Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

Showing posts with label cerita artis. Show all posts
Showing posts with label cerita artis. Show all posts

08 May 2012

Isteri Jimmy mengandung anak LUAR NIKAH

SHAH ALAM - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa. Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

* dipetik dari Sinar Harian 
Macam-macam gossip yang melanda dunia artis. Agak malang juga apabila semua cerita-cerita begini terpaksa didedahkan di mahkamah demi mencari kebenaran. Kepada Jimmy kami mengucapkan berbanyak sabar. Setiap kejadian pasti ada hikmah tersembunyi... kalau tidak sekarang, mungkin di masa akan datang kelak. Insya Allah  

31 March 2012

Jejai sambut hari jadi dengan FASHA SANDHA




* sumber gambar dari Dauspozi.Com. dan zonartis.com




Tahniah buat Fasha Sandha yang kembali berpeluang meraikan hari jadi Jejai bersama... semoga pasangan ini akan kekal sehinggalah bergelar suami isteri kelak. Maklumlah hubungan antara dua watak popular ini sering saja panas dengan gossip.

Kepada pembaca yang sentiasa inginkan berita terkini mengenai Fasha Sandha bolehlah melihat sendiri betapa kemesraan dan keakraban mereka berdua... cuma pesanan kami janganlah dibelek sangat botol apakah yang dihidangkan atas meja tu. Anggaplah saja air botol jenama LONG CHAN yang agak popular di Melaka

20 February 2012

Al-Fatihah buat Allahyarham Latiff Ibrahim


PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. 

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak. 

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini). 

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan. 

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu. 

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. 

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

* dipetik dari MStar

03 February 2012

Gambar sensasi Jezamine Lim : Harith Iskandar mohon maaf

Selepas Siti Nurhaliza membantu menaikkan rating Wadah Panglima, terdapat pula pertanyaan mengenai Jezamine Lim, isteri kepada Harith Iskandar yang dikatakan menayangkan perut ketika hamil anak pertama mereka baru-baru ini.

Sebelum ini pun cerita mengenai Jezamine telah pun kami paparkan sebelum ini ketika menghiasi majalah SHAPE satu ketika dulu. (klik : Isteri Harith Iskandar pula berbikini?)



sumber gambar dari mediamalaya.com
gambar perut isteri harith iskandar
sumber gambar dari blog.selebriti.tv

Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar, tampil sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini yang mengiurkan. Jezamine, yang juga seorang doktor dan mempunyai sebuah restoren di kawasan Seri Hartamas, memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook. Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.



Insiden Harith Iskander menayangkan gambar isterinya yang sarat mengandung dalam keadaan perut isterinya terdedah,menerusi laman sosial Twitter miliknya, telah menimbulkan kritikan negatif sesetengah pihak. Malah ada yang kata, pelakon yang mendapat jolokan King Of Comedy ini sengaja mencari publisiti murahan dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan, sebegitu.

Memetik kenyataan di portal mStar, Harith berkata dia tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murahan. Sebaliknya, dia sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Sekaligus Harith meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
tiada apalah sangat kalau Jezamine bergambar bersama suaminya... lagipun tu anak pertama mereka, tentulah mereka agak teruja bergambar untuk tatapan peminat mereka. Tengok gambar mereka berdua pun haluuuus je...

Apapun bersama kita mendoakan agar Harith Iskandar dan Jezamine selamat menerima kehadiran cahaya mata kelak. Mengenai isu bergambar ni pun Harith telah pun memohon maaf. Seperti kebiasaannya... janji dah mohon maaf kira ok la tu... 


Siti Norhaliza kena CABUL?

BUKAN, Bukan! Ini bukan gambar Siti Norhalisa, artis terkenal. Ini gambar cubaan monyet mencabul wanita berpakaian seksi. Awas wanita-wanita! Berpakaian seksi membahayakan diri. Itu baru depan monyet, kalau di depan manusia, berbagai helah dan cara manusia boleh mencabulnya..
Gambar ini pula, baru nampak macam Siti Norhaliza. Hai, tengok tangan monyet berbulu tu, apa yang dia pegang? He, kalau betul Siti Norhliza, berjayalah monyet itu meraba artis terkenal pujaan jutaan manusia..

Maaf Siti.. Gurau aje. Yang betul tu, betul le... (IH)

* dipetik dari www.ibnuhasyim.com

hehehe... maaf ye Datuk Siti. Sekadar hiburan je untuk pembaca Wadah Panglima

22 December 2011

Chef Wan terima Anugerah Khas Menteri Pelancongan



KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2011: Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Datuk Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan di Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, malam semalam.

Datuk Chef Wan yang terharu dengan penerimaan anugerah tersebut berkata anugerah itu meruapakan anugerah tertinggi yang pernah diterimanya di peringkat Malaysia atau dalam negara.
"Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan yang sangat bermakna buat komitmen, pengorbanan serta hasil sikap dedikasi saya yang tidak terhingga pada pembangunan dunia masakan Malaysia.

"Selain itu apa yang membanggakan saya adalah apabila dapat duduk semeja bersama Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong pada malam tersebut. Ianya bagai mimpi jadi nyata," katanya dengan teruja.

Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Permaisuri Agong, Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun serta Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Selain Datuk Chef Wan, anugerah yang sama turut diberikan kepada Datuk Jimmy Choo dan difahamkan merupakan pertama kali majlis anugerah berkenaan mengiktiraf dua individu dalam tahun yang sama.

Datuk Chef Wan sebelum ini pernah diiktiraf peringkat antarabangsa iaitu daripada National Critics Choice dengan menerima anugerah Life Time Achievement South East Asia Cuisine menerusi kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan juga Best Editor's Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia.


* berita dipetik dari bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...