Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

Showing posts with label COMANGO. Show all posts
Showing posts with label COMANGO. Show all posts

31 March 2014

TITANIC, JAL 123 dan kaitannya dengan MH370

Apa persamaan ataupun kaitan antara MH370 dengan Titanic? Sebenarnya ianya tiada kaitan langsung antara dua peristiwa besar yang berlaku dalam dua zaman yang berbeza. Titanic sebuah kapal yang mendahului zamannya manakal MH370 hanyalah sebuah pesawat milik Malaysia yang telah pun berkhidmat lebih 12 tahun dan terbang menjelajahi seluruh dunia.

Namun sebenarnya ada sesuatu yang menarik antara kedua peristiwa ini. Mungkinkah ini sekadar kebetulan ataupun sememangnya satu perkara yang telah dirancangkan?
Persamaan yang mungkin tidak kita hiraukan adalah penumpangnya. Titanic sebenarnya turut membawa 3 tokoh penting yang terlibat menghalang penubuhan Federal Reserve Bank of America, sebuah badan yang ketika itu bakal menguasai kewangan dunia. Para pengkaji teori konspirasi tentu sedia maklum mengenai badan ini yang amat berkuasa menentukan kadar bunga yang sekaligus akan menyumbang paras kedudukan kewangan dunia. Umum mengetahui apa jua kaitannya yang melibatkan kewangan sudah tentu akan melibatkan freemason yang sebenarnya mengawal dunia ini menerusi pelbagai cara.

Kemungkinannya karamnya Titanic mempunyai kaitan dengan The Hidden Hand yang bijak mengambil peluang malahan sekiranya diperhalusi setiap peristiwa besar tidak dapat tidak akan melibatkan peranan mereka.

Apa pula kepentingan MH370 sehingga memerlukan campurtangan Freemason? Kenapa FBI turut serta dalam siasatan mengenai tragedi ini dan apa pula peranan CIA yang jelas cuba memainkan peranan semenjak hari pertama pesawat hilang lagi? Kenapa pula media-media barat begitu bersungguh memutar belit cerita dan cuba memanipulasi kebenaran? Ketika operasi SAR bertumpu di Laut China Selatan siapa yang menggerakkan usaha menukar zon SAR di bahagian barat semenanjung Malaysia dan kemudiannya ke lautan Hindi pula? Penemuan satelit juga amat meragukan dan memaksa anggota penyelamat berkejar ke lokasi yang jauh dan mencabar sedangkan umum mengetahui kemampuan satelit yang mampu mengambil imej dengan cukup jelas dan sempurna? Kenapa analisa imej satelit tidak dilakukan menggunakan teknologi?

Bagaimana sebuah pesawat terbang sehingga ke lautan Hindi tanpa mampu dikesan radar Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan juga India? kenapa isu transponder dimainkan dengan begitu besar malahan kita tahu sebuah objek yang terapung di udara pada paras ketinggian tertentu mampu dikesan radar walaupun tanpa mempunyai transponder?
Ingat lagi tragedi pesawat Japanese Airlines penerbangan JAL 123 pada 12 Ogos 1985? Tragedi ini telah mengorbankan 520 nyawa dan cuma 4 orang sahaja yang terselamat apabila pesawat Boeing 747SR ini terhempas di Osutaka Ridge. 17 Jurutera dari satu firma yang membangunkan satu perisian hasil dari kajian seorang Proffesor dari Tokyo University. Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dimana pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju dari Google Chrome yang ada pada masa ini. 


Ianya adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam dinegara Jepun. Pembangunan perisian tersebut terbantut bilamana seluruh Jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan oleh itu Microsoft menguasai pasaran..


Rothschild owned Blackstone Group benefits from missing flight 370, 
By Shepard Ambellas

AUSTIN — New information, fact checked by Intellihub News, may shed some light on the missing Malaysian Airlines flight which was recently reported by Malaysian officials to have ended tragically in the Indian Ocean despite the lack of physical evidence.

While the disappearance of MH370 which had 239 people aboard is tragic, new bombshell information reveals that a Texas-based technology giant, Freescale Semiconductor Ltd., may have benefited in some way from the missing airliner which was reported to have been carrying 20 of Freescale’s employees.

Although it’s obvious the loss of human life likely saddened employees and co-workers of Freescale, the possibility still remains that higher-ups in the corporation may have benefitted from the event.

“Freescale previously confirmed that the 20 employees — 12 from Malaysia and eight from China — were among 239 people on flight MH370. The company has not released the names of those employees, and again declined to do so on Monday.”, as reported by Brian Gaar, the American Statesman, Mar. 24.

It has also been mentioned in a statement by a company spokesperson that the employees who were aboard MH370, were extremely talented and valuable in the technological field.

Freescale Semiconductor Ltd. is primarily owned by the Blackstone Group, i.e. Lord Jacob Rothschild, the same group responsible for spraying the highly-toxic Corexit 500A into the waters of the Gulf of Mexico in the months following the BP oil spill as reported early on by Intelihub News. Shockingly, we also see the Carlyle Group listed as a secondary investor adding another layer of suspicion for investigators.

The official entry listed under Freescale Semiconductor’s “financials” section on Wikipedia states:

On September 15, 2006, Freescale agreed to a $17.6 billion buyout by a consortium led by Blackstone Group and its co-investors, Carlyle Group, TPG Capital, and Permira. The buyout offer was accepted on November 13, 2006 following a vote by company shareholders. The purchase, which closed on December 1, 2006, was the largest private buyout of a technology company until the Dell buyout of 2013 and is one of the ten largest buyouts of all time.

As a journalist, I have to point out the vast amount of monies invested into this technology firm. It’s not like $17.9B is a drop in the bucket by any means, likely signifying the true importance of this corporation. I also have to question why so many Freescale employees were on the same flight at the same time, as four of them were reported by several sources to have been U.S. patent holders of a new technology. This would likely have been a breach of protocol, but at the least a costly oversight.

In fact it’s been reported that Peid Ong Wang, Suzhou, Zhijun Chen, Suzhou, Zhihong Cheng, Suzhou and Li Ying, Suzhou, Freescale employees from China who were said to have been onboard flight 370, were each 20% holders of U.S. Patent #US008671381B1.

Shockingly, the remaining 20% has been reported to be held by Freescale Semiconductor Ltd., which now after the disappearance of flight 370 becomes the sole patent holder. In laymen’s terms, Lord Jacob Rothschild is now the patent holder by virtue of invested interest into Freescale Semiconductor Ltd. 

Anda kenal keluarga Rothschild? Legasinya berada di mana-mana seluruh dunia ini. Keluarga ini jugalah yang telah menyediakan asas yang cukup kukuh untuk seseorang yang bermata satu kelak. 

Tepuk dada tanya selera... Mungkin juga ada antara kita yang tidak yakin dan menganggap tidak mungkin campur tangan seperti ini mampu berlaku di Malaysia. Apa yang ada di negara ini? Tak mungkin sebuah badan yang sibuk mengawal dunia terlibat di negara ini...?

Cuba kaji sejarah Freemason di Malaysia. Jangan terkejut sebab ianya adalah sebuah persatuan sah yang berdaftar dengan undang-undang Malaysia. Buka mata dan minda kita seluasnya. Izinkan matahati anda melihat dan meneliti perkembangan di Malaysia. 

Cuba kaji pentadbiran Bank Negara Malaysia. Jangan terkejut sebenarnya bukan kerajaan kita yang mengawal BNM sebaliknya Bank Negara Malaysia yang mengawal kerajaan kita. Lihat latar belakang pemimpin kita kerana freemason telah lama mencengkam mereka bukan sahaja di kalangan pemimpin kerajaan malahan pembangkang!

Mungkinkah akan wujud perpecahan dan kacau bilau di Malaysia pula? sekiranya perkara ini berlaku apakah kita telah mempunyai cukup persediaan? Apakah yang akan berlaku kepada Melayu? Selagi kita berdiri sambil memegang bendera politik maka jangan kita berfikir untuk berjuang. Politik adalah racun yang mereka gunakan untuk menimbulkan perpecahan di Malaysia.

Kita mengharapkan sinar sang mentari menyinari hari esok. Bersamalah kita tanamkan azam yang tinggi untuk HANYA memegang bendera Islam untuk hari esok dan hari seterusnya. Kita lontarkan bendera parti yang selama ini menjadi sanjungan... semuga sekiranya kita menghembuskan nafas kelak sekurangnya kita menjadi seorang pejuang yang mempertahankan Islam. Insya Allah...    

09 January 2014

Perlembagaan negara dicabar, pengkhianat perlu di USIR KELUAR!

Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006.

Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini.

Pada 11 Februari 2009, semakan pusingan pertama terhadap Malaysia telah dilakukan di ibu pejabat UNHRC di Geneva. Sebanyak 62 syor telah diutarakan dan seramai 90 wakil Negara-negara anggota PBB bercakap dan memberikan saranan kepada Malaysia.

Pada 24hb Oktober 2013, Malaysia telah melalui semakan ini di Geneva untuk menjawab beberapa tuntutan yang telah dibuat ke atas Malaysia berhubung kepatuhan hak asasi manusia negara kita.Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah Sisters In Islam) dan SUARAM (satu lagi pertubuhan tidak sah yang tidak berdaftar dengan ROS) 

Apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkananak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air ini.

Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh COMANGO dalam proses UPR jelas tidak tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Mereka sengaja cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sumpah DYMM Yang DiPertuan Agong menurut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Tujuan mereka membuat pelbagai tuntutan sedemikian di UNHRC Geneva?

Jika mereka ingin menggunakan helah bahawa tuntutan mereka adalah berdasar perisytiharan-perisytiharan antarabangsa namun Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mereka tidak boleh menyanggahi kedaulatan perlembagaan sesebuah negara.

Malah jika kita teliti kes-kes dalam mahkamah di Malaysia, mahkamah telah memutuskan tentang kedaulatan undang-undang Negara mengatasi perisytiharan-perisytiharan antarabangsa.

kedaulatan negara vs perisytiharanContohnya, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dan Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara, hakim-hakim yang terlibat bukan sahaja menegaskan kedaulatan perlembagaan negara tetapi turut menyatakan bahawa deklarasi-deklarasi PBB bersifat hanya deklarasi dan tidak mengikat mana-mana negara
Hakim Eusoffe Abdoolcader (Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia) menyatakan:

The Universal Declaration of Human Rights … is not a legally binding instrument as such and some of its provisions depart from the existing and generally accepted rules. It is merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our (Malaysian Federation’s) municipal law … In brief, it connotes that the proposed course is conducive to the advantage of the end in view and not to its detriment

Kemudian, Hakim Siti Norma Yaakob (Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara) menyatakan:

It must be borne in mind that the 1948 Declaration is a resolution of the General Assembly of the United Nations and not a convention subject to the usual ratification and accession requirements for treaties. By its very title it is an instrument which declares or sets out statement of principles of conduct with a view to promoting universal respect for and observance of human rights and fundamental freedoms. Since such principles are only declaratory in nature, they do not, I consider, have the force of law or binding on Member States. If the United Nations wanted those principles to be more than declaratory, they could have embodied them in a convention or a treaty to which Member States can ratify or accede to and those principles will then have the force of law.

Maknanya mahkamah memutuskan bahawa prinsip-prinsip di buat di PBB itu bukannya berbentuk perjanjian dan tidak boleh mengatasi kedaulatan negara. COMANGO janganlah menyalak menyanggah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

sumber : https://www.facebook.com/muslimupro?fref=ts


Jelas COMANGO merupakan satu badan haram yang telah mencabar perlembagaan negara! Kita tidak perlukan pengkhianat. Kerajaan seharusnya bertindak segera menghapuskan ancaman ini. Masyarakat melihat kerajaan terlalu longlai dalam menangani masalah ini sehinggakan orang lain berani mencabar kedaulatan negara. Apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin kita?

Mungkinkan kerajaan mempunyai strategi tertentu yang akan digunakan bagi melumpuhkan COMANGO demi memastikan kedamaian dan keamanan di malaysia terus terpelihara atau apakah kerajaan Malaysia sebenarnya merupakan sebahagian dari sandiwara ini???

Jika dilihat dari perspektif dunia, Islam sememangnya diancam bermula 11 September 2009 sehingga menjadikannya sebagai musuh masyarakat antarabangsa. Apakah warga tempatan mengambil peluang ini bagi menunjukkan belang sebenar mereka ketika Islam dilihat menjadi begitu lemah bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. 

Satu persatu negara Islam dihancurkan dunia menerusi pelbagai konspirasi. Apakah sekarang mereka sedang menumpukan serangan ke atas Islam di Malaysia dan juga Indonesia yang dianggap sebagai benteng terakhir lantaran mempunyai penganut yang ramai. 

Pelbagai sudut serangan dilancarkan dengan pelbagai isu dari yang besar melibatkan penggunaan kalimah Allah sehinggalah yang remeh seperti arahan larangan bahasa Jawi di sekolah aliran Convent. Apa yang jelas memang satu rancangan besar sedang diatur bagi menghancurkan Islam. Amat malang bagi kita apabila kerajaan dilihat terlalu berhati-hati menangani isu ini. Apakah ini disebabkan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri atau kerajaan kita sebenarnya takut untuk bertindak balas lantaran campurtangan 'The Hidden Hand'.

Apa yang pasti semua isu ini ditimbulkan dikala cengkaman politik parti yang mendukung kerajaan dilihat begitu lemah dan hampir tidak berdaya menangkis serangan parti pembangkang yang semakin berbisa. Paling menyedihkan apabila parti pembangkang juga terlihat seolah memainkan peranan dalam isu ini sehingga sanggup menggadaikan kesucian Islam lantaran begitu kepingin memegang tampuk kekuasaan.

Apapun... perancangan Allah pastinya lebih hebat dari perancangan mereka. Umat Islam tidak perlu bimbang tentang serangan ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersatu dan kembali berpegang pada kalimah Allah. Lupakan politik demi memastikan Islam terus dipertahankan.

Buat COMANGO serta semua individu yang juga sealiran dengan perjuangan mereka, Jangan fikir anda bebas berbuat apa sahaja di bumi bertuah ini. Beratus tahun alam nusantara dirampas menerusi penjajahan. Kemewahan dan kekayaan bumi ini diperlakukan sewenangnya tapi PERLU dingat bahawa akidah dan pegangan kami masih utuh. Penjajahan minda mungkin mencalarkan iman kami, tapi percayalah umat Islam nusantara akan bangkit semula mempertahankan ISLAM. 

Anda berbangga dengan 'The Hidden Hand' yang cukup berkuasa membantu anda dari belakang, namun kami seluruh bangsa MELAYU di Nusantara tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan anda. NANTIKAN GENDERANG JIHAD YANG BAKAL DIPALU, KITA LIHAT SIAPA YANG BEROLEH KEMENANGAN KELAK! 

Bersama kita berkempen menyeru penyatuan umat Islam menerusi http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara/sign.html#se yang kini baru mencatat 74,672 bantahan. Kumpulkan seramai mungkin kenalan anda untuk bersama suarakan bantahan ini sehingga mencapai 1,000,000 orang kelak.

07 January 2014

Tuntutan COMANGO... cabaran getir buat ISLAM dan bangsa MELAYU



Apakah sebenarnya yang diperjuangkan COMANGO? Ramai antara kita yang tidak tahu malahan ramai juga yang buat-buat tak tahu. Apakah 13 perkara yang diperjuangkan COMANGO tidak mendatangkan kesan kepada kehidupan harian kita. 

Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah kita mengenali The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri dari 54 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) . Mereka telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini telah dibentangkan pada 24 Oktober 2013 yang lalu di Human Rights Council, Geneva, Switzerland. ianya dipanggil Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia yang dikendalikan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) setiap 4 tahun malahan pembentangan dari COMANGO dikatakan adalah yang kedua terpanjang yang dibahaskan selepas China. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Apakah hak COMANGO sebenarnya untuk mengadu domba hal-hal berkaitan Islam kepada dunia luar? Apakah NGO-NGO yang bergabung di bawah COMANGO sebenarnya adalah mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhannya? Adalah dipercayai hanya 12 dari 54 gabungan tersebut adalah berdaftar manakala selebihnya lebih wajar dipanggil pertubuhan HARAM.

54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO adalah seperti berikut:

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka (SM),
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group (FSSG),
19. Good Shepherd Welfare Centre (PKGS),
20. Health Equity Initiatives (HEI) ,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society (RGS),
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).



Apakah sebenarnya yang berlaku? Kenapakah mereka ini dilihat begitu kurang ajar dengan melanggar sensitiviti rakyat malaysia terutamanya bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal di Tanah Melayu? Apa tindakan kerajaan Malaysia sebenarnya?

Kerajaan Malaysia dilihat begitu lemah bermula selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad. Bangsa-bangsa lain mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan yang ketika itu tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Bermula dengan serangan ke atas ekonomi Malaysia, kemudiannya menyokong tokoh yang mampu melemahkan cengkaman politik kerajaan, memberi tekanan dan sokongan bersyarat dan akhirnya melancarkan serangan beragenda melalui pelbagai isu.

Tekanan masyarakat dunia ke atas Islam digunakan sepenuhnya sehingga mereka berani mencabar orang Islam di Malaysia. Apakah reaksi orang Islam sendiri dalam menghadapi serangan ini?

BERSAHAJA mungkin adalah jawapan yang paling tepat. Orang Melayu yang juga Islam benar-benar berada dalam situasi selesa sehingga menganggap apa sahaja ancaman sebagai perkara kecil yang perlu ditangani kerajaan. Apakah kita sebenarnya perlu mengharapkan kerajaan dalam isu mencabar kesucian Islam ini? Apakah kerajaan sekarang boleh diharapkan bagi memelihara Islam di sini? Tanya diri anda sendiri dan berikan jawapan anda dengan jujur! Hindraff yang suatu ketika dulu memusuhi kerajaan dan menjadi sahabat karib pembangkang kini merupakan salah satu sahabat kerajaan gara-gara mengharapkan sokongan masyarakat India. Kaum China dilihat tidak menyokong kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu walaupun sebelum PRU mereka diklasifikasikan sebagai sahabat setia yang diharapkan.

Usul mengutuk COMANGO yang dibawa kerajaan juga ditolak oleh Dewan Rakyat pada 2 November 2013 yang lalu. Amat malang usul berkenaan adalah dibawa oleh kerajaan yang memerintah dan pantas ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang merupakan individu yang dilantik kerajaan sendiri.

Kalimah Allah yang menjadi panas di seluruh negara gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan sehingga perlu diputuskan oleh mahkamah. Malahan lebih menyedihkan apabila isu ini dipolitikkan tanpa wujud kesedaran untuk bersatu mempertahankan kesucian Islam dan mengorbankan fahaman politik. Semua organisasi yang berorientasikan Islam samada NGO mahupun parti politik seolah dinafikan peranan mereka dalam isu ini dengan hanya memberi laluan publisiti kepada mereka yang diperkenankan kerajaan sahaja.

Apakah ini seharusnya dilakukan kerajaan? Usul COMANGO sendiri jelas mencabar kredibiliti Islam sebagai agama persekutuan. Perlembagaan Malaysia seolah dipersenda dan dipermainkan sewenangnya tanpa pembelaan malahan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua Agama Islam diperkecilkan. Kenapa tiada menteri yang melaungkan slogan untuk menghalau mereka yang terlibat dengan COMANGO keluar dari Malaysia. Kenapa tidak ada pendedahan besar melalui media utama di seluruh negara bagi meminta umat Islam bersatu mempertahankan Islam? Apakah Islam sebenarnya kini memasuki frasa yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk? Apakah kerajaan yakin boleh menangani perkara ini dengan mudah? atau mungkinkah kerajaan sebenarnya menerima tekanan masyarakat antarabangsa sehingga sanggup mengenepikan maruah Islam sendiri?

Sungguh rumit bila memikirkan perkara ini? Sungguh kecewa dengan apa yang berlaku di bumi Malaysia yang satu ketika dahulu merupakan pusat penyebaran Islam yang unggul. 

DEMI ALLAH... ISLAM AKAN TETAP KAMI PERTAHANKAN WALAU DENGAN NYAWA SEKALIPUN. JANGAN CABAR KESABARAN KAMI! BUMI YANG PERNAH DIKENALI DENGAN NAMA TANAH MELAYU INI AKAN BERMANDI DARAH DEMI MEMASTIKAN ISLAM TERUS DIHORMATI. 

Tuntutan COMANGO akan diputuskan oleh UNHRC pada Mac 2014 ini. Apakah kesannya kelak pada kita? 

Teruskan sahaja dengan urusan seharian kita sebab urusan ini bukan urusan kita!!! Biarlah mereka nak lakukan apa sahaja asalkan kita masih boleh bersembahyang dan menjalankan ibadah tanpa gangguan!!! Tumpukan sepenuh perhatian untuk mencari rezeki sebanyak yang boleh walaupun ada anak bangsa sendiri yang tidak cukup wang hanya untuk membayar yuran persekolahan!!!

Selepas ini tuntutan untuk mendapatkan hak sebagai bumiputera pula akan diusulkan selaras dengan slogan MANJA kerajaan iaitu 1 Malaysia. Bermakna selepas ini anak cucu kita tidak lagi berbangsa MELAYU kerana akan tercatat diminda mereka sebagai bangsa MALAYSIA seperti mana bahasa Melayu yang ramai generasi muda tidak tahu kerana lebih sinonim dengan Bahasa Malaysia.

Apalagi yang tinggal kelak? Tanah Melayu sudah lama dipadamkan dalam peta dunia. Kalau dulu bangsa lain amat berhati-hati memperkatakan tentang Melayu, apakah senario itu wujud lagi masa kini?

Paling nyata nama MELAYU sendiri semakin lama semakin cuba dihilangkan oleh kerajaan yang di dukung oleh orang Melayu. Dengan hak bumiputera ke atas semua dan juga tuntutan COMANGO yang jelas mengancam ISLAM, apakah kita kelak bersedia untuk MEREMPAT DI TANAH WARISAN INI.....?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...