Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

29 May 2012

Wajarkah seorang SULTAN terpaksa turut sama MEMBIDA...?



Tahniah kami ucapkan kepada Sultan Johor atas kejayaan memenangi bidaan tersebut dengan harga RM 520,000. Sesungguhnya sebagai seorang Sultan baginda sememangnya layak apatah lagi baginda dikatakan mempunyai senarai aset yang banyak di Singapura. Manakala DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pula berjaya dalam bidaan WWW 5 yang bernilai RM 220,000

Persoalannya wajarkah seorang Sultan terpaksa membida untuk mendapatkan nombor tersebut? Bagaimanakah agaknya sekiranya seorang Sultan gagal dalam bidaan disebabkan adanya pembida yang menawarkan harga lebih tinggi. Apakah kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang setia kepada raja dan negaranya sanggup melihat situasi sebegini?

Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh seorang Sultan di negara kita? Kuasa Sultan semakin lama semakin hilang hinggakan seorang Sultan terpaksa turut sama membida bagi mendapatkan nombor plat yang dianggap istimewa!

Seharusnya KERAJAAN MALAYSIA menilai tatacara pemberian nombor plat kenderaan. Amat wajar sekiranya nombor pendaftaran 1-10 tidak diberikan kepada rakyat jelata sebaliknya dikhususkan kepada Sultan dan kaum kerabatnya, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja. Sekiranya kuota tersebut tidak dipenuhi oleh mereka seharusnya ianya dibekukan sahaja. Biarlah keistimewaan sebegini dikhususkan hanya kepada mereka sahaja selaku pentadbir kepada rakyat jelata.

Bagi mengembalikan kuasa Sultan yang dihakis sebelum ini samada kita sedar ataupun tidak, samada oleh penjajah British mahupun kerajaan Malaysia yang merdeka amat wajar untuk para pemimpin sekarang menerima cabaran ini. Sewajarnya kita meletakkan semula kuasa seorang Sultan ditempat yang sewajarnya setelah mereka dikeroyok oleh penjajah British sekian lama. Kita masih dianggap istimewa kerana masih mempertahankan institusi beraja namun apalah yang mahu kita banggakan sekiranya Sultan sendiri terpaksa membida seperti rakyat jelata hanya untuk mendapatkan nombor pendaftaran kereta!

Sebak dan pilu melihat situasi begini berlaku di sebuah negara ketuanan Melayu... oh Tanah Melayu tanah tumpahnya darahku.... 


PETALING JAYA : Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini. Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1. Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia. Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru. Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri. Nombor tersebut melepasi rekod yang dicatatkan oleh "MCA 1" pada tahun 2010 yang dijual dengan harga RM300,100.

12 comments:

  1. mari kita bersatu... kembalikan kuasa sultan melayu ke tempat sewajarnya. Dajjal amat gentar kepada institusi beraja di seluruh dunia islam. hanya brunei sahaja yang masih mengekalkan sepenuhnya institusi beraja manakala 'ahlul bait' di Tanah Melayu terus dipinggirkan

    ReplyDelete
  2. Saya sokong....kembalikn kuasa sultan n hak raja2 melayu....

    ReplyDelete
  3. sangat setuju! mohon admin utarakan isu ini kepada kerajaan, kita tengok keikhlasan mereka kepada raja-raja Melayu. Kita cabar mereka jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan Melayu

    ReplyDelete
  4. saya pun setuju.kembalikan hak Su;tan!!

    ReplyDelete
  5. JPJ mau duit maaa.. JPJ mata duitan maaaa.. Ka kerajaan mata duitan???

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah masih ada lg golongan spt wadah panglima berani menetenghkn isu ini.seakan makin hilang hak keutamaan yg sptutnya diberi kepada institusi beraja.moga Kesultanan Tanah Melayu kita dipelihara.

    ReplyDelete
  7. Septtnye kalau di negeri sendiri tu tak payah la Sultan kena bida.. ambik je sbb negeri jajahan Sultan.. tp klu negeri lain tu ptt la bida, xpon Sultan negeri tu sendiri yg bagi pada Sultan dari negeri lain tanpa membida dan percuma.. Tp bagi masalah Agong pulak, sepatutnya Agong tak payah bida, sbb sekarang ni Agong adalah Ketua Kerajaan Persekutuan.. No plat tu pulak no untuk Wilayah Persekutuan..

    ReplyDelete
  8. itu bukan hak seorang raja/sultan. sebagai tanda rendah hati walau kedudukan tinggi, bersama rakyat utk nombor plat yang tidka dibawa ke kubur, pada saya tiada salahnya,

    ReplyDelete
  9. Boleh dikatakan bidaan ini juga salah satu cara Tuanku membantu rakyat. Tuanku membuat bidaan ini atas dasar minat Tuanku (rakyat Johor terutamanya, sedia maklum bahawa Tuanku seorang yg gemar pada permotoran) dengan menggunakan harta peribadi Tuanku.

    Duit hasil daripada semua pembida ini akan diperoleh oleh JPJ dan semestinya ia akan digunakan oleh kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan dan pentadbiran negara. Bukankah ini konsep 'Give & Take'?

    ReplyDelete
  10. CANTIK... AKU AKAN TAMBAH ULASAN KAT BLOG AKU... TERBAIK BRO..

    ReplyDelete
  11. Kenapa Sultan dan DiPertuan Agong kena masuk campur?...aq pun x tahu kes nie....harap minta penjelasan....

    ReplyDelete
  12. apa yg special nya institusi raja dan sultan? biarlaa diorang bid sama. bukankah undang2 malaysia memperuntukkan kesamarataan untuk semua?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...