Keunikan karya ini terserlah melalui penggunaan unsur dogengan yang meliputi mitos dan legenda serta fakta sejarah yang bertujuan mengangkat martabat dan keagungan penaungnya. Selain itu, unsur suspen, humor dan metafora (kiasan) diadun rapi sehingga memperlihatkan ketokohan dan kebijaksanaan beliau sebagai seorang pengarang unggul di zamannya.
Karya ini mengisahkan jurai keturunan raja-raja Melaka yang dikaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain menerusi pertalian 3 orang putera Raja Suran yang turun di Bukit Seguntang. Salah seorang daripada mereka, Nila Utama (Sang Sapurba) berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun dan seterusnya bergelar Seri Teri Buana lalu membuka Temasik. Apabila Temasik jatuh di tangan Majapahit, Raja Iskandar melarikan diri lalu mengasaskan Kerajaan Melaka. Keturunan baginda, Raja Kecil Besar menaiki takhta serta menganut Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad.
Pelabuhan Melaka 1615 |
Sepanjang keagungan Kerajaan Melaka diperkatakan kisah sultan-sultan antaranya Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah serta beberapa tokoh agung Melaka lainnya termasuk Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir serta pahlawan terbilang Hang Tuah lima bersaudara.
Manuskrip Hikayat Hang Tuah |
syabas panglima
ReplyDeleteDah khatam banyak kali dah buku ni..
ReplyDeletegood info, teruskan menulis
ReplyDelete