudah dirancang bagi memastikan emosi pemain terganggu?

Ayuh...! bukakan mata kita semua. selama ini sememangnya ada pihak yang sering menganggu hubungan Malaysia dan Indonesia. ini adalah peluang besar mereka bagi memastikan akan ada hati yang terluka kelak.

bukakan minda anda semua.... apa yang pasti walau apa jua keputusannya jangan sampai mencetuskan pertelingkahan antara kita. jadikan perlawanan ini sebagai satu ikatan bagi mengukuhkan hubungan antara kita...  

ISU LASER MALAYSIA/INDONESIA

Presiden Indonesia Minta Menteri Pemuda Dan Olahraga Protes Sinar Laser Di Bukit Jalil

Tak perlu laser untuk menang. Disebalik kegembiraan atas kemenangan pasukan kebangsaan, teman rasa malu dengan segelintir penyokong Malaysia yang menggunakan laser pointer ke muka  penjaga gawang Indonesia walaupun 3 gol disumbat selepas sinar laser hilang.

Kita tidak perlu memalukan reputasi negara kita yang sedang meningkat naik di persada bolasepak. Kita tak mahu hempas pulas pemain kita ini kelak menjadi sia-sia kerana protes.
PIALA AFF 2010
SBY Minta Menpora Protes Sinar Laser

"Tadi saya sudah bilang ke Menpora. Kalau pakai laser-laser begitu, protes saja."
MINGGU, 26 DESEMBER 2010, 20:24 WIB Arinto Tri Wibowo, Bayu Galih

VIVAnews - Pertandingan final Piala Asean Football Federation (AFF) antara Tim Nasional Indonesia melawan Malaysia berjalan seru di Stadion Bukit Jalil, Malaysia, Minggu 26 Desember 2010. Kedua tim bermain terbuka dan bergantian menyerang.

Namun, pertandingan sempat terganggu dengan ulah suporter tuan rumah. Beberapa kali suporter Malaysia menyorotkan sinar laser ke wajah pemain Indonesia.

Gangguan sinar laser ini memang jelas terlihat, bahkan di layar televisi. Saat menonton bareng di Cikeas, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) pun merasa terusik dengan gangguan sinar laser ini.

Saat istirahat di tengah pertandingan, Presiden SBY mengatakan Indonesia akan melakukan protes. Menteri Pemuda dan Olahraga Andi Mallarangeng yang saat ini berada di Malaysia pun diminta SBY menyampaikan protes.

"Tadi saya sudah bilang (telepon) ke Menpora. Kalau pakai laser-laser begitu, ya sudah sebaiknya protes saja. Itu kan tidak baik, ini persaudaraan," kata SBY di Cikeas.

Pemain Indonesia sendiri beberapa kali menyampaikan protes ke wasit saat pertandingan berlangsung. Kiper Markus Horison merasa terganggu sinar laser, sehingga konsentrasinya terganggu saat menjaga gawang.

Wajah Kapten Firman Utina pun terlihat disorot laser beberapa kali saat bermain. Terutama saat Firman mengambil tendangan pojok.

Bahkan pertandingan sempat terhenti beberapa saat di menit 55. Pemain Indonesia menghentikan pertandingan akibat gangguan sinar laser itu.
• VIVAnews

Ini akan menjadi berita hangat di Indonesia dan akan membahayakan pasukan kebangsaan yang akan bermain di sana Rabu ini. Apabila Presiden Indonesia sendiri bersuara, kita akan tahu apa yang akan disiarkan oleh akhbar mereka nanti.

Apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia yang menjaringkan ketiga-tiga gol setelah sinaran laser 'disekat'. Ada yang mengatakan laser disuluh oleh penyokong Indonesia sendiri bagi tujuan provokasi.


27 December 2010

The Real Truth About Coca Cola!

The real truth about Coca cola
Evolution Of Man  
.

    COKE -- No wonder coke tastes soooo good:
  • In many states (in the USA) the highway patrol carries about 8 liters of Coke in the trunk to remove blood from the highway after a car accident.
  • You can put a T-bone steak in a bowl of coke and it will be gone in two days.
  • To clean a toilet: Pour a can of Coca-Cola into the toilet bowl and... Let the "real thing" sit for one hour, then flush clean. The citric acid in Coke removes stains from vitreous china.
  • To clean corrosion from car battery terminals. Pour a can of Coca-Cola over the terminals to bubble away the corrosion.
  • To loosen a rusted bolt: Applying a cloth soaked in Coca-Cola to the rusted bolt for several minutes.
  • To bake a moist ham: Empty a can of Coca-Cola into the baking pan, wrap the ham in aluminum foil, and bake. Thirty minutes before the ham is finished, Remove the foil, allowing the drippings to mix with the Coke for a sumptuous brown gravy.
  • To remove grease from clothes: Empty a can of coke into a load of greasy clothes, add detergent, And run through a regular cycle. The Coca-Cola will help loosen grease stains. It will also clean road haze from your windshield.
  • To remove rust spots from chrome car bumpers: Rub the bumper with a crumpled-up piece of Reynolds Wrap aluminum foil dipped in Coca-Cola.
  • The active ingredient in Coke is phosphoric acid. Its Ph is 2.8. It will dissolve a nail in about 4 days.
  • To carry Coca-Cola syrup (the concentrate) the commercial truck must use the Hazardous material place cards reserved for Highly corrosive materials.
  • The distributors of coke have been using it to clean the engines of their trucks for about 20 years.
  • Still Want To Drink Up ?????????

26 December 2010

Coca Cola : oh no, is it true...?

lihat dan baca label kandungan gula di dalam minuman kegemaran anda. cuma 39 gram gula sahaja. perhatikan gambar di atas... begitulah yang dimaksudkan dengan kandungan gula sebanyak 39 gram itu...!

brrrrr...... teruskanlah dengan minuman kegemaran anda 

22 November 2010

MUZIUM PULAU BESAR KINI DIBUKA



Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini mencatat sejarah apabila membuka Muzium Pulau Besar, muzium ke 23 yang dimiliki Perbadanan Muzium Melaka. Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Muzium Melaka Y.Bhg Datuk Wira Hj Hamdin bin Abdollah ketika ditemui semasa lawatan ahli lembaga pengarah PERZIM ke Muzium Pulau Besar melahirkan kebanggaan atas pembukaan muzium ini.

’Saya berharap dengan adanya sebuah muzium di sini, akan menjadikan Pulau Besar sebagai sebuah lokasi pelancongan yang harus dikunjungi semasa di Melaka’, katanya sambil menambah adalah sangat penting sebuah pulau yang penuh dengan keistimewaan tersendiri ini dikunjungi kerana sejarahnya yang begitu menarik.

Pulau Besar yang tercatat di dalam peta-peta pelayaran China serta Eropah terkenal sebagai pusat bekalan air kepada para pelayar semasa pelayaran di Selat Melaka. Di sini juga bersemadi beberapa tokoh Islam antaranya Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) yang bertanggungjawab menyebar serta mengembangkan ajaran Islam ke seluruh nusantara selepas kejatuhan Kerajaan Kesiltanan Melayu Melaka.

Terdapat juga banyak kawasan-kawasan menarik yang mempunyai cerita tersendiri yang boleh dilawati dan menjadikan pulau ini sering dikunjungi oleh para pengunjung bukan sahaja dari seluruh Malaysia malah seluruh dunia.   
   
Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji Khamis bin Haji Abas ketika ditemui juga melahirkan harapan agar muzium ini mampu merancakkan lagi industri pelancongan di negeri Melaka. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan bayaran RM 3.00 untuk dewasa serta kanak-kanak sebanyak RM 1.00 seorang. Muzium ini boleh dikunjungi bermula hari ini sementara majlis perasmiannya akan dilakukan pada penghujung tahun kelak.

Muzium yang terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar ini menerangkan tentang sejarah Pulau Besar serta lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sana, selain mempamerkan beberapa khazanah serta artifak yang telah ditemui di pulau berkenaan.



Muzium ini melengkapkan koleksi muzium milik Perbadanan Muzium Melaka selain beberapa galeri di Melaka serta Indonesia bagi mengangkat kembali serta mengembalikan semula kegemilangan negeri Melaka suatu ketika dahulu yang terkenal seluruh dunia.

19 November 2010

Sulalatus Salatin : Karya Agung yang dibanggakan

 

Tun Seri Lanang dianggap sebagai pengarang karya agung Melayu, Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sekitar tahun 1611. Beliau merupakan seorang Bendahara di dalam kerajaan Johor dengan menggunakan gelaran Paduka Raja tetapi lebih dikenali sebagai Tun Muhammad. 

Keunikan karya ini terserlah melalui penggunaan unsur dogengan yang meliputi mitos dan legenda serta fakta sejarah yang bertujuan mengangkat martabat dan keagungan penaungnya. Selain itu, unsur suspen, humor dan metafora (kiasan) diadun rapi sehingga memperlihatkan ketokohan dan kebijaksanaan beliau sebagai seorang pengarang unggul di zamannya.







Sulalatus Salatin lebih dikenali sebagai Malay Annals di Barat. Karya ini tergolong di dalam genre sastera sejarah dan dianggap terulung, teristimewa dan unik dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan Melayu tradisional. Keistimewaan karya ini terserlah melalui 29 versi yang tersimpan di beberapa institusi seluruh dunia merangkumi 12 di Belanda, 11 di United Kingdom, 5 di Indonesia serta 1 di Russia.
Karya ini mengisahkan jurai keturunan raja-raja Melaka yang dikaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain menerusi pertalian 3 orang putera Raja Suran yang turun di Bukit Seguntang. Salah seorang daripada mereka, Nila Utama (Sang Sapurba) berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun dan seterusnya bergelar Seri Teri Buana lalu membuka Temasik. Apabila Temasik jatuh di tangan Majapahit, Raja Iskandar melarikan diri lalu mengasaskan Kerajaan Melaka. Keturunan baginda, Raja Kecil Besar menaiki takhta serta menganut Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad.

Pelabuhan Melaka 1615
Sepanjang keagungan Kerajaan Melaka diperkatakan kisah sultan-sultan antaranya Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah serta beberapa tokoh agung Melaka lainnya termasuk Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir serta pahlawan terbilang Hang Tuah lima bersaudara.

Manuskrip Hikayat Hang Tuah

Sejarah Melayu juga memperkatakan tentang jalinan persahabatan Melaka dengan kerajaan Majapahit dan China serta lain-lain negeri di Alam Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...