Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

20 April 2011

Maharaja Lawak : Amir sebenarnya seorang genius

ramai yang mengatakan amir rajalawak buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton rancangan maharaja lawak di televisyen.. bila AC mizal menjemput amir rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton.. pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..

aku tetap dengan pendirian aku untuk menonton persembahan amir.. dari mula persembahannya sehinggalah dia habis membuat persembahan, wajah aku 'flat'.. langsung tidak muncul senyuman atau tawa riang.. dalam hati aku berkata "wtf! apa benda dia buat ni?".. memang tak lawak langsung.. rasa macam nak buh penendang.. tapi kini pendapat aku berubah selepas aku mendapati amir ini sebenarnya adalah seorang yang genius!

amir mampu membuat lawak berperingkat.. orang ketiga yang menonton orang yang sedang menonton amir membuat lawak, pasti akan merasa lawak kerana melihat orang itu tidak berasa lawak

anda tidak akan rasa nak tergelak terhadap lawak amir pada kadar serta merta, tetapi kesan atau effect dari lawak amir itu mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun sebulan..

dua hari selepas aku menonton rancangan maharaja lawak, ada kawan aku yang terlepas untuk menonton rancangan itu, bertanyakan kepada aku kerana dia mahu menonton di youtube "weh, sapa lagi yang best dalam maharaja lawak minggu lepas?".. sebagai seorang yang berperangai sarkastik, aku menjawab "amir best weh.. minggu ni dia perform gilababi.. memang lawak".. lalu kawan aku terus membuat carian di youtube dan menonton video amir ketika persebahan 2 hari lepas..
aku perhatikan kawan aku dari jauh.. aku ketawa kesorangan.. aku senyum lebar.. bila kawan aku dah tengok video tu sampai habis, dia berkata "apa lancau lawak dia ni? tak lawak pun!!" terus aku gelak besar sebab tengok muka kawan aku flat dari mula sampai habis.. jadi terbukti amir rajalawak adalah seorang yang genius.. beliau bukan saja layak mendapat title 'maharaja' bahkan 'kepala bapak maharaja lawak'..
Yang ni pun lagi ultra lawak...

* dipetik dari tubelawak.blogspot.com


Sila Sahin berbogel untuk Playboy


 









Berlin - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga. Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon. Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut. Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu. Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.

"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi 
* dipetik dari kelab greenboc  

Memang hebat wanita Islam zaman sekarang... tapi benarkah beliau seorang yang hebat? Hebatkah tindakan beliau? Sejauh mana beliau mengamalkan Islam sebagai cara hidup  bersama keluarga....?

Tepuk dada tanya selera.....

19 April 2011

Rakyat Amerika tidak BODOH

Siapa kata Rakyat Amerika bodoh? kalau betul Rakyat Amerika bodoh dan tolol, cuba buktikan sejauh mana hujah anda. Fakta yang mengatakan rakyat Amerika dungu adalah tidak benar dan mengarut sama sekali!

Mana mungkin sebuah kerajaan yang paling berkuasa dalam dunia memiliki rakyat yang bangang? Mereka memiliki segalanya sampaikan universiti mereka pun diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Mereka memiliki pemimpin-pemimpin besar bertaraf dunia yang bukan sahaja menjaga kepentingan rakyatnya malah terlalu sibuk mencampuri dan ambil tahu urusan negara lain. Bukankah ini menunjukkan kebijaksanaan mereka?

Kalau benar ada antara kita mengatakan orang Amerika tidak bahalul dan bebal... buktikan! Kalau dah tengok bukti barulah kita boleh mempercayainya.... 
erm.... dah tahu jawapannya?
tak pasti lagi...? cuba tengok ni pulak... 

Kalau Jumpa Terus Telefon Polis!

INTAN NAJIHAH BINTI JUNNY
14 Tahun

Hilang Sejak 14 April 2011

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini,

Sila hubungi

En. Junniy
019 367 9499 @ 017 310 9973

- dipetik dari perelih.blogspot


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

BOGEL ke tempat kerja? GILA...!

Ramai yang hubungi Panglima bertanyakan samada teknologi MIRAE (Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment) yang dibangunkan oleh Korea Selatan benar-benar wujud atau mungkin sekadar gimik pihak tertentu sahaja. (klik untuk maklumat lanjut)

Ada juga yang nampak gembira dengan berita ini dan ramai juga yang melahirkan kebimbangannya. Sebenarnya teknologi membogelkan manusia ni memang dah wujud lama dahulu. Sebelum Korea memajukan teknologi ini, apple menerusi i-Phone telah pun lama mengungguli dunia membogelkan manusia ini.

Rajin-rajin teroka dalam internet, gambar yang diambil menggunakan kamera digital biasa pun sebenarnya boleh membogelkan orang! begitulah hebatnya manusia menyalah gunakan teknologi...

18 April 2011

Ngeri dan Sadis! Penyesalan yang tiada akhirnya


Assalamualaikum Wbr...


Saksikan bagaimana...Ahli Silap mata ini.....tersilap matanya, lantas membunuh perempuan ini. (kalau tak silap..perempuan ini adalah isterinya)
Ermmm......Penyesalan yang abadi.

* dipetik dari Panglima7

Begitulah akhirnya sebuah kegemilangan... sambil disaksikan di hadapan peminatnya sendiri. Seharusnya keistimewaan dan kelebihan yang dikurniakan bukanlah untuk bermegah-megah dan dipertontonkan di khalayak ramai apatah lagi digunakan untuk mengaut keuntungan.  

Teknik Menghasilkan Telur Tiruan

Bagaimanakah telur tiruan ini dibuat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...