Ramai yang tertanya-tanya mengenai penganjuran yang kami lakukan di Pulau Besar, Melaka. Apakah yang ada di sana? Apa istimewanya? Menarik? Bagi menjawab persoalan ini, kami huraikan serba sedikit program penjelajahan yang dianjurkan ini.
Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka.
Pelbagai cerita misteri dan lagenda sering dikaitkan dengan pulau ini. Terdapat juga beberapa kubur Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah kubur As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, kubur Syeikh Yusuf As-Sidiq, kubur Saiyid Ibrahim r.a, kubur Siti Sarah (juga dikenali sebagai kubur Syarifah Rodziah) serta kubur Tujuh Beradik. ga beberapa kubur yang lain antaranya kubur Nenek Kebayan, kubur Tok Janggut, kubur Seribu dan kubur Nisan Satu. Di sekitarnya terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.
Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat/orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api, air bersih disamping menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.
Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ketika kewujudan Melaka sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan. Kapal-kapal dagang singgah untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui. Menurut Ma Huan, pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’, berlabuh, berehat disamping mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.
Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan oleh orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Dengan adanya program Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar akan membolehkan para pelancong mengetahui sejarah di sebalik Pulau Besar seterusnya mampu mengubah persepsi orang ramai yang sering mengaitkan pulau ini dengan alam misteri. Secara tidak langsung juga ianya mampu membendung amalan sesetengah individu yang sering mengaitkan pulau ini dengan amalan khurafat.
Antara objektif utama penganjuran program ini adalah memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat mengenai sejarah Pulau Besar, mempromosi dan mengetengahkan Pulau Besar sebagai destinasi pelancongan berteraskan keagamaan yang perlu dikunjungi sekaligus mengubah tanggapan dan pandangan orang ramai yang sering mengaitkannya dengan amalan berunsurkan khurafat. Secara tidak langsung juga ianya mampu menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negeri Melaka yang mampu menyumbang pendapatan bagi penduduk setempat.
Apa yang menarik, peserta program akan dibawa menjelajah hampir kesemua lokasi sejarah yang sering dikaitkan dengan misteri. Mungkin antara anda sering berkunjung ke sana saban tahun namun adakah anda pasti telah mengunjungi ke semua lokasi yang tersenarai? Malahan terdapat beberapa tempat lagi yang tidak dinyatakan yang kemungkinannya turut dikunjungi kelak sekiranya keadaan mengizinkan. Ini kerana terdapat beberapa lokasi terletak di kawasan marina yang tidak dibenarkan untuk dikunjungi. Mungkin kalau bernasib baik akan dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan.
Sesuatu yang paling mendebarkan apabila peserta di bawa mengunjungi Gua Yunus yang terletak di utara Pulau Besar pada waktu malam! Peluang ini tidak mungkin dapat anda lakukan pada percutian anda bersama keluarga mahupun teman-teman. Kalau pun memang anda mempunyai masa namun anda mungkin tidak mampu mengharungi perjalanan ke sana melalui lorong hutan yang curam dan mencabar di tengah kegelapan malam. Rasai kedamaian ketika berada di sana. Satukan diri anda dengan alam semulajadi untuk mengenali Sang Pencipta-NYA.
Sekiranya bernasib baik, anda berpeluang merasai keenakan Kari Kambing bersama Sup Segar yang sering dihidangkan secara percuma di wakaf surau Pulau Besar. Perut anda sentiasa segar lantaran kerapnya kenduri diadakan di sana. Jangan risau mengenai penyembelihan mahupun penyediaan makanan kerana semuanya disediakan bersih di bawah pemantauan pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Melaka dan juga Jabatan Agama Islam Melaka. Khurafat? Pemujaan? Amalan syirik? Jangan anda risaukan kerana amalan ini telah banyak berubah berbanding beberapa tahun dulu. Syabas dan tahniah kepada agensi kerajaan yang berusaha menanganinya di samping pemahaman masyarakat yang juga semakin baik.
Apa yang pasti 'aura' di sana juga semakin dirasai dengan kewujudan Maahad Tahfiz Al-Quran kendalian Kerajaan Negeri Melaka sepenuhnya yang telah beroperasi beberapa tahun yang lalu. Jangan tanya kami bagaimana caranya sebaliknya bermohonlah kepada Allah.
Pakej ini menjadi lengkap dan sempurna apabila anda disediakan kemudahan bermalam di dalam khemah. Sesuatu yang mungkin tidak anda fikirkan namun peluang inilah menjadikan pengembaraan ini begitu bermakna. Lupakan sejenak segala keselesaan yang dinikmati selama ini di rumah anda, gunakan saat indah ini untuk menyelami siapakah anda disisi NYA.
Jom sertai kami dalam program ini bersama keluarga anda mahupun teman-teman. Jangan risau kerana segalanya disediakan untuk anda termasuk perlindungan insuran. Hubungi MIRACLE AURA ENTERPRISE di talian 0111-5149607 (Nurman bin Mohd Baroldin). Kami juga mengalu-alukan tempahan secara berkumpulan dari mana-mana institusi mahupun NGO, pelajar-pelajar IPTA/IPTS mahupun sesiapa sahaja dengan peserta minima seramai 20 orang dengan pilihan tarikh yang anda sendiri tentukan...
Jangan ragu-ragu dengan harga yang kami tawarkan. Teliti sendiri pakej sediada di internet... RM 380 seorang bermalam di dalam khemah dengan perkhidmatan shuttle bus pergi dan balik dari Kuala Lumpur atau anda dikenakan bayaran RM 500 seorang sekiranya anda memilih untuk menginap di chalet. Malahan anda mungkin juga dikenakan RM120 seorang untuk jelajah Pulau Besar selama setengah hari (sekitar 3-4 jam) tanpa makanan dan minuman disediakan!
Jangan ragu-ragu dengan harga yang kami tawarkan. Teliti sendiri pakej sediada di internet... RM 380 seorang bermalam di dalam khemah dengan perkhidmatan shuttle bus pergi dan balik dari Kuala Lumpur atau anda dikenakan bayaran RM 500 seorang sekiranya anda memilih untuk menginap di chalet. Malahan anda mungkin juga dikenakan RM120 seorang untuk jelajah Pulau Besar selama setengah hari (sekitar 3-4 jam) tanpa makanan dan minuman disediakan!
menarik
ReplyDeletepulau yang mempunyai seribu satu misteri yang masih belum terungkai
ReplyDeleteawat hang tak rungkaikan?
Deleteboleh thu dr mana sumber sahih tentang sejarah pulau besar
ReplyDeletesebenarnya tiada catatan lengkap mengenai Pulau Besar. Maklumat yang dikumpul adalah berdasarkan sumber lisan dari penduduk setempat
Deletemenarik. saya bermaksud berkunjung kesana pada 11 mei 2017, apakah ada kemungkinan kami dapat bergabung ? Bagaimana caranya ?
ReplyDeleteMohon dapat memberikan informasi ke email saya hikari.ningsih@gmail.com
Terim kasih
Ada lagi x pakej mcm ni? If ada email sy leonidas_leonardo@yahoo.com
ReplyDeleteTq
zYUK JOIN BERSAMA AGEN BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR
ReplyDeleteWWW.ZOYA99.COM RAIH JUTAAN RUPIAH SELAMA BERMAIN DISINI
BANYAK KEUNTUNGAN YANG TIDAK DI MILIKI SITUS LAIn
* PROSES DEPO/WD YANG SUPER CEPAT
* MINIMAL DEPO/WD Rp.20.000
* 7 PERMAINAN HANYA MENGGUNAKAN 1USERID SAJA
* PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN
* BONUS ROLINGAN
* BONUS REFERALL
UNTUK INFO LEBIH LENGKAP SILAHAKAN HUBUNGIN CS KAMI
• Pin BBM D8B82A86
• Pin BBM 2BE5BC31
• Line : zoya_qq
• WA : +85515370075
zYUK JOIN BERSAMA AGEN BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR
ReplyDeleteWWW.ZOYA99.COM RAIH JUTAAN RUPIAH SELAMA BERMAIN DISINI
BANYAK KEUNTUNGAN YANG TIDAK DI MILIKI SITUS LAIn
* PROSES DEPO/WD YANG SUPER CEPAT
* MINIMAL DEPO/WD Rp.20.000
* 7 PERMAINAN HANYA MENGGUNAKAN 1USERID SAJA
* PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN
* BONUS ROLINGAN
* BONUS REFERALL
UNTUK INFO LEBIH LENGKAP SILAHAKAN HUBUNGIN CS KAMI
• Pin BBM D8B82A86
• Pin BBM 2BE5BC31
• Line : zoya_qq
• WA : +85515370075
zYUK JOIN BERSAMA AGEN BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR
ReplyDeleteWWW.ZOYA99.COM RAIH JUTAAN RUPIAH SELAMA BERMAIN DISINI
BANYAK KEUNTUNGAN YANG TIDAK DI MILIKI SITUS LAIn
* PROSES DEPO/WD YANG SUPER CEPAT
* MINIMAL DEPO/WD Rp.20.000
* 7 PERMAINAN HANYA MENGGUNAKAN 1USERID SAJA
* PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN
* BONUS ROLINGAN
* BONUS REFERALL
UNTUK INFO LEBIH LENGKAP SILAHAKAN HUBUNGIN CS KAMI
• Pin BBM D8B82A86
• Pin BBM 2BE5BC31
• Line : zoya_qq
• WA : +85515370075
YUK JOIN DAN MAINKAN POKER DAN DOMINO ONLINE BERSAMA ZOYA99.COM
ReplyDeleteDAPATKAN EXTRA BONUS SELAMA BERMAIN DISINI
* BONUS ROLINGAN
* BONUS REFERALL
DAN RASAKAN PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN HANYA DISINI
UNTUK INFO LEBIH JELAS, SILAHKAN HUBUNGIN CS KAMI ONLINE 24JAM!!
• Pin BBM D8B82A86
•Pin BBM 2BE5BC31
•Line : zoya_qq
•WA : +85515370075accc
pulau yg menempatkan ramai syuhada dan pahlawan melayu. 7 bulan portugis cuba mendapatkan melaka akhirnya ramai terkorban. bagaimana ada maqam pasti ad penempatan. pulau besar pulau nisteri pulau para wali
ReplyDeletejoker123 agen slot terpercaya indonesia dan terbaik dengan minimal deposit 50rb
ReplyDeletehttps://taruhanslot.net/panduan-lengkap-bermain-slot-burning-pearl-joker123/
Link Official Bolavita : http://159.89.197.59/
Telegram : +62812-2222-995
Wechat : Bolavita
WA : +62812-2222-995
Line : cs_bolavita