Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

16 June 2012

BANI TAMIM dan sandiwara POLITIK

Lenanya kita dibuai dengan PERMAINAN politik yang kotor dan menjijikkan. Setiap hari kita disogokkan dengan berita politik... tentang kehebatan pemimpin, tentang salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah, fitnah dan macam-macam lagi. Setiap media yang ada baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang hanya berminat memainkan isu politik. Sejauh manakah kesedaran kita mengenai dunia politik ini? Tahukah kita bahawa politik ini hanyalah sekadar alat yang digunakan Yahudi untuk melemahkan seluruh dunia terutamanya dunia Islam...?

Cuba telusuri sejarah perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagaimana sistem pentadbiran yang dijalankan oleh baginda juga oleh sahabat-sahabat baginda. Dunia politik yang sedang kita mainkan sekarang terlalu kotor kerana yang ada hanyalah sandiwara semata yang dijalankan baik oleh kerajaan yang memerintah mahupun oleh pembangkang. Politik yang diamalkan kita adalah politik tanpa tamadun apabila kewarasan hilang sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa!

Kita terlupa betapa Yahudi begitu gentar dan masih ternanti-nanti siapakah yang akan membawa panji hitam yang dikhabar diarak dari timur sedangkan orang-orang timur masih lagi bersandiwara di pentas politik! Apakah timur yang dimaksudkan mungkin dari Jepun, Korea ataupun Hong Kong?

Teruskan menjadi hamba politik buat selamanya... Biarkan, jika anda merasakan politik adalah segalanya! 













12 June 2012

HARIMAU MALAYA membaham MONYETPURA...!

SYABAS...! itulah kata-kata terbaik yang mampu kita lafazkan ke atas kecemerlangan skuad Harimau Malaya yang menjadikan pasukan Singapura (yang juga dikenali dengan nama Monyetpura) sebagai mangsa ratahan mereka. Walaupun kemenangan mutlak pada 8 Jun 2012 lalu dinafikan dengan sikap pengadil yang jelas berat sebelah, wira muda negara membuktikan kehebatan mereka dengan meratah daging monyet segar...
Maaf buat teman-teman dari negara jiran, kami memang emosi dengan kemenangan ini. Walaupun daging Monyet agak hanyir dan berbau namun nyata Harimau Malaya tetap berselera!


(klik sini)

Teruskan kemenangan demi membuktikan bahawa kita adalah yang terbaik...!
Buat Monyet... oppsssss, buat Singa Tua, jangan sesekali mengejutkan
Harimau Muda yang sedang tidur...! 

11 June 2012

10 AKAUN terawal di Facebook

1. Mark Zuckerberg(http://www.facebook.com/profile.php?id=4).
Merupakan founder Facebook yang petama mendaftar dengan nombor id 4.

2. Chris Hughes (http://www.facebook.com/profile.php?id=5).
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard.Selain menjadi co-founder facebook,Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.Nombor idnya ialah 5.

3.Dustin Moskovitz (http://www.facebook.com/profile.php?id=6).
Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard.Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$.Forbes menyatakan dia merupakan jutawan termuda di dunia.Nombor idnya ialah 5.

4. Arie Hasit (http://www.facebook.com/profile.php?id=7).
Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg ,ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard.Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi.Sekarang dia bekerja sebagai juru cakap angkatan bersenjata Israel.Nombor id 7.

5. Marcel Georgés Laverdet II (http://www.facebook.com/profile.php?id=10).
Tidak banyak maklumat mengenai beliau.Dia bekerja di Facebook.Nombor idnya ialah 10.

6. Soleio (http://www.facebook.com/profile.php?id=11).
Soleio merupakan pegawai teknik Facebook.Di page Facebook nya,dia menyatakan ianya berhubungan dengan teknikal Facebook.Nombor idnya ialah 11.

7. Chris Putnam (http://www.facebook.com/profile.php?id=13).
Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook.Nombor idnya ialah 13.

8. Andrew McCollum (http://www.facebook.com/profile.php?id=26).
Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi design grafik pertama Facebook.Dialah yang merancang logo facebook untuk pertama kalinya.Nombor idnya ialah 26.

9. Colin Kelly (http://www.fcebook.com/profile.php?id=27).
Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg.Kebanyakan pemilik-pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya,Facebook dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard.Nombor idnya ialah 27.

10. Mark Kaganovich (http://www.facebook.com/profile.php?id=28).
Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer.Dia merupakan founder dari labmeeting,iaitu sejenis social network seperti Facebook,tetapi dikhususkan untuk para ilmuan sahaja.

- dipetik dari galaksi blog

Cuba anda lihat nama anda tersenarai di bilangan ke berapa? Cuba sebut dengan yakin... Tidak mengapa kalau anda sendiri tidak yakin

https://www.facebook.com/#!/pages/Wadah-Panglima/194796487215966

30 May 2012

Ampun TUANKU... PANJI HITAM kami sembahkan!

“JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government.Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials.The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim.The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government.I my self,since the time I was Raja Muda,Never took 1 cent from the Government till this very Day.Its my Rakyat’s Money.Sobefore You Open you mouth.Do your research,”

Demikianlah kenyataan balas Tengku Mahkota Johor berhubung isu bidaan no pendaftaran kenderaan WWW 1. Inilah hakikat yang berlaku di malaysia apabila seorang raja terpaksa mempertahankan diri apabila berdepan isu remeh yang akhirnya menjadi cemuhan di kalangan rakyat.

Banyak pandangan terbuka disuarakan orang ramai secara terbuka di twitter, facebook, blog dan lain-lainnya. Amat tidak wajar kami siarkan petikan berkenaan di sini kerana ada antara komen tersebut sangat tidak beretika sehingga mampu menjatuhkan maruah institusi raja di Malaysia. Kemana perginya prinsip rukunegara yang sepatutnya menjadi amalan setiap warga yang bertanggung jawab?

'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' - ternyata hanyalah satu prinsip rukunegara yang hanya terukir di bibir namun gagal terpahat di hati. Kritikan terbuka kepada Sultan adalah amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Kenapa ini berlaku? Janganlah kita pantas menuding kepada pihak itu dan ini. Selami diri anda dan cuba bertanya kemanakah hala tuju yang akan kita bawa untuk sebuah negara merdeka bergelar Malaysia. Apakah kita perlu tunduk kepada sistem yang diterapkan oleh penjajah kita atau pun inilah masa yang sesuai untuk kita merangka satu sistem mengikut acuan kita sendiri?

Janganlah kita terus berbangga dengan institusi raja berperlembagaan yang sekian lama diamalkan sehingga dikatakan antara yang paling unik diamalkan di dunia. Itu semua hanyalah sekadar manisan yang terus-terusan dihasilkan oleh penjajah dan talibarutnya yang kekal bersemi di bumi merdeka ini. Memang unik sangat sistem ini sehingga Sultan sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan terhadap pentadbiran negara kecuali hal yang berkaitan agama dan adat resam Melayu sahaja. 

Agama dan adat resam Melayu sahaja...! Percayalah, kita bangga menjadi warga merdeka yang sebenarnya amat dungu dan bodoh. 54 tahun merdeka namun kita masih lagi mengikut telunjuk yang digariskan oleh British. 

Malangnya bangsaku... beratus tahun dijajah sehingga hilang jatidirinya malahan selepas  merdeka pun masih dibuai dengan mimpi manis yang diciptakan penjajah!
Kembalilah... lupakan segala sengketa. Kita mulakan langkah baru untuk mengibarkan PANJI HITAM DARI TIMUR!    

29 May 2012

Wajarkah seorang SULTAN terpaksa turut sama MEMBIDA...?



Tahniah kami ucapkan kepada Sultan Johor atas kejayaan memenangi bidaan tersebut dengan harga RM 520,000. Sesungguhnya sebagai seorang Sultan baginda sememangnya layak apatah lagi baginda dikatakan mempunyai senarai aset yang banyak di Singapura. Manakala DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pula berjaya dalam bidaan WWW 5 yang bernilai RM 220,000

Persoalannya wajarkah seorang Sultan terpaksa membida untuk mendapatkan nombor tersebut? Bagaimanakah agaknya sekiranya seorang Sultan gagal dalam bidaan disebabkan adanya pembida yang menawarkan harga lebih tinggi. Apakah kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang setia kepada raja dan negaranya sanggup melihat situasi sebegini?

Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh seorang Sultan di negara kita? Kuasa Sultan semakin lama semakin hilang hinggakan seorang Sultan terpaksa turut sama membida bagi mendapatkan nombor plat yang dianggap istimewa!

Seharusnya KERAJAAN MALAYSIA menilai tatacara pemberian nombor plat kenderaan. Amat wajar sekiranya nombor pendaftaran 1-10 tidak diberikan kepada rakyat jelata sebaliknya dikhususkan kepada Sultan dan kaum kerabatnya, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja. Sekiranya kuota tersebut tidak dipenuhi oleh mereka seharusnya ianya dibekukan sahaja. Biarlah keistimewaan sebegini dikhususkan hanya kepada mereka sahaja selaku pentadbir kepada rakyat jelata.

Bagi mengembalikan kuasa Sultan yang dihakis sebelum ini samada kita sedar ataupun tidak, samada oleh penjajah British mahupun kerajaan Malaysia yang merdeka amat wajar untuk para pemimpin sekarang menerima cabaran ini. Sewajarnya kita meletakkan semula kuasa seorang Sultan ditempat yang sewajarnya setelah mereka dikeroyok oleh penjajah British sekian lama. Kita masih dianggap istimewa kerana masih mempertahankan institusi beraja namun apalah yang mahu kita banggakan sekiranya Sultan sendiri terpaksa membida seperti rakyat jelata hanya untuk mendapatkan nombor pendaftaran kereta!

Sebak dan pilu melihat situasi begini berlaku di sebuah negara ketuanan Melayu... oh Tanah Melayu tanah tumpahnya darahku.... 


PETALING JAYA : Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini. Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1. Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia. Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru. Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri. Nombor tersebut melepasi rekod yang dicatatkan oleh "MCA 1" pada tahun 2010 yang dijual dengan harga RM300,100.

27 May 2012

MISTERI Gunung Ledang dan Kota Gelanggi yang belum terungkai

Anda tentu pernah melihat peta-peta lama semenanjung Tanah Melayu. Kita juga tahu bahawa Tanah Melayu suatu ketika dahulu tercatat di dalam peta-peta pelayaran di barat malahan Gunung Ledang juga telah dikenali sekian lama dahulu.

Di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. 

Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.
 
Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.

Sekiranya kita mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya  Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.

Misteri bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya.

Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana. 

Jadi persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.
Apakah kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu. 

Walaupun satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun dakwaan beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam hutan tebal masih merupakan satu misteri buat kita.

Insya Allah... sama-samalah kita berdoa agar penipuan musuh -musuh kita ini dapat dirungkaikan suatu masa nanti

26 May 2012

WWW 1 bernilai RM 520,000

PETALING JAYA: Kenderaan bernombor pendaftaran 'WWW 1' mencatat rekod baru apabila menjadi kombinasi termahal yang pernah dijual di Malaysia dengan tawaran bidaan tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu sebanyak RM520,000 ($210,582).

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha, dalam satu kenyataan berkata jumlah itu melepasi rekod terdahulu 'MCA 1' pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100.

"Siri WWW juga telah mencatat rekod sendiri, dengan 13 pembida yang berjaya membida dengan nilai lebih daripada RM100,000 dan tiga daripada mereka berjaya membida RM300,000 setiap satu," kata Datuk Seri Kong.

Datuk Seri Kong berkata jumlah bidaan yang diterima setakat ini adalah lebih daripada RM64 juta.Beliau berkata bidaan yang berjaya bagi siri 'WWW' dianggarkan meraih RM11.3 juta, 10 kali lebih tinggi berbanding kutipan yang diterima bagi siri yang lain.

"Bilangan tertinggi bidaan (dalam siri ini) ialah 'WWW 333', yang menerima 84 bidaan," kata Datuk Seri Kong.

Beliau menjelaskan, daripada 10,000 nombor dalam siri ini, 4,908 nombor telah diterima tawaran bidaannya, manakala baki 5,091 akan akan dijual kepada orang ramai.Beliau berkata surat memaklumkan keputusan kepada pembida akan dihantar bermula 6 Jun ini.

Datuk Seri Kong berkata keputusan penuh hanya akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini kerana pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi meneliti 18,243 bidaan, jumlah besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor mStar Online.

RM 520,000 adalah satu nilai yang tinggi apatah lagi ianya hanyalah sekadar nombor plat kenderaan. Namun itulah harga yang sanggup dibayar oleh rakyat Malaysia. Siapa pemiolik nombor WWW 1 ini akan kita ketahui pada isnin nanti. 

Kalaulah nombor pendaftaran bernilai sebegitu tinggi, kereta apakah agaknya yang sesuai untuknya?
* gambar sekadar hiasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...