KENAPA SYIAH BERPUSAT DI IRAN....
Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita bertanya, “mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan tidak di negara lain?”
Untuk menjawab persoalan berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu. Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi. Parsi merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme).
Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu. Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania.
Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.
Saad bin Abi Waqqas
Saad lahir dan besar di kota Makkah. Ia dikenal sebagai pemuda yang serius dan memiliki pemikiran yang cerdas. Sosoknya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap dengan potongan rambut yang pendek. Orang-orang selalu membandingkannya dengan singa muda.
Ia berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orangtuanya, terutama ibunya. Meski berasal dari Makkah, ia sangat benci pada agamanya dan cara hidup yang dianuti masyarakatnya. Ia membenci upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Makkah saat itu.
Suatu hari dia didatangi Abu Bakar yang dikenal sebagai orang yang ramah. Ia mengajak Saad menemui Muhammad di sebuah bukit dekat Makkah. Pertemuan itu amat berkesan di jiwa Saad yang ketika itu baru berusia 20 tahun.
Ia pun segera menerima undangan Muhammad s.a.w. untuk menjadi salah seorang penganut ajaran Islam yang dibawanya. Saad kemudian menjadi salah satu sahabat yang pertama masuk Islam.
Saad sendiri secara tidak langsung memiliki hubungan kekerabatan dengan Rasulullah s.a.w.. Ibunda rasul, Aminah binti Wahhab berasal dari suku yang sama dengan Saad iaitu dari Bani Zuhrah. Kerana itu Saad juga sering disebut sebagai Saad dari Zuhrah, untuk membezakannya dengan Saad-Saad yang lain.
Namun keislaman Saad mendapat tentangan keras terutama dari keluarga dan anggota sukunya. Ibunya bahkan mengancam akan bunuh diri. Selama beberapa hari, ibunda Saad menolak makan dan minum sehingga kurus dan lemah. Meski dipujuk dan dibawakan makanan, namun ibunya tetap menolak dan hanya bersedia makan jika Saad kembali ke agama lamanya. Namun Saad berkata bahawa meski ia memiliki kecintaan luar biasa kepada ibunya, namun kecintaannya pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w jauh lebih besar lagi.
Mendengar kekerasan hati Saad, sang ibu akhirnya menyerah dan makan kembali. Fakta ini memberikan bukti kekuatan dan keteguhan iman Saad bin Abi Waqqas. Di masa-masa awal sejarah Islam, kaum Muslim menghilangkan diri ke bukit jika hendak menunaikan solat. Kaum Quraisy selalu menghalangi mereka dari beribadah.
Saat tengah solat, sekelompok kaum Quraisy mengganggu dengan saling melemparkan ucapan kasar. Kerana kesal dan tidak tahan, Saad bin Abi Waqqas memukul salah seorang orang Quraisy dengan tulang unta sehingga melukainya. Ini menjadi darah pertama yang tumpah akibat konflik antara umat Islam dengan orang kafir. Konflik yang kemudian semakin hebat dan menjadi batu ujian keimanan dan kesabaran umat Islam.
Setelah peristiwa itu, Rasulullah meminta para sahabat agar lebih tenang dan bersabar menghadapi orang Quraisy seperti yang difirmankan Allah s.w.t dalam surat al-Muzammil ayat 10. Cukup lama kaum Muslimin menahan diri. Hanya beberapa dekad kemudian, umat Islam diperkenankan melakukan serangan terhadap orang kafir. Saad bin Abi Waqqas menjadi salah satu tonggak pemimpin utamanya.
Saad dijamin Syurga
Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap ke ufuk dan berkata, “Seorang penghuni syurga akan muncul.”
Ketika para sahabat mencari di sekeliling siapa yang dimaksud Nabi, tiba-tiba Sa’ad muncul.
Abdullah bin Amr,menanyakan “rahsia” sehingga mendapat jaminan surga. Sa’ad mengatakan, “Ibadah yang aku kerjakan juga dikerjakan yang lain, kecuali aku tidak pernah menaruh dendam atau berniat jahat terhadap kaum muslimin.”
Ia terlibat dalam perang badar bersama saudaranya yang bernama Umair yang kemudian syahid bersama 13 pejuang Muslim lainnya. Pada perang Uhud, bersama Zaid, Saad terpilih menjadi salah satu pasukan pemanah terbaik Islam. Saad berjuang dengan gigih dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w setelah beberapa pejuang Muslim meninggalkan posisi mereka. Saad juga menjadi sahabat dan pejuang Islam pertama yang tertembak panah dalam upaya mempertahankan Islam.
Saad juga merupakan salah satu sahabat yang dikurniai kekayaan yang banyak dan digunakannya untuk kepentingan dakwah. Ia juga dikenal kerana keberaniannya dan dermawannya. Saad hidup hingga usianya menjelang 80 puluh tahun. Menjelang wafatnya, Saad meminta puteranya untuk mengafaninya dengan jubah yang ia gunakan dalam perang Badar. ''Kafani aku dengan jubah ini kerana aku ingin bertemu Allah SWT dalam pakaian ini,''ujarnya.
Kepahlawan Saad dalam Peperangan Qadisiyyah
Penolakan kaisar Farsi untuk menerima Islam membuat air mata Saad bercucuran. Berat baginya melakukan peperangan yang harus mengorbankan banyak nyawa kaum Muslim dan bukan Muslim.
Kepahlawanan Saad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Farsi di Qadisiyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.
Bersama 3000 pasukannya, ia berangkat menuju Qadasiyyah. Di antara mereka terdapat sembilan veteran perang Badar, lebih dari 300 mereka yang ikut serta dalam ikrar Riffwan di Hudaibiyyah, dan 300 di antaranya mereka yang ikut serta dalam memerdekakan Makkah bersama Rasulullah. Lalu ada 700 orang putra para sahabat, dan ribuan wanita yang ikut serta sebagai perawat dan tenaga bantuan.
Pasukan ini berkemah di Qadisiyyah berhampiran Hira. Pasukan musuh yang datang untuk menentang pasukan tentera Muslimin, mereka semua berjumlah 120,000 ribu orang dibawah panglima perang kebanggaan mereka, Rustum.
Sebelum memulai peperangan, Saidina Umar yang menjadi khalifah saat itu, mengarahkan Saad menulis surat kepada kaisar Farsi, Yazdagird dan Rustum, isi surat itu mengajak meraka menerima agama Islam. Delegasi Muslim yang pertama berangkat menemui Yazdagird adalah Nu’man bin Muqarrin yang kemudian mendapat penghinaan dan menjadi bahan ejekan Yazdagird.
Untuk mengirim surat kepada Rustum, Saad mengirim delegasi yang dipimpin Rubiy bin Aamir. Rustum menawarkan segala kemewahan duniawi kepada Rubiy bin Aamir sebagai pembalasan dan penghinaan. Namun ia tidak berpaling dari Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT menjanjikan kemewahan lebih baik iaitu syurga.
Para delegasi Muslim kembali setelah kedua pemimpin itu menolak tawaran masuk Islam. Melihat hal tersebut, air mata Saad bercucuran kerana ia terpaksa harus berperang yang berarti mengorbankan nyawa orang Muslim dan bukan muslim.
Setelah itu, untuk beberapa hari ia terbaring sakit kerana tidak kuat menanggung kepedihan jika perang harus terjadi. Saad tahu pasti, bahawa peperangan ini akan menjadi peperangan yang sangat keras yang akan menumpahkan darah dan mengorbankan banyak nyawa.
Ketika tengah berfikir, Saad akhirnya tahu bahawa ia tetap harus berjuang. Kerana itu, meskipun terbaring sakit, Saad segera bangkit dan menghadapi pasukannya. Di depan pasukan Muslim, Saad membaca surat Al Anbiya ayat 105 tentang bumi yang akan dipusakai oleh orang-orang soleh seperti yang tertulis dalam kitab Zabur.
Setelah itu, Saad menukar pakaian kemudian menunaikan solat zuhur bersama pasukannya. Setelah itu dengan membaca takbir, Saad bersama pasukan Muslim memulai peperangan. Selama empat hari, peperangan berlangsung tanpa henti dan menimbulkan korban dua ribu Muslim dan sepuluh ribu orang Farsi. Peperangan Qadisiyyah merupakan salah satu peperangan terbesar dalam sejarah dunia. Pasukan Muslim memenangi peperangan itu... - amuslim.blogspot.com
Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah satu : untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah Majusi dan Yahudi. Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi.
Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama’ Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi.
Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat. Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya. - Ichal Saman
Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama’ Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi.
Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat. Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya. - Ichal Saman
Syiah Tentera DAJJAL?!
Syiah adalah salah satu ajaran sesat yang di asaskan oleh Yahudi Ibn Saba' selepas kewafatan Saidina Ali k.wj. Kononnya mereka (golongan syiah) adalah ahli bait dan pembela ahli bait dan bersimpati dengan syahidnya Saidina Hussin cucu Rasulullah SAW. Mereka menyeksa diri pada Hari Asyura. Kesesatan ajaran syiah ini terbukti apabila mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan menuduh Saidatina Aisyah r.ha dengan tuduhan yang melampau batas.
Banyak bukti-bukti sahih yang didedahkan oleh para ulama Islam daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengkaji sejarah Islam akan kesesatan ajaran syiah.
Berita terkini bagaimana tentera revolusi Iran dan tentera Hasbullah bersatu menyokong rejim Bashar al-Assad membunuh rakyat Syria dengan penyembelihan tanpa peri kemanusiaan. Hakikat sebenarnya Iran, Hasbullah dan Rejim Bashar al-Assad adalah tentera dajjal daripada golongan syiah yang terus membunuh umat Islam dikalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mengikut pandangan beberapa ulama, Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama Yahudi. Jubah ini susah ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama syiah sahaja. Al-Tayalisah ini mungkin turut dipakai oleh ulamak Iran yang berfahaman Syiah. Untuk menegakkan kebenaran sabda Rasulullah SAW itu, marilah kita ikuti perkembangan terbaru perang konspirasi Dajjal yang masih berterusan hingga kini.
Pada 28.12.2008, iaitu selepas 1 hari tentera Zionis menyerang Palestin, Ulama Syiah, Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang turut serta dalam perang di Palestin menentang Israel dan terkorban, akan dikira mati syahid. Oleh itu telah dilaporkan 70,000 warga Iran, yang majoritinya belia telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk berjuang bersama hamas dibumi Palestin hanya dalam masa seminggu.
Walau bagaimanapun, seminggu selepas itu Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan kenyataan yang cukup berbeza dari sebelumnya iaitu penghantaran briged sukarela pejuang jihad ditangguhkan dan tidak perlu buat masa ini kerana kononnya terdapat tanda-tanda Israel/Zionis sedang memasang perangkap untuk mengheret Iran dalam kancah perang terbaru.
Apapun pendapat ulamak Syiah itu, kebenaran kata-kata Rasulullah sejak 1430 tahun lalu telah terbukti dengan penzahiran 70 ribu warga Iran untuk berjuang itu! Apakah matlamat dan strategi Zionis/Israel itu hanya Allah SWT saja yang tahu.
Mungkinkah mereka sekarang sedang menunggu kehadiran sebenar Dajjal (Mahdi Syiah) untuk diikuti, bukan untuk melawan Zionis/Israel tetapi sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang Islam yang beraliran Ahli-Sunnah Wal Jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit Nabi SAW. Jika diamati realiti yang berlaku kini, mereka (Syiah) amat membenci golongan Ahli Sunnah, padahal golongan tersebut tidaklah begitu membenci dan berdendam dengan mereka.
Perbezaan Sunni dan Syiah umpama langit dan bumi, malah mengikut seorang ulamak Syiah bernama Sayyid Nikmatullah al-Jazairi dalam kitabnya, berkata :
"Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami." [Rujukan : Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar]
Oleh itu, pembunuhan Saddam yang berfahaman Sunni juga mungkin dirancang oleh Yahudi-Zionis bersama Dajjal. Ini adalah kerana, Saddam adalah di antara pemimpin Islam yang tegas di dunia, yang walaupun dianggap zalim, namun Saddam amat tegas memerangi Zionis di Palestin. Dajjal yang muncul di Iran inilah juga yang membantu Yahudi-Zionis mengalahkan Taliban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq.
Disini saya petik kata-kata beberapa pemimpin utama Iran untuk renungan bersama.
Kata Ali Hashemi Rafsanjani, semasa khutbah Jumaat di Universiti Tehran pada 8 Februari 2002 :
"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN".
Katanya lagi "...seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!"
Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi, bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata :
“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!
Sekarang ini pelan jangka panjang yang dirancang oleh Zionis sedang berjalan lancar. Segala tipu helah dan gerak catur perang semuanya mengikut arahan Dajjal yang mengambil kira nasihat Iblis, iaitu makhluk yang derhaka kepada Allah sejak zaman Nabi Adam hingga kiamat yang panjang umurnya, bijak IQ dan EQnya.
Hanya mereka yang kuat iman dan takwa serta kental semangat perjuangannya mampu mengalahkan mereka. Oleh itu berhati hatilah dengan Iran dan berwaspadalah dengan aliran Syiah yang amat bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah.
Siapakah Messiah Yahudi atau Dajjal menurut kitab-kitab Syiah? Apakah bezanya Imam Mahdi mengikut aliran Sunnah wal jamaah dengan Messiah Yahudi (imam ke-12) golongan Syiah? Di sini, saya memetik satu kesimpulan menarik yang dibuat oleh penulis ini dari bahagian akhir tulisannya iaitu :
Cuba anda renungkan ketika blok Syiah sudah lebih 70% menguasai dunia Arab di rantau Timur Tengah, apa perlu Iran dan Syria bekerjasama dengan Amerika di Iraq di atas alasan keselamatan dan keamanan Iraq? Bagi berhadapan dengan pejuang Sunnah. Kerjasama itu sebenarnya melanjutkan hubungan mereka disebalik tabir sebelum ini.
Bagi yang pro-Syiah tidak hairan mereka telah menyesatkan penganut Sunnah di Iraq hari ini dengan pelbagai tuduhan nista. Cuba kita renungkan dengan penguasaan Syiah di rantau Timur Tengah apa perlu Hizbullah dan Syiria kini berdamai dengan Israel dan Hizbullah menyerahkan mayat dua askar Israel kepada Israel baru-baru ini. Hizbullah yang menang kenapa berdamai pula?
Hakikat yang jelas Hizbullah kini minat menumbangkan Lubnan berbanding Israel. Jika kita mengikuti perkembangan sejarah dunia Timur Tengah tidak pernah meminggirkan faktor asas dalam mengkaji tindakan-tindakan mereka... Hakikatnya Syiah lebih mementingkan empayar Parsi berbanding kemerdekaan Palestin dan pembebasan Iraq dan Afghanistan. Dan perlulah diketahui musuh utama mereka ialah Sunnah..
Apa beza Syiah dan Yahudi? Tiada beza, berdasarkan riwayat-riwayat mereka mengenai Mahdi dan Dajjal. Lihatlah persamaan antara keduanya.. Syiah ini berasal dari agama Yahudi malah pengasas Syiah ialah Yahudi Ibn Saba', malah dari segi keturunan kata al-Mas'udi sejarawan Syiah zaman awal bahawa orang-orang Parsi (Syiah Iran, Afghanistan, India) adalah berasal dari anak-anak Ishak bin Ibrahim a.s sementara orang-orang Yahudi ialah anak-anak Israel (Nabi Ya'qub a.s) bin Ishak bin Ibrahim a.s, cukuplah latar belakang sejarah Isfahan dan Hamdan juga Cyrus, Mordechai dan Esther bagi menggambarkan keakraban kaum Parsi dengan Yahudi dalam sejarah mereka yang lampau yang yang dibanggakan oleh pentadbiran Iran hari ini meskipun laungan palsu dan bohong isu Holocoust dan ingin melenyapkan negara Yahudi dari peta dunia.
BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL
Kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadith-hadith kita telah di diberi beberapa 'amaran' oleh Rasulullah SAW tentang bahayanya Dajjal. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].
Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.
Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat perlindungan dari Allah SWT sendiri, selalu memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal, inikan pula kita, hanya manusia biasa.
Bahayanya fitnah Dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya, tetapi jika dilihat pada sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan Dajjal ini. Fitnah Dajjal amatlah dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam, akan tersesat di akhir hayatnya yang kemungkinan akan murtad pada kemudian hari.
Ketika selesai membaca tasyahhud yakni sebelum salam, adalah digalakkan membaca doa ini.
Sama-samalah kita mengkaji tentang bangsa Parsi dan pengikut Dajjal yang bakal menyambut kemunculan Dajjal nanti. Hanya orang-orang yang buta mata hatinya menganggap kaum Parsi Syiah itu seagama dengan mereka tanpa mengkaji latarbelakang hubungan dan kerjasama mereka dengan Amerika Zionist dan Israel dalam kejatuhan Taliban Afghanistan dan Iraq.
Syiah samada Iran, Syria atau Hizbullah adalah sekutu Israel disebalik konflik dan peperangan palsu antara mereka. Memadailah kita merenung riwayat Imam Muslim dimana Rasulullah telah bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 dari bandar Yahudi Isfahan mereka itu memakai jubah Parsi (Syiah) – Tayalisah”.
Perlu diingatkan bahawa syiah menolak hadis-hadis riwayat sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab dan Saidatina Aisyah r.ha termasuk tujuh ulama hadis sepertii Imam Bukhari dan Muslim. Mereka banyak menggunakan hadis-hadis palsu yang mereka cipta sendiri.
dipetik sepenuhnya dari macjay.blogspot\
No comments:
Post a Comment