Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

13 December 2015

Alhamdulillah... Pengantin PIJAK dan BAKAR Bendera Israel perolehi 'SRIKANDI'

    
Masih ingat lagikah peristiwa sepasang pengantin di Umbai, Melaka yang meraikan hari persandingan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel? Tindakan mereka ini kemudiannya mendapat perhatian besar ke seluruh negara. Hampir semua akhbar-akhbar di Malaysia memaparkan peristiwa berkenaan malah ianya turut disiarkan dalam berita Astro Awani. 
Peristiwa ini turut mendapat perhatian blog-blog besar seluruh negara hinggakan turut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day “. Laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), turut menyiarkannya lantas mencetuskan kemarahan rakyat Israel malah mengharapkan musibah ke atas pasangan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu laporan polis turut dibuat ke atas pasangan berkenaan yang sebenarnya tidak menyangka langsung menerima publisiti sebegitu hebat. Difahamkan keluarga pengantin tidak merancang apa-apa yang hebat untuk perkahwinan berkenaan. Idea menyediakan bendera Israel untuk dipijak tetamu juga adalah idea spontan sehari sebelum perkahwinan dilangsungkan. Bendera juga di cetak saat akhir atas kesanggupan pencetak malah mereka juga tidak membayar lantaran pencetak yang sengaja menghadiahkan kepada mereka setelah mengetahui tujuan mereka.
Sengaja mereka memilih bendera Israel untuk dipijak dan dibakar sebagai simbolik kepada penindasan dan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap umat Islam seluruh dunia terutamanya di Palestin. Sebenarnya tiada apa yang mampu mereka lakukan, justeru pijak dan bakar bendera Israel adalah satu medium terbaik menyatakan protes sambil mengharapkan sokongan dari tetamu majlis mereka.
Kehadiran rakan taulan termasuk salah seorang wartawan akhbar kemudiannya mengubah sambutan perkahwinan mereka apabila berita tersebar pantas di kalangan rakan wartawan menerusi aplikasi 'whatsup' dan kemudiannya mendapat liputan dari Astro Awani sebelum menjadi viral seluruh negara.

Keluarga pengantin juga terperanjat menerima reaksi masyarakat. Jelas penentangan secara simbolik yang mereka lakukan mendapat cemuhan dan kritikan hebat dari masyarakat Malaysia. Tambah menyedihkan banyak komen-komen sinis dilemparkan kepada mereka datangnya dari orang Melayu yang kononnya beragama Islam! Bukan cacian dan makian, malahan cabaran juga ditujukan kepada pengantin untuk berada di barisan hadapan sekiranya Israel datang menyerang Malaysia disebabkan tindakan mereka. 
Sedih melihat betapa ramai rakyat Malaysia yang berfikiran sebegitu. Memang sukar... saudara seagama yang menderitai kekejaman Israel sukar untuk mendapat pembelaan dari saudara seagama di Malaysia! Apakah disebabkan kesejahteraan dan kemakmuran yang dikecapi sekian lama menjadikan mereka begitu bongkak untuk membela mereka?

Cuba tanya diri sendiri berapa kerapkah kita mendoakan keselamatan saudara kita di Palestin mahupun mana-mana negara yang ditindas. Kalau tidak kita mengaminkan doa dari Sang Khatib alamatnya tiadalah doa untuk mereka. Berapa ramaikah agaknya rakyat Malaysia yang mendoakan mereka? Sudahlah tindakan memboikot produk-produk Israel mahupun Amerika dipandang sepi. Cuma segelintir sahaja yang bermatian berkempen yang kesudahannya terdiam sepi akhirnya.

Tanya diri sendiri berapa besarkah peranan yang anda mainkan dalam isu Israel ini. Cuba bayangkan apakah jawapan yang akan kita berikan sekiranya di soal di hadapan Allah kelak. Janganlah sekadar jagoan mengutuk dan mengeji tindakan pasangan pengantin ini sedangkan diri sendiri terlupa peranan yang sepatutnya dimainkan sebagai Umat Islam.

Apapun Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah apabila pasangan pengantin ini selamat menerima kehadiran seorang puteri baru-baru ini. Semoga Allah terus memelihara pasangan pengantin ini serta seluruh ahli keluarga mereka, semuga puteri mereka kelak mampu muncul sebagai 'SRIKANDI' yang akan terus mempertahankan kedaulatan Islam dan panji-panjinya. Biarlah Srikandi ini kelak menenggelamkan suara-suara bacul rakyat Malaysia yang bangga dengan topeng wajah mereka yang dibekalkan Israel. 

* gambar puteri pasangan pengantin tidak dapat disiarkan bagi menghormati permintaan mereka.  














                                                                                                      للَّهُمَّ احْقَنْ دِمَاءَ الْمُسْلِمِينَ فِي شَتـَّّى بِقَاعِ اْلأَرْضِ

                                                                                                      اَللَّهُمَّ نَسْأَلُكَ عِزًّا وَتَمْكِينًا وَنَصْرًا لِلْمُجَاهِدِينَ مُبْينًا

                                                                                                                    اَللَّهُمَّ كُنْ مَعَهُمْ وَلَهُمْ وَانْصُرْهُمْ وَقَوِّهِمْ

                                                                                                               اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَأْيَهُمْ وَصَوِّبْ رَمْيَهُمْ وَسِهَامَهُمْ

                                                                                                                       وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ وَأَصْلِحِ اللَّهُمَّ قُلُوبَهُمْ


Ya Allah, tahanlah darah kaum muslimin di seluruh penjuru dunia (dari ditumpahkan oleh musuh-musuh Islam),Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kejayaan, kekuasaan, dan kemenangan yang nyata untuk mujahidin. Ya Allah, bersamalah mereka, belalah mereka, menangkanlah mereka, dan kuatkanlah mereka. Ya Allah, luruskanlah pendapat mereka, tepatkanlah tembakan dan anak panah mereka. Satukanlah kalimat mereka dan perbaikilah hati mereka

                                                                                     اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَعْدَائِهِمْ اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَعْدَائِهِمْ اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَعْدَائِهِمْ

                                                                                               اَللَّهُمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ اَللَّهُمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ اَللَّهُمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ

                                                                                          وَشَتـِّتْ شَمْلَهُمْ وَأَضْعِفْ شَوْكَتَهُمْ وَاقْذِفِ الرُّعْبَ فِي قُلُوبِهِمْ

Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh mujahidin 3x 
Ya Allah, pecah-belahlah persatuan mereka 3x 

cerai-beraikanlah perkumpulan mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan campakkanlah rasa takut ke dalam hati mereka


    



09 December 2015

Wadah Panglima: Selawat TAFRIJIYAH - Manfaat dan kelebihan yang LU...

Selawat TAFRIJIYAH - Manfaat dan kelebihan yang LU...: Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selaw...

Selawat TAFRIJIYAH - Manfaat dan kelebihan yang LUARBIASA

Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Bagi seseorang yang inginkan kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
.
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam". 

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali. Imam Addainuri Rahimahullah menyatakan barang siapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. 

Al_Qurtubi pula menjelaskan sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. 

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. 

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. 

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah... Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.. 

Antara kelebihan berselawat ialah : 

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.) 

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 

5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya. 

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. 

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya. 

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang. 

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya. 

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim. 

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani




Fadhilat Selawat Tafrijiyah


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-


1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.


Imam ad-Dainuri r.a

11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

.Imam Qurtubi r.a

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.


Wallahu A’alam Bissowab

* sumber : bentengjiwa.blogspot.my, mukjizatdoa.blogspot.com dll  

Ramai antara kita yang tahu selawat ni... namun tak ramai yang tahu fadhilat bagi yang mengamalkannya. Zaman sekolah dahulu ustaz sering mengingatkan kita mengenai selawat ini... besar fadhilat dan ganjarannya kelak.

'Cubalah jadikan amalan harian. Amalkan membacanya sebanyak 40x setiap hari selepas solat Subuh sehingga genap 40 hari. Insya Allah, kamu tidak akan mengalami kesempitan rezeki....' 

04 December 2015

Wadah Panglima: Menjejaki SEJARAH dan MISTERI Pulau Besar, Melaka

Wadah Panglima: Menjejaki SEJARAH dan MISTERI Pulau Besar, Melaka: Ramai yang tertanya-tanya mengenai penganjuran yang kami lakukan di Pulau Besar, Melaka. Apakah yang ada di sana? Apa istimewanya? Menar...

Menjejaki SEJARAH dan MISTERI Pulau Besar, Melaka

Ramai yang tertanya-tanya mengenai penganjuran yang kami lakukan di Pulau Besar, Melaka. Apakah yang ada di sana? Apa istimewanya? Menarik? Bagi menjawab persoalan ini, kami huraikan serba sedikit program penjelajahan yang dianjurkan ini. 

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka.
Pelbagai cerita misteri dan lagenda sering dikaitkan dengan pulau ini. Terdapat juga beberapa kubur Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah kubur As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, kubur Syeikh Yusuf As-Sidiq, kubur Saiyid Ibrahim r.a, kubur Siti Sarah (juga dikenali sebagai kubur Syarifah Rodziah) serta kubur Tujuh Beradik. ga beberapa kubur yang lain antaranya kubur Nenek Kebayan, kubur Tok Janggut, kubur Seribu dan kubur Nisan Satu. Di sekitarnya terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain. 

Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat/orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api, air bersih disamping menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka. 

Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ketika kewujudan Melaka sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan. Kapal-kapal dagang singgah untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui. Menurut Ma Huan, pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’, berlabuh, berehat disamping mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka. 
Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan oleh orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Dengan adanya program Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar akan membolehkan para pelancong mengetahui sejarah di sebalik Pulau Besar seterusnya mampu mengubah persepsi orang ramai yang sering mengaitkan pulau ini dengan alam misteri. Secara tidak langsung juga ianya mampu membendung amalan sesetengah individu yang sering mengaitkan pulau ini dengan amalan khurafat. 
Antara objektif utama penganjuran program ini adalah memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat mengenai sejarah Pulau Besar, mempromosi dan mengetengahkan Pulau Besar sebagai destinasi pelancongan berteraskan keagamaan yang perlu dikunjungi sekaligus mengubah tanggapan dan pandangan orang ramai yang sering mengaitkannya dengan amalan berunsurkan khurafat. Secara tidak langsung juga ianya mampu menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negeri Melaka yang mampu menyumbang pendapatan bagi penduduk setempat.
Apa yang menarik, peserta program akan dibawa menjelajah hampir kesemua lokasi sejarah yang sering dikaitkan dengan misteri. Mungkin antara anda sering berkunjung ke sana saban tahun namun adakah anda pasti telah mengunjungi ke semua lokasi yang tersenarai? Malahan terdapat beberapa tempat lagi yang tidak dinyatakan yang kemungkinannya turut dikunjungi kelak sekiranya keadaan mengizinkan. Ini kerana terdapat beberapa lokasi terletak di kawasan marina yang tidak dibenarkan untuk dikunjungi. Mungkin kalau bernasib baik akan dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan.

Sesuatu yang paling mendebarkan apabila peserta di bawa mengunjungi Gua Yunus yang terletak di utara Pulau Besar pada waktu malam! Peluang ini tidak mungkin dapat anda lakukan pada percutian anda bersama keluarga mahupun teman-teman. Kalau pun memang anda mempunyai masa namun anda mungkin tidak mampu mengharungi perjalanan ke sana melalui lorong hutan yang curam dan mencabar di tengah kegelapan malam. Rasai kedamaian ketika berada di sana. Satukan diri anda dengan alam semulajadi untuk mengenali Sang Pencipta-NYA.


Sepanjang jelajah ini anda akan diberi maklumat mengenai Pulau Besar keseluruhannya dan anda juga boleh bertanyakan sebarang persoalan. Semuanya akan cuba dirungkaikan satu persatu kelak... Insya Allah. 
Sekiranya bernasib baik, anda berpeluang merasai keenakan Kari Kambing bersama Sup Segar yang sering dihidangkan secara percuma di wakaf surau Pulau Besar. Perut anda sentiasa segar lantaran kerapnya kenduri diadakan di sana. Jangan risau mengenai penyembelihan mahupun penyediaan makanan kerana semuanya disediakan bersih di bawah pemantauan pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Melaka dan juga Jabatan Agama Islam Melaka. Khurafat? Pemujaan? Amalan syirik? Jangan anda risaukan kerana amalan ini telah banyak berubah berbanding beberapa tahun dulu. Syabas dan tahniah kepada agensi kerajaan yang berusaha menanganinya di samping pemahaman masyarakat yang juga semakin baik. 
Apa yang pasti 'aura' di sana juga semakin dirasai dengan kewujudan Maahad Tahfiz Al-Quran kendalian Kerajaan Negeri Melaka sepenuhnya yang telah beroperasi beberapa tahun yang lalu. Jangan tanya kami bagaimana caranya sebaliknya bermohonlah kepada Allah.

Pakej ini menjadi lengkap dan sempurna apabila anda disediakan kemudahan bermalam di dalam khemah. Sesuatu yang mungkin tidak anda fikirkan namun peluang inilah menjadikan pengembaraan ini begitu bermakna. Lupakan sejenak segala keselesaan yang dinikmati selama ini di rumah anda, gunakan saat indah ini untuk menyelami siapakah anda disisi NYA. 

Jom sertai kami dalam program ini bersama keluarga anda mahupun teman-teman. Jangan risau kerana segalanya disediakan untuk anda termasuk perlindungan insuran. Hubungi MIRACLE AURA ENTERPRISE di talian 0111-5149607 (Nurman bin Mohd Baroldin). Kami juga mengalu-alukan tempahan secara berkumpulan dari mana-mana institusi mahupun NGO, pelajar-pelajar IPTA/IPTS mahupun sesiapa sahaja dengan peserta minima seramai 20 orang dengan pilihan tarikh yang anda sendiri tentukan... 

Jangan ragu-ragu dengan harga yang kami tawarkan. Teliti sendiri pakej sediada di internet... RM 380 seorang bermalam di dalam khemah dengan perkhidmatan shuttle bus pergi dan balik dari Kuala Lumpur atau anda dikenakan bayaran RM 500 seorang sekiranya anda memilih untuk menginap di chalet. Malahan anda mungkin juga dikenakan RM120 seorang untuk jelajah Pulau Besar selama setengah hari (sekitar 3-4 jam) tanpa makanan dan minuman disediakan! 



  


   

02 December 2015

Wadah Panglima: PROKSI-PROKSI Amerika di Malaysia?

Wadah Panglima: PROKSI-PROKSI Amerika di Malaysia?:   PADA 27 April 2014 yang lalu, Obama telah berjumpa khusus dengan 10 wakil pertubuhan sivil. Anda boleh lihat gambar di atas, siapa ya...

Wadah Panglima: Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar (28 - 29...

Wadah Panglima: Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar (28 - 29...: Program tetap berlangsung seperti yang telah dijanjikan walaupun hanya terdapat 6 orang peserta sahaja. Komitmen tetap kami laksanakan w...

Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar (28 - 29 November 2015)

Program tetap berlangsung seperti yang telah dijanjikan walaupun hanya terdapat 6 orang peserta sahaja. Komitmen tetap kami laksanakan walaupun sasaran peserta tidak menepati sasaran minima. Siapa tahu dengan komitmen yang kami tunjukkan ini mungkin mampu menarik lebih ramai peserta dalam penganjuran akan datang. Insya Allah...


Kesempatan bergambar bersama Tuan Guru Aziz
dari Persatuan Seni Silat Tepat, Umbai
Seorang demi seorang peserta sampai ke Jeti Umbai seperti mana yang dijanjikan. Apa yang kami banggakan terdapat seorang peserta dari Singapura, membuktikan betapa program ini mampu mendapat tempat kelak. Turut bersama kami seorang pelajar universiti yang sedang membuat kajian mengenai khurafat serta seorang penulis bebas bergelar arkitek yang sangat meminati sejarah serta program bercorak lasak.


Peserta dibawa melawat ke semua tempat yang dijanjikan dalam program selama dua hari ini. Cuma keadaan cuaca tidak menyebelahi kami apabila lawatan ke Gua Yunus pada waktu malam terpaksa ditunda keesokannya disebabkan hujan. 

Alhamdulillah... tidak berlaku sebarang masalah sepanjang dua hari berkampung di Pulau Besar. Cuma sesuatu yang amat menghairankan kami apabila melihat paras air di Tasik Bunian yang kering kontang... cuma terdapat sedikit lopak yang berair yang menjadikan ikan-ikan berwarna merah di dalam tasik itu masih mampu bertahan. Dalam keadaan di negeri ini yang sering dilanda hujan sekarang, agak mustahil air tasik boleh kering apatah lagi malam sebelumnya hujan lebat mencurah di seluruh pulau!
Kami juga mendapat perkhabaran mengembirakan apabila diberitakan kira-kira 70 ekor babi hutan telah ditembak minggu lalu. Tidak sia-sia rupanya laporan yang disalurkan kepada pihak berkuasa negeri dari maklumat yang kami terima dari sahabat facebook Chek Ridzuan dan Amzarul Yuzrin Bin Mohd Yusof pada 9 November 2015 yang lalu. Namun kami agak gusar juga apabila dikhabarkan terdapat lebih 100 ekor yang masih merayau terutamanya di kawasan belakang pulau. Harapnya akan ada usaha susulan yang dilakukan mereka agar pulau ini bebas sepenuhnya dari gangguan babi.

Khurafat? Ya... masih lagi diamalkan namun jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sekitar Masjid Pulau Besar yang menempatkan kompleks Makam Sultan Arifin Syeikh Ismail bebas sepenuhnya dari amalan khurafat mungkin disebabkan kewujudan ramai petugas dan penguatkuasa dari jabatan agama. Keadaan berbeza di lokasi asal Kubur Tujuh Beradik yang masih dipenuhi beratus-ratus colok mahupun setanggi. Pemantauan dari agensi agama seharusnya dilakukan di seluruh pulau dan bukannya sekitar madrasah sahaja. Laksanakan tugasan yang diamanahkan kepada anda sebaik mungkin, kerana ganjarannya bukan sahaja di dunia kelak.

Peserta juga berkesempatan merasai keenakan kari serta sup apabila ada pihak yang menjamu kenduri kesyukuran di wakaf makan di sekitar madrasah. Benar pandangan rakan-rakan, anda tidak akan kebuluran sekiranya berkunjung ke Pulau Besar pada hujung minggu. Ada sahaja pihak yang tidak keberatan menderma yang pasti membuatkan perut anda membesar tiba-tiba!

Alhamdulillah juga kali ini kami dapat juga membekalkan elektrik bagi kemudahan peserta mengecas semula bateri kamera mahupun telefon bimbit. Walaupun generator yang kami bawa berkapasiti kecil namun kemampuannya tidak mengecewakan. 

Ramai yang bertanyakan kami, apakah berdepan dengan perkara-perkara pelik mahupun misteri? Alhamdulillah... semuanya selamat dan ternyata mereka semuanya gembira dengan program ini walaupun kami tahu ada sesuatu sebenarnya telah berlaku pada salah seorang peserta kami. Nak tahu apa ceritanya?.... hehehe biarlah individu terlibat sahaja yang membuka isi ceritanya. 
       



















































































































  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...