Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti
“ombak pelabuhan”. Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali
sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya
merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi
pantai.
Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh
daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman
bencana alam gunung berapi dan bencana alam yang seiring dengannya
seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana
alam memahami bumi dan alam sekitar kita. Di Indonesia, Pulau Jawa,
pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa Barat,
Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990,
Indonesia mencatat 15 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di
sepanjang zone-mendak serta zone aktif seismik.
Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang
menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami
merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan
gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh
asteroid atau komet pada permukaan laut.
Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan
dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan
mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang
tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku
selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan
seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan
ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak
tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga
120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.
Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah
seperti berikut, 19 Ogos 1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan
seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di daerah Flores, gelombang tsunami
mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3 Jun 1994 bencana tsunami melanda
daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.
Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi.
Walaupun tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan
bahawa gelombang tsunami gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit
Manhattan boleh dan sudah tentunya pernah berlaku pada masa lalu.
Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico
menjangkakan bahawa sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar
menghentam pertengahan lautan Atlantik, gelombang tsunami akan
menengelamkan Pantai Barat atas sehingga Pergunungan Appalachian dan
menengelamkan persisiran Perancis dan Portugis.
Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut
yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku
pada zon terbenam “subduction zones” di mana kepingan kerak bumi atau
“lithosphere” yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama
sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi.
Terdapat zon terbenam “subduction zones” di pinggir negara Chile,
Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh
dalam tempoh 100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17
tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab
mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa.
Negara Indonesia terdedah kepada
bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat
tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan
Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi
pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.
Apabila kepingan kerak bumi terbenam ke dasar, pergerakannya bergerak
tersekat-sekat – melekat sekejab sebelum tergelincir. Apabila ia
terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang
terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik
seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain
mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak
membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.
Zon terbenam “subduction zones” terdapat di seluruh dunia, tetapi
lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api
Pasifik. “Pacific Ring of Fire”. Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan
sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api
Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika,
Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung
berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah
Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung
berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.
Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu
sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami
itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak
tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara puncak ombak
yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya, puncak
gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak.
Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada
lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di
dalam laut.
Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air,
gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya
sedikit tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh
gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang
tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 di Jepun setelah
bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut
kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.
Apabila gelombang tsunami sampai ke pantai, ia menjadi perlahan
disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi
oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara
satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada
jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan
air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik
orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang
tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.
Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang
amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak
seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang
tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang
terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai
dan menenggelamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti
ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan
bangunan seperti bangunan permainan.
Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran
pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis gelombang
tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan
merbahayakan Pada tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar,
di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 – 65 kaki).
Tetapi pada suatu tempat, ombak tertumpu oleh bentuk ‘V’ memampatkan
ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan
gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi
bangunan 8 tingkat.
Pada masa kini tidak terdapat banyak yang dapat dibuat oleh mereka
yang berhadapan dengan gelombang tsunami. Di kepulauan Jepun, kerajaan
telah membina benteng dipersisiran pantai untuk menahan bandar dari
bahaya gelombang tsunami, tetapi bagi orang perseorangan, tidak banyak
yang dapat dibuat oleh mereke kecuali mengosongkan kawasan yang dijangka
akan dilanda tsunami.
Penduduk dipersisiran pantai dikawasan yang sering menghadapi tsunami
juga perlu pergi ke arah tanah tinggi apabila berlaku gempa bumi atau
letusan gunung berapi bagi yang tinggal berhampiran gunung berapi.
Mereka juga perlu mengelakkan dari pergi ke arah pantai sekiranya
berlaku tanda-tanda awal tsunami seperti air yang surut secara
tiba-tiba.
Tsunami juga mampu melanda beberapa kali, oleh itu adalah tidak
digalakkan untuk pergi ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas
ombak tsunami pertama melanda. Ini adalah untuk mengelakkan dilanda
ombak tsunami yang berikutnya.
ALLAH HU AKBAR,,JAUHI MALAYSIA DARI BALA PETAKA NI
ReplyDeletemntx2 x jadi lagi...aminperkenankanlah doa hambamu ini.
ReplyDeleteOMG.........Bahaya ye stunami ni.CANTIK WARKAH INI
ReplyDeleteBencana lain tak de ke.macm banjir,gunung berapi dan bencana bencana lain???
ReplyDeletesaya nak kesan dan sebab.
because saya nak buat buku skrap ni.....
pleaseeeeeeeeeeeeeeee
So good👍👍👍
ReplyDelete