Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

Showing posts with label miracle of islam. Show all posts
Showing posts with label miracle of islam. Show all posts

09 December 2015

Selawat TAFRIJIYAH - Manfaat dan kelebihan yang LUARBIASA

Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Bagi seseorang yang inginkan kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
.
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam". 

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali. Imam Addainuri Rahimahullah menyatakan barang siapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. 

Al_Qurtubi pula menjelaskan sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. 

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. 

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. 

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah... Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.. 

Antara kelebihan berselawat ialah : 

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.) 

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 

5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya. 

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. 

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya. 

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang. 

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya. 

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim. 

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani




Fadhilat Selawat Tafrijiyah


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-


1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.


Imam ad-Dainuri r.a

11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

.Imam Qurtubi r.a

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.


Wallahu A’alam Bissowab

* sumber : bentengjiwa.blogspot.my, mukjizatdoa.blogspot.com dll  

Ramai antara kita yang tahu selawat ni... namun tak ramai yang tahu fadhilat bagi yang mengamalkannya. Zaman sekolah dahulu ustaz sering mengingatkan kita mengenai selawat ini... besar fadhilat dan ganjarannya kelak.

'Cubalah jadikan amalan harian. Amalkan membacanya sebanyak 40x setiap hari selepas solat Subuh sehingga genap 40 hari. Insya Allah, kamu tidak akan mengalami kesempitan rezeki....' 

22 January 2014

kuasa SUJUD - Siri Keagungan Al-Quran

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya :-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim) 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

”Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” 
(Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- 
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” 
(Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

* dipetik dari halaman facebook Za Fi Za.

09 January 2014

Perlembagaan negara dicabar, pengkhianat perlu di USIR KELUAR!

Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006.

Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini.

Pada 11 Februari 2009, semakan pusingan pertama terhadap Malaysia telah dilakukan di ibu pejabat UNHRC di Geneva. Sebanyak 62 syor telah diutarakan dan seramai 90 wakil Negara-negara anggota PBB bercakap dan memberikan saranan kepada Malaysia.

Pada 24hb Oktober 2013, Malaysia telah melalui semakan ini di Geneva untuk menjawab beberapa tuntutan yang telah dibuat ke atas Malaysia berhubung kepatuhan hak asasi manusia negara kita.Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah Sisters In Islam) dan SUARAM (satu lagi pertubuhan tidak sah yang tidak berdaftar dengan ROS) 

Apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkananak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air ini.

Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh COMANGO dalam proses UPR jelas tidak tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Mereka sengaja cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sumpah DYMM Yang DiPertuan Agong menurut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Tujuan mereka membuat pelbagai tuntutan sedemikian di UNHRC Geneva?

Jika mereka ingin menggunakan helah bahawa tuntutan mereka adalah berdasar perisytiharan-perisytiharan antarabangsa namun Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mereka tidak boleh menyanggahi kedaulatan perlembagaan sesebuah negara.

Malah jika kita teliti kes-kes dalam mahkamah di Malaysia, mahkamah telah memutuskan tentang kedaulatan undang-undang Negara mengatasi perisytiharan-perisytiharan antarabangsa.

kedaulatan negara vs perisytiharanContohnya, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dan Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara, hakim-hakim yang terlibat bukan sahaja menegaskan kedaulatan perlembagaan negara tetapi turut menyatakan bahawa deklarasi-deklarasi PBB bersifat hanya deklarasi dan tidak mengikat mana-mana negara
Hakim Eusoffe Abdoolcader (Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia) menyatakan:

The Universal Declaration of Human Rights … is not a legally binding instrument as such and some of its provisions depart from the existing and generally accepted rules. It is merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our (Malaysian Federation’s) municipal law … In brief, it connotes that the proposed course is conducive to the advantage of the end in view and not to its detriment

Kemudian, Hakim Siti Norma Yaakob (Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara) menyatakan:

It must be borne in mind that the 1948 Declaration is a resolution of the General Assembly of the United Nations and not a convention subject to the usual ratification and accession requirements for treaties. By its very title it is an instrument which declares or sets out statement of principles of conduct with a view to promoting universal respect for and observance of human rights and fundamental freedoms. Since such principles are only declaratory in nature, they do not, I consider, have the force of law or binding on Member States. If the United Nations wanted those principles to be more than declaratory, they could have embodied them in a convention or a treaty to which Member States can ratify or accede to and those principles will then have the force of law.

Maknanya mahkamah memutuskan bahawa prinsip-prinsip di buat di PBB itu bukannya berbentuk perjanjian dan tidak boleh mengatasi kedaulatan negara. COMANGO janganlah menyalak menyanggah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

sumber : https://www.facebook.com/muslimupro?fref=ts


Jelas COMANGO merupakan satu badan haram yang telah mencabar perlembagaan negara! Kita tidak perlukan pengkhianat. Kerajaan seharusnya bertindak segera menghapuskan ancaman ini. Masyarakat melihat kerajaan terlalu longlai dalam menangani masalah ini sehinggakan orang lain berani mencabar kedaulatan negara. Apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin kita?

Mungkinkan kerajaan mempunyai strategi tertentu yang akan digunakan bagi melumpuhkan COMANGO demi memastikan kedamaian dan keamanan di malaysia terus terpelihara atau apakah kerajaan Malaysia sebenarnya merupakan sebahagian dari sandiwara ini???

Jika dilihat dari perspektif dunia, Islam sememangnya diancam bermula 11 September 2009 sehingga menjadikannya sebagai musuh masyarakat antarabangsa. Apakah warga tempatan mengambil peluang ini bagi menunjukkan belang sebenar mereka ketika Islam dilihat menjadi begitu lemah bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. 

Satu persatu negara Islam dihancurkan dunia menerusi pelbagai konspirasi. Apakah sekarang mereka sedang menumpukan serangan ke atas Islam di Malaysia dan juga Indonesia yang dianggap sebagai benteng terakhir lantaran mempunyai penganut yang ramai. 

Pelbagai sudut serangan dilancarkan dengan pelbagai isu dari yang besar melibatkan penggunaan kalimah Allah sehinggalah yang remeh seperti arahan larangan bahasa Jawi di sekolah aliran Convent. Apa yang jelas memang satu rancangan besar sedang diatur bagi menghancurkan Islam. Amat malang bagi kita apabila kerajaan dilihat terlalu berhati-hati menangani isu ini. Apakah ini disebabkan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri atau kerajaan kita sebenarnya takut untuk bertindak balas lantaran campurtangan 'The Hidden Hand'.

Apa yang pasti semua isu ini ditimbulkan dikala cengkaman politik parti yang mendukung kerajaan dilihat begitu lemah dan hampir tidak berdaya menangkis serangan parti pembangkang yang semakin berbisa. Paling menyedihkan apabila parti pembangkang juga terlihat seolah memainkan peranan dalam isu ini sehingga sanggup menggadaikan kesucian Islam lantaran begitu kepingin memegang tampuk kekuasaan.

Apapun... perancangan Allah pastinya lebih hebat dari perancangan mereka. Umat Islam tidak perlu bimbang tentang serangan ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersatu dan kembali berpegang pada kalimah Allah. Lupakan politik demi memastikan Islam terus dipertahankan.

Buat COMANGO serta semua individu yang juga sealiran dengan perjuangan mereka, Jangan fikir anda bebas berbuat apa sahaja di bumi bertuah ini. Beratus tahun alam nusantara dirampas menerusi penjajahan. Kemewahan dan kekayaan bumi ini diperlakukan sewenangnya tapi PERLU dingat bahawa akidah dan pegangan kami masih utuh. Penjajahan minda mungkin mencalarkan iman kami, tapi percayalah umat Islam nusantara akan bangkit semula mempertahankan ISLAM. 

Anda berbangga dengan 'The Hidden Hand' yang cukup berkuasa membantu anda dari belakang, namun kami seluruh bangsa MELAYU di Nusantara tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan anda. NANTIKAN GENDERANG JIHAD YANG BAKAL DIPALU, KITA LIHAT SIAPA YANG BEROLEH KEMENANGAN KELAK! 

Bersama kita berkempen menyeru penyatuan umat Islam menerusi http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara/sign.html#se yang kini baru mencatat 74,672 bantahan. Kumpulkan seramai mungkin kenalan anda untuk bersama suarakan bantahan ini sehingga mencapai 1,000,000 orang kelak.

17 January 2013

AIRMATA yang semakin kurang nilaiannya

Kenali secara ringkas Bashar Asad yang gila ini. Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?

❁ Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini tidak mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:

❁ Mereka bertuhankan matahari.
❁ Mereka bertuhankan bulan.
❁ Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
❁ Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.

Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad. Mengikut pendedahan yang telah didedahkan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi, revolusi yang telah berlaku di Syria telah dijadikan peluang untuk mereka (Nusairi) membantai sekejam-kejamnya golongan Sunni. Hal ini kerana, di dalam aqidah Syiah, membunuh golongan Sunni yang digelar sebagai Nasibi adalah sangat afdhal dan besar pahalanya. Allahu Rabbi!!

Apakah pandangan ulama' terhadap pegangan ini?

❁ Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat. Mereka disebut sebagai golongan ghullat termasuk puak Druze yang ramai di Bukit Golan dan Lubnan. Merekalah yang hakikatnya sedang menguasai politik Syria sekarang.

Dapatkan info Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

PERBEZAAN BENDERA BASYAR DAN KUMPULAN PEMBEBASAN SYRIA

[Gambar 1]

Bendera Syria yang digunakan oleh rejim Basyar sekarang dan merupakan bendera negara Syria sebelum daripada berlakunya Revolusi Syria. Antara yang bernaung dibawah bendera ini sekarang adalah:

1) Bashar al-Assad
2) Maher al-Assad
3) Ali Habib Mahmud
4) Tentera Darat Syria
5) Tentera Laut Syria
6) Angkatan polis
7) Pasukan taat setia Parti Ba'ath
8) Syabih (SB Basyar)

[Gambar 2]

Bendera Syria yang digunakan oleh Pembangkang Syria yang bersama-sama dengan rakyat yang bangkit menentang kezaliman rejim. Antara yang bernaung dibawah bendera ini sekarang adalah:

1) Majlis Kebangsaan Syria yang terdapat dua Jawatankuasa dibawahnya iaitu Suruhanjaya Umum Revolusi Syria dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan
4) Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan untuk Perubahan Demokratik
5) Tentera Pembebasan Syria
6) Ikhwan Muslimin Syria
7) Rakyat yang mahukan Basyar digulingkan.
Mengalir lagi airmata ini...  Ketika kita diselimuti kebahagiaan tetapi saudara kita di sana sedang berjuang menegakkan kalimahmu! Begitu kuat pegangan mereka sedang kita sendiri tidak pasti apakah kita mampu berpegang dengan Islam sekiranya melalui penyeksaan yang sama?

Jangan kata ditanam hidup-hidup mahupun dibakar... dijanjikan dengan kesenangan ataupun digertak untuk dinafikan rezeki sudah tentu ramai yang berpaling! Begitu ramai cendiakawan agama (yang kononnya mahir selok belok mengenai Islam) hanya membisu kerana bimbangkan kehilangan jawatan. Mereka lebih rela melihat Islam dipersenda dan dipermainkan daripada kehilangan nikmat duniawi.
Sebak... apabila mengenangkan betapa Islam bukan hanya berperang dengan musuh yang nyata tetapi terpaksa berhadapan dengan mereka yang juga mengaku Islam tetapi sebenarnya jauh menyimpang dari ajaran Islam. Lebih mudah untuk memerangi orang-orang kafir sebenarnya daripada memerangi pengkhianat ini.
Apakah Malaysia akan berdepan dengan situasi ini? Apa yang terlihat sekarang amat membimbangkan apabila muncul orang Islam yang menafikan kebenaran Islam secara tidak nyata... TEPUK DADA TANYA SELERA

14 September 2012

Sistem Pendidikan ISLAM tajaan FREEMASON?



SISTEM PEMBELAJARAN AGAMA YG KITA SEMUA AMALKAN SELAMA INI BERLAWANAN DENGAN SISTEM AGAMA YG SEBENAR.

SEBAGAIMANA SUNNATULLAH........ RASULULLAH SAW DI AJAR OLEH JIBRIL AS.

PERKARA PERTAMA YG PERLU DI PERTEKAN KAN ADALAH BAB AKIDAH DAN PEMANTAPAN IMAN. BARULAH SESUDAH ITU BELAJAR FARDHU AIN SERTA PERKARA2 YG BERSANGKUTAN DENGAN IBADAH. SETELAH MANUSIA SEMUA BERIMAN.

SELAMA 13 TAHUN NABI SAW DI MAKKAH..... AYAT YG DI TURUNKAN OLEH JIBRIL AS BERSANGKUTAN DENGAN IMAN DAN PEMANTAPAN AKIDAH.


SETELAH HIJRAH KEMADINAH..... BARULAH AYAT PERENTAH, IBADAH, DAN HUKUM DITURUNKAN SETELAH MANUSIA MEMPUNYAI NILAI IMAN.


BERBEZA DENGAN APA YG KITA AMALKAN HARI INI.

HANYA MEMENTINGKAN BAB IBADAH SEMATA2 TANPA PENEKANAN UNTUK BAB IMAN DAN AKIDAH.


JADILAH MANUSIA YG BOLEH BERAMAL TETAPI TIDAK BERIMAN.

BOLEH SOLAT SUNAT HARI RAYA TETAPI TINGGAL SOLAT WAJIB.

BOLEH BERPUASA TETAPI TAK SOLAT

BOLEH SOLAT TETAPI TIDAK TUTUP AURAT.

BOLEH TAAT PADA MAK AYAH TETAPI DERHAKA PADA ALLAH.


IBADAH SUDAH MENJADI ADAT SAHAJA. BUKAN DILAKUKAN KERANA BENAR2 BERIMAN PADA ALLAH.


SATU2 IBADAH TIDAK AKAN BERNILAI DAN DIBERI PAHALA OLEH ALLAH JIKA TIDAK BERIMAN DAN AKIDAHNYA ROSAK...


MARILAH KITA SAMA2 RENUNGKAN DAN BERTINDAK SEGERA UNTUK MEMBETULKAN MANA2 YG TIDAK BETUL.

MUDAH2AN ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA.
 

* dipetik sepenuhnya dari https://www.facebook.com/tgputm.tapediri

memang benar apa yang disentuh oleh TGPUTM TAPEDIRI. Selama 55 tahun merdeka kita sebenarnya masih berselimut di bawah kelambu tanpa menyedari jarum-jarum FREEMASON yang dinaungi oleh penjajah British teguh tertanam di sanubari kita.

Kita mungkin tidak menyedari betapa cengkaman Freemason sebenarnya telah lama kita amalkan. mereka tidak menentang kita secara terbuka tetapi peperangan tanpa kemusnahan nyata telah lama mereka lancarkan ke atas kita. Mana mungkin kita diberikan kemerdekaan dengan mudah tanpa mereka meyakini kita duduk di bawah telunjuk mereka?

Lupa soal itu... kita telah lama merdeka dan mentadbir negara ini dengan bebas. Buktikan bahawa ISLAM sebagai agama rasmi yang kita pertahankan dihayati sepenuhnya! Apa yang melanda kepada masyarakat kita hari ini adalah akibat dari acuan salah yang diciptakan ke atas kita. Ke mana perginya para ulama serta bijak pandai agama yang sepatutnya menyedari dan membetulkan kesilapan ini? Sekiranya mereka selesa dengan pangkat dan kedudukan tanpa mahu membetulkan apa yang sepatutnya kita sedari maka lebih baiklah tuan meletak jawatan. Biarkan mereka yang IKHLAS memperjuangkan ISLAM meneruskan perjuangan mereka tanpa gangguan dan halangan dari mereka yang selesa dengan hanya bertopeng...   



31 August 2012

Ayat PENUNDUK - Siri Keagungan Al-Quran

doa lembutkan hati
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

doa melembutkan hati






Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

dipetik dari syurgajamila.blogspot.com Ayat Penunduk

10 August 2012

AINUL MARDHIAH : 1 Janji yang pasti DITEPATI

‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. 

Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر


Sollu Ala Nabiy ﷺ !!!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

* dipetik dari APiz menerusi www.facebook.com/wujud7

Sesungguhnya janji Allah itu benar...

02 August 2012

Khutbah terakhir Rasullullah SAW... RAHSIA disebalik RAHSIA

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sesungguhnya banyak rahsia tersurat dan tersirat di sebalik khutbah terakhir Rasullullah SAW. Semoga kita merenungi sedalamnya dan cuba cari hikmah disebaliknya...

Insya Allah 

08 July 2012

Mahukah ADEGAN ini berlaku di PUTRAJAYA?


Menitis air mata melihat sekeping gambar yang penuh menusukkan! Panji-panji Islam diarak dalam satu perayaan meraikan kemenangan tentera salib di Sepanyol. Bendera Islam yang pernah berkibar penuh kemegahan di bumi Andalus ataupun kini Sepanyol menjadi bahan untuk ejekan semata. Apakah daya dan kuasa yang mampu kita lakukan? Benar, tiada apa yang mampu kita lakukan kerana kita hanyalah antara umat yang lemah di muka bumi ini...

Apa yang boleh kita lakukan kini hanyalah memastikan bahawa peristiwa seperti ini tidak akan berlaku kelak di Putrajaya ataupun Dataran Merdeka...

* kredit gambar kepada Aduka Panji Alam Official

16 June 2012

BANI TAMIM dan sandiwara POLITIK

Lenanya kita dibuai dengan PERMAINAN politik yang kotor dan menjijikkan. Setiap hari kita disogokkan dengan berita politik... tentang kehebatan pemimpin, tentang salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah, fitnah dan macam-macam lagi. Setiap media yang ada baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang hanya berminat memainkan isu politik. Sejauh manakah kesedaran kita mengenai dunia politik ini? Tahukah kita bahawa politik ini hanyalah sekadar alat yang digunakan Yahudi untuk melemahkan seluruh dunia terutamanya dunia Islam...?

Cuba telusuri sejarah perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagaimana sistem pentadbiran yang dijalankan oleh baginda juga oleh sahabat-sahabat baginda. Dunia politik yang sedang kita mainkan sekarang terlalu kotor kerana yang ada hanyalah sandiwara semata yang dijalankan baik oleh kerajaan yang memerintah mahupun oleh pembangkang. Politik yang diamalkan kita adalah politik tanpa tamadun apabila kewarasan hilang sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa!

Kita terlupa betapa Yahudi begitu gentar dan masih ternanti-nanti siapakah yang akan membawa panji hitam yang dikhabar diarak dari timur sedangkan orang-orang timur masih lagi bersandiwara di pentas politik! Apakah timur yang dimaksudkan mungkin dari Jepun, Korea ataupun Hong Kong?

Teruskan menjadi hamba politik buat selamanya... Biarkan, jika anda merasakan politik adalah segalanya! 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...