Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 February 2012

SBPA : Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2500

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. "Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. "Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-BERNAMA

Sehingga kini kita masih belum mengetahui sejauh manakah tindak balas yang bakal dilakukan oleh kerajaan berhubung tuntutan CUEPACS ini. Seharusnya kerajaan mengambil keputusan sewajarnya demi kepentingan seluruh kakitangan kerajaan yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan. 

Sekiranya diteliti apa yang disarankan oleh CUEPACS sememangnya tepat dan berasas. Apapun kenaikan yang sepatutnya diterima oleh kakitangan kerajaan biarlah dalam lingkungan peratusan yang munasabah. Adalah tidak wajar sama sekali sekiranya gred bawah hanya menerima kenaikan beberapa peratus sahaja sedangkan gred utama menerima kenaikan yang sangat ketara. 

Memang kita tidak menafikan sumbangan mereka namun apapun biarlah secara adil dan saksama. Golongan akar umbi juga memainkan sumbangan besar bagi memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan cekap dan sempurna. Maka seharusnya kerajaan mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan tuntutan ini bagi mengembalikan semula reputasi kerajaan...

21 February 2012

Formula Baru SBPA diumumkan 22 Februari 2012...?




Terkini !! Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!! | Seperti diperkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….

Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :

1.Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi

2.Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21

3.Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam

4.Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun

5.Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.

6.Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil

Pastinya kalau ditanya kepada kalangan kakitangan awam, mereka pastinya mengharapkan berita gembira daripada penambaikan formula gaji baru SBPA 2012 kali ini. Sama-sama nantikan apakah bentuk perkhabaran yang bakal diumumkan esok. 


* dipetik dari araublogger.blogspot.com

Ini adalah antara hakikat yang perlu diterim oleh semua rakyat Malaysia. Apa jua keputusan samada yang mengembirakan atau sebaliknya adalah tidak konsisten. Kita melihat pelbagai kepincangan yang seharusnya diperbetulkan bagi menjadikan imej kerajaan sentiasa berada di tahap sepatutnya.

Kita pastinya berada sedih apabila mendengar kritikan berterusan dilempark berapa banyaan kepada kerajaan. Cuba kita meneliti beberapa kronologi yang melibatkan situasi seperti ini. Tak perlulah kita senaraikan di sini namun apa yang pasti senario seperti ini perlu diperbaiki segera.

Seharusnya badan-badan dan agensi berkaitan yang melaksanakan dasar dan arahan kerajaan menjalankan penelitian penuh sebelum pengumuman dihebahkan kepada rakyat. Janganlah rakyat dijadikan mangsa kepada keadaan atau mungkin lebih teruk sebagai bahan kajian!


Kita mahukan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab serta dihargai oleh rakyatnya... kita tidak mahu malahan sakit hati apabila melihat kerajaan Malaysia diherdik dan ditertawakan oleh rakyatnya sendiri  

20 February 2012

Al-Fatihah buat Allahyarham Latiff Ibrahim


PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. 

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak. 

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini). 

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan. 

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu. 

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. 

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

* dipetik dari MStar

11 February 2012

Insiden Pergaduhan KFC : Api perkauman yang cuba dinyalakan



"MELAYU BABI" "MAMPUS MELAYU" "MELAYU CIBAI" adalah ungkapan yang banyak terpapar di ruangan komen samada portal berita dan Facebook. Dan kesemuanya ditulis oleh mereka yang berbangsa cina.

Kenapa begitu banyak penghinaan dilemparkan kepada bangsa Melayu disebabkan insiden kecil yang tidak sepatutnya dijadikan isu oleh DAP mahupun Malaysiakini? Apakah yang berlaku sebenarnya? Mengapakah DAP tidak menghebahkan insiden penuh kejadian berkenaan dan hanya mengambil cerita dari sebelah pihak sahaja. 

Persoalan utamanya mengapakah DAP dan Malaysiakini sengaja menjadi hero dalam insiden ini? Selepas DAP mengangkat insiden ini sebagai 'peristiwa besar', banyak komen berbaur perkauman diluahkan secara terbuka dalam internet terutamanya dari sahabat berbangsa Cina yang kedengaran mahu melancarkan boikot terhadap KFC.

Persoalannya mengapakah KFC seperti diserang bertubi-tubi semenjak J-Corp berjaya mengambil alih KFC melalui perjuangan di mahkamah sedikit masa lalu. Terlupakah kita kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim bekas CEO J-Corp yang berhempas pulas membangunkan KFC Malaysia sehingga akhirnya berjaya memiliki KFC di Singapura melalui 'Jihad Bisnes dan Jihad Ekonominya'.

Selepas isu panas yang menggegarkan KFC pada tahun 2011 sehingga menyaksikan perletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, kini KFC Holdings (Malaysia) Bhd diterajui oleh Kamaruzzaman bin Abu Kassim serta menjalankan operasinya  di Singapura, Brunei, Kemboja dan India selaian rangkaian kiosk Rasamas di Malaysia dan Brunai. KFC Holdings adalah sebahagian daripada QSR Brands Bhd (QSR Brands), sebuah rangkaian perusahaan restoran makanan segera yang mengendalikan restoran KFC dan Pizza Hut. QSR Brands adalah anak syarikat Kulim (Malaysia) Berhad, sebuah konglomerat yang memberi tumpuan terutamanya kepada operasi minyak kelapa sawit, oleokimia, pengeluaran biodiesel dan restoran perkhidmatan segera. Selain KFC dan Pizza Hut, Kulim (Malaysia) Berhad juga memiliki Ayamas, Tacobell, produk LIFE, NBPOL Numundo Beef, Dami Las Flores, Nexsol, Kulim Montel Farm, Johor Tropical Product (Juanita), Marcela, Edaran Badang serta Skellerup Industries. 

Kalau melihat kepada penjelasan ini tidak hairanlah ada pihak yang berterusan cuba menjatuhkan KFC. Mengapa DAP bersungguh-sungguh dalam insiden pergaduhan ini dan menggunakan peluang ini untuk membangkitkan sentimen perkauman. Tidak hairanlah begitu ramai bangsa Cina yang mengutuk bangsa Melayu yang sekiranya tidak dibendung akan menimbulkan insiden di luar jangkaan kelak.

Terlupakah kita kepada peristiwa hitam 'Tragedi 13 Mei' yang berlaku pada tahun 1969? Terlupakah kita angkara siapa yang mencetuskan insiden yang mencalar imej negara suatu masa dulu. Harus diingat 13 Mei bukanlah terjadi dengan tiba-tiba tanpa ada rentetan peristiwa yang sebenarnya sengaja dirancang bagi mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu?

Cuba kita saksikan beberapa rentetan yang sengaja dicetuskan bagi membangkitkan semula api perkauman yang berjaya dikawal selepas 13 Mei tersebut. Dari sudut ekonomi kita saksikan serangan berterusan ke atas KFC, peperangan antara Gardenia yang dikuasai oleh Bernas menerusi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan Massimo milik FFM yang dikuasai Robert Kuok yang dengan sengaja meminta orang ramai memboikot apa yang disebut sebagai 'Roti Melayu', serangan ke atas Ramly Franfurter dan banyak lagi insiden yang tidak diceritakan kepada umum.
Ini tidak termasuk isu politik yang jelas menunjukkan keberanian mereka menuntut pelbagai tuntutan tidak masuk akal kepada kerajaan, mengadakan beberapa siri rapat umum berskala besar bagi tujuan menimbulkan semangat menentang kerajaan, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman serta sentiasa menghasut rakyat melalui pelbagai isu remeh di seluruh negara.

Hentikan provokasi ini dengan segera bagi membolehkan generasi Malaysia menikmati keamanan ini. Harus diingat, Rakyat Malaysia hanya membiarkan semua ini ditangani oleh kerajaan. Ini bukanlah bermakna bahawa kebanyakan orang tidak ambil peduli serta bersikap endah tak endah sahaja. Jangan bakar api perkauman yang sememangnya sangat sensitif untuk dibicarakan. Sejarah telah membuktikan bahawa kita sebolehnya menolak pergaduhan... sejarah juga telah membuktikan bahawa kita tidak pernah gentar menghadapi sebarang ancaman dan pergaduhan. 

Jangan biarkan api perkauman ini terus bernyala demi masa depan generasi kita semua. Generasi muda bukan Melayu mungkin tidak mengetahui... 'Harimau yang sedang tidur jangan sesekali cuba dikejutkan'



* animasi dipetik dari panggungopera.blogspot.com

05 February 2012

Hang Tuah dari catatan Dinasti Ming

Assalamualaikum. Bersambung cerita daripada La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis. Dari segi tema pula ini boleh dianggap kesinambungan daripada artikel Hang Tuah dan percubaan memperkecilkan sejarah orang Melayu yang dibuat 16 hari lalu. Mari... :]
Selepas selesai bercakap hal Bugis saya berjalan-jalan di tapak ekspo buku 1 Malaysia yang terus berlangsung sehingga hari Isnin di PWTC. Sampai di sebuah gerai terlihat buku di atas ini. Allah! Ini sumber baik dan agak komprehensif tentang Dinasti Ming yang dicatatkan memerintah Cina 1368-1644 Masihi. Dinasti ini terbit sebagai reaksi daripada usaha menghalau penjajah kerana sebelum itu negara mereka diperintah Dinasti Yuan (1271-1368) yang diasaskan Kublai Khan, cucu Ghengiz Khan dari padang rumput Mongolia yang berjaya menakluki Cina.

Adapun saya tertarik melihat buku ini kerana difahamkan salah satu alasan seorang profesor kangkung menafikan kewujudan pahlawan besar Melayu, Hang Tuah ialah kerana namanya tidak disebut di dalam rekod-rekod Dinasti Ming. Begitu juga halnya Puteri Hang Li Po yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Mansur Shah Melaka. Diakui cerita Hang Tuah ada yang melanggar logik akal lantaran terlalu tinggi ilmu persilatannya zahir dan batin sehingga kelihatan seperti dongeng. Kemudian ada percanggahan fakta. Ada yang diceritakan dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Johor, Tun Sri Lanang tidak sama dengan apa yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah yang penulisnya tidak diketahui siapa.

Kitab Sejarah Melayu sendiri ada perbezaan cerita antara versi. Saya tidak ingat apa yang dikatakan versi Shellabear yang pernah menjadi rujukan utama saya ketika mula menulis siri novel "Berpetualang ke Aceh" 8 tahun, versi yang telah dirumikan lalu menjadi teks sastera tingkatan 6 tahun 70-80an kalau tak salah ingatan. Sejak setahun dua kebelakangan pula ramai membincangkan versi Raffles Malay 18 yang lebih teliti peristiwa dan catatan tempoh pemerintahan raja-raja, kini lebih dikenali sebagai versi Raja Bongsu. Versi yang telah dirumikan lalu diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2009 inilah yang digunakan untuk membuat kira-kira baru bahawa kerajaan Melayu Melaka itu didirikan tahun 1262 Masihi bukan 1400an.

Namun versi ini tidak menyebut langsung nama Hang Tuah sebagai antara ahli rombongan Melaka yang pergi ke negeri Cina kemudian membawa balik seorang anak Raja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur. Nama yang disebut mengetuai rombongan lalu mengadakan muslihat agar dapat melihat wajah Raja Cina (dalam buku tidak disebut sebagai maharaja yang wajahnya dilarang daripada ditatap orang ramai) adalah Tun Perpatih Putih, bukannya Hang Tuah! Nama Puteri Hang Li Po juga tiada. Sebaliknya muncul perdana menteri Cina bernama Li Po yang menjadi perantaraan antara rombongan Melaka dengan Raja Cina dan puteri raja yang dibawa ke Melaka pula dipanggil Puteri Hang Liu.

Adapun cerita-cerita tentang kehebatan Hang Tuah bersilat sehingga melangkaui logik akal bukanlah alasan untuk menolak kewujudannya. Bagi mereka yang sudah bergelumang jauh dengan ilmu persilatan batin dan perubatan apalagi telah melangkah ke alam misteri Tasawuf, tiada apa yang mustahil tentang cerita-cerita kehebatan sebegitu. Bagi yang tetap tidak boleh menerima kita boleh memberikan ruang dengan mengatakan cerita memang 'ditokok-tambah' untuk menambah perisa. Tetapi janganlah sehingga menafikan kewujudan seseorang. Alangkan cerita-cerita dongeng melampau di Barat malah di Cina pun dipercayai banyak dibuat berdasarkan watak yang benar-benar pernah hidup.

Kembali pada hal profesor kangkung menyebut Hang Tuah tidak wujud dalam rekod Dinasti Ming. Rekod dinasti itu disebut sebagai rujukan silang kerana tempoh kewujudan kerajaan Melayu Melaka yang masih dikira ramai sebagai 1400an-1511 (tahun Kota Melaka tumbang ke tangan Portugis) boleh dipadankan dengan tempoh kewujudan Dinasti Ming 1368-1644. Kalau diambil Melaka mula wujud 1262 mungkin agak rumit sedikit kerana rujukan silang harus dibuat dengan rekod Dinasti Song (960-1279) dan Dinasti Yuan (1279-1368) sekali. Salah satu sebab nama Hang Tuah tidak wujud dalam rekod Dinasti Ming adalah mungkin kerana beliau tidak pergi ke Cina ketika terjadi peristiwa puteri raja Cina dibawa balik ke Melaka... yang pergi adalah Tun Perpatih Putih yang saya tidak tahu siapa.

Mungkin ada yang menyoal... kalau ia pun Hang Tuah tak pergi takkanlah namanya tidak pernah disebut langsung dalam rekod Dinasti Ming yang berdiri selama hampir 300 tahun ya tak? Gerak hati saya menyebut masalah sebenar adalah rekod Dinasti tidak lengkap. Atas sebab-sebab tertentu ada cerita yang dihilangkan, ada yang diputar-belit. Alangkah gembiranya saya apabila terlihat buku tentang Dinasti Ming yang kelihatan agak komprehensif petang Jumaat. Namun saya tiada wang untuk membelinya.

Tak pula saya tanya harga tapi agak-agaklah. Terbitan Universiti Malaya, kulit keras diliputi bahan seperti plastik, kertas cantik, dua buah buku sebenarnya... jilid 1 dan 2 masing-masing setebal 3 inci gitu. Tentu mahal bukan? Apa yang saya boleh buat adalah cuba menelaah buku ketika itu juga. Tetapi bagaimana mahu mencari bahagian yang boleh menyokong telahan saya bahawa rekod Dinasti Ming memang tidak lengkap. Bagaimana mahu dicari dalam masa terhad sedangkan buku begitu tebal dan banyak maklumat?
Dalam senyap saya memohon pertolongan Ilahi lalu mula membelek-belek jilid 1 buku. Dengan kuasa Allah tak sampai setengah minit saya terjumpa bahagian berkaitan. Saya pun mengambil gambar. Tapi baru tadi tersedar nombor mukasurat tidak kelihatan. Kalau tak salah ingatan ini adalah mukasurat 46. Buka dalam windows baru. Baca dan teliti sendiri.
Sekarang biar saya pecahkan kepada 3 bahagian dan terjemahkan sehampir asal yang boleh dengan penekanan diberikan pada ayat-ayat yang digariskan...

1. Keadaan penyelidikan masa kini

Sehingga agak baru-baru ini Dinasti Ming (1368-1644) adalah satu daripada zaman yang paling tidak dipedulikan dalam pengajian sejarah Cina. Terdapat pelbagai sebab ketidakpedulian ini. Sarjana Cina di bawah Dinasti Qing (1644-1911) sangat keberatan untuk berurusan dengan sejarah zaman sebelumnya. Para pemerintah Manchu, kerana asing di China, adalah begitu sensitif terhadap para sarjana yang simpati terhadap pemberontakan regim telah jatuh yang melawan orang Manchu gasar dan oleh itu berlawanan dengan, atau sekurang-kurangnya kritikal terhadap dinasti yang memerintah. Penyiasatan yang terkenal jahat oleh pemerintah Qian-long (1736-1795) adalah secara utamanya ditujukan dengan ganas terhadap kumpulan sarjana ini. Oleh itu, kebanyakan sejarawan abad ke lapan belas dan sembilan belas, memilih untuk berada di pihak selamat, mengalih tumpuan pada zaman-zaman lebih awal dan mengelakkan Dinasti Ming yang problematik. Zaman pemerintahan Ming beransur-ansur dianggap sebagai kabur dan zaman kemelesetan yang tidak menimbulkan minat yang daripada mana tidak ada nilai boleh didapati. Sikap ini masih berleluasa di kalangan sarjana Cina selepas revolusi 1911, ketika mana tiada kesan buruk politik harus ditakuti oleh mereka yang mengkritik rejim Manchu, dan ini sangatlah mempengaruhi sarjana Jepun dan Barat.

Apa yang disebut di sini adalah sudah berapa lama pengkajian sejarah Dinasti Ming tidak dipedulikan. Ini disebabkan selepas menjatuhkan Ming, Dinasti Qing yang didirikan oleh orang-orang Manchu yang berasal dari luar Cina tidak suka sarjana menunjukkan simpati terhadap dinasti musuhnya dan saki-baki perjuangan mereka. Keadaan begitu teruk sehingga seorang pemerintah Qing yang bernama Qian-long menjalankan siasatan secara ganas untuk menakut-nakutkan kumpulan sarjana yang mungkin bersimpati dengan Ming. Akibatnya sejarawan abad ke 18 dan 19 mengelakkan bercerita tentang Dinasti Ming untuk selamat malah begitulah keadaan selepas revolusi 1911 di mana Dinasti Qing dan kerajaan orang Manchu akhirnya dijatuhkan.

Logiknya selepas itu sarjana dan sejarawan tidak patut lagi takut untuk berbincang tentang Dinasti Ming tetapi realitinya tidak begitu. Realitinya, selepas Dinasti Qing dijatuhkan pergerakan demokrasi republikan pimpinan Sut Yat Sen, tidak lama kemudian naik pemerintahan komunis yang lebih membencikan pemerintahan beraja. Bayangkan sejak Dinasti Ming jatuh 1644 hingga abad ke 20, selama 300 tahun atau lebih dinasti ini dilupakan dan dianggap tiada nilai, tidak pernah mencapai apa-apa yang mahu dibanggakan. Betapa banyak kisah yang sudah hilang?

Apakah tidak mungkin nama Hang Tuah, cerita tentang betapa rapatnya Melaka dengan Cina, kisah Puteri Hang Li Po yang disebut kitab Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu sebagai Puteri Hang Liu termasuk fakta yang hilang? Sikap mengabaikan sejarah Dinasti Ming ini kemudian ditiru oleh sejarawan Jepun dan Barat. Maknanya apa? Maknanya sejarawan Jepun dan Barat turut mengabaikan sejarah sebenar Ming. Mereka mengambil sumber daripada orang yang menolak sejarah Ming. Maka mana mungkin mereka ada rekod yang bebas daripada pengaruh pihak berkepentingan?
Zaman Ming, kelihatan dari segala segi, tidak menghasilkan pencapaian yang nyata seperti tamadun Cina pada zaman-zaman lebih awal, dan maka itu ia kelihatan tidak menawarkan tarikan apa-apa untuk kajian. Kuasa politik Ming tidak boleh dibandingkan dengan apa yang dimiliki Han (206 Sebelum Masihi - 220 Selepas Masihi) and Dinasti-dinasti Tang (618-907) dan wilayah empayar Ming jauh lebih kecil daripada yang dimiliki Yuan (1279-1368) and Dinasti-dinasti Qing. Dari segi pencapaian kebudayaan pula, Ming tidak boleh berbangga dengan hasil pemikiran falsafah yang asli sepertimana zaman sebelum Tang, atau pencapaian dalam bidang puisi dan seni seperti Tang dan Song (960-1129), atau dalam bidang ilmu bahasa seperti Qing.

Nah. Zaman Ming diperkecilkan begitu sekali sehingga ia betul-betul kelihatan tidak memiliki apa-apa. Walhal kita sekarang tahu, pada zaman Minglah angkatan laut terbesar Cina lama wujud... dipimpin Laksamana Cheng Ho yang kini sudah diketahui dan diakui ISLAM! Malah dipercayai beliau sebenarnya adalah seorang Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW yang keluarganya masuk ke Cina dari arah Bukhara.

Armada Cheng Ho dikatakan terdiri daripada 300 kapal pelbagai saiz yang mana kapal-kapal besarnya beberapa kali lebih besar daripada kapal terbesar Barat. Angkatannya terdiri daripada 30,000 dan mereka melakukan 7 misi besar pelayaran termasuk untuk menunaikan haji di Mekah. Angkatan ini turun singgah di banyak pusat pemerintahan Islam terutama Melaka dan kerajaan Samudera Pasai tanpa berusaha pun untuk menundukkan mana-mana kerajaan. Ini tidak lain adalah misi dakwah dan silaturrahim antara Muslim yang menunjukkan besar kemungkin DINASTI MING ITU ADALAH KERAJAAN ISLAM!

Apakah ini yang cuba dipadam dari sejarah sehingga Dinasti Ming dipandang begitu hina dan sejarahnya dikaburkan selama 300 tahun atau lebih? Bukankah apabila Dinasti Qing berjaya menjatuhkan Dinasti Ming, mereka terus mengamalkan dasar tertutup yang mengharamkan rakyat Cina berhubung dengan dunia luar? Apakah yang ditakuti mereka? Atau siapakah yang sebenarnya menggerakkan Dinasti Qing hingga berjaya menutup syiar Islam Dinasti Ming? APAKAH MUNGKIN ADA AJEN ZIONIS BERGERAK MENURUT JADUAL DAJJAL?
Sebab ketiga yang tidak menggalakkan sebahagian sarjana teliti daripada berurusan dengan zaman Ming juga berkenaan dengan yang pertama, dan boleh, mungkin, boleh dibezakan dari segi kompleksiti dan melimpahnya bahan sejarah berkaitan zaman ini. Oleh kerana penulis Ming lebih berminat terhadap sejarah mereka sendiri, mungkin terdapat lebih banyak bahan berkenaan sejarah Ming berbanding mana-mana zaman Cina yang lampau, kecuali di kemudian abad ke sembilan belas dan awal dua puluh. Tetapi disebabkan penyiasatan sastera abad ke lapan belas, kebanyakan buku yang berurusan dengan sejarah Ming ditulis semasa zaman Ming dan awal Qing telah dimusnahkan, dan banyak hasil kerja lain yang dapat melepaskan diri dari kemusnahan wujud hari ini dalam satu atau sedikit naskah. Oleh itu seorang sarjana yang teliti boleh hilang semangat daripada mengkaji satu zaman tertentu atau menangani sesuatu masalah jika dia tahu ada terdapat bahan penting tentang subjeknya yang wujud tetapi tidak boleh dicapai olehnya....

Untuk perenggan terakhir ini saya terjemahkan setakat sampai barisan merah terakhir habis ya. Di sini dikatakan sarjana boleh hilang minat untuk mengkaji akibat terlalu banyak bahan! Pelik kedengaran bunyinya tetapi terlalu banyak bahan boleh menyebabkan sesuatu itu menjadi lebih kompleks dan rumit. Namun disebabkan usaha siasat abad ke 18 yang bertindak ganas terhadap para sarjana yang simpati terhadap Dinasti Ming, banyak buku YANG DITULIS TENTANG ZAMAN MING PADA ZAMAN MING dan awal Qing (berbanding buku yang ditulis 300 tahun kemudian yang isinya mungkin tersasar jauh daripada kebenaran) telah dimusnahkan. Mana yang selamat pula tinggal satu atau sedikit sahaja naskah yang entah disimpan di mana, disembunyikan di mana (untuk apa? untuk menutup kebenaran yang saya percaya boleh menunjukkan KEISLAMAN DINASTI MING). Ini boleh menyebabkan sarjana yang teliti hilang minat kerana bahan (walaupun asalnya begitu banyak) tidak dapat diperolehi (kerana hilang atau disorokkan).

Dua ayat terakhir perenggan menyebut halangan-halangan ini sedikit demi sedikit dapat diatasi. Namun setelah 300 tahun atau lebih sejarah sebenar digelapkan, buku-buku dimusnahkan, setekat mana rekod yang diperolehi sekarang cukup lengkap untuk menerangkan realiti sejarah dan keadaan sebenar? Jawab saya, sebanyak mana pun rekod diperolehi dan dikaji kembali sehingga dapat dijadikan buku bersaiz hampir kertas A4 setelah lebih 6 inci belum tentu ia dapat menjawab segala persoalan. Masih ada perkara yang digelapkan atau diputar-belit langsung untuk menutup kebenaran apalagi dalam keadaan akhir zaman di mana cahaya syumul Islam semakin galak cuba dihilangkan...

Dalam keadaan ini saya dengan penuh yakin menyatakan - Sesungguhnya REKOD DINASTI MING TIDAK BOLEH MENAFIKAN KEWUJUDAN HANG TUAH, penafian yang dibuat untuk menjatuhkan kepentingan kerajaan-kerajaan lama kita terutama Melaka dan melemahkan jatidiri orang Melayu. Ia adalah penafian yang kalau berjaya ditegakkan benang basahnya akan menyebabkan kurikulum sejarah wajib lulus di sekolah bermula 2014 ditulis oleh tangan-tangan jahat yang galak mahu menafikan keunggulan Islam dan hak kita orang Melayu terhadap tanah tumpah darah kita ini. Cukup.

Posted by Radzi Sapiee at 8:04 AM


Kami ternanti-nanti apa komen profesor Kangkung terhadap ulasan di atas. Mungkin ada kebenarannya Profesor Kangkung cuba mengambil kesempatan ke atas perlaksanaan matapelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib pada tahun 2014 dan cuba menghilangkan semangat jatidiri orang Melayu.

Benar sejarah ditulis oleh mereka yang menang... namun janganlah Profesor Kangkung tersebut merasakan beliau berada di pihak yang menang. Kalau pun Profesor Kangkung merasakan adanya ejen-ejen zionis yang akan berdiri di belakang dia mempertahankan kenyataannya, maka eloklah kiranya Profesor Kangkung tersebut keluar dan tinggal bersama mereka sahaja. 


Wadah Panglima telah mengupas mengenai isu ini beberapa hari lalu (klik sini). Kalau melihat rentetan demi rentetan termasuklah isu INTERLOK, Mat Idera (klik) Perjuangan Kiyai Salleh serta lain-lain isu lagi, kita melihat seolah wujud satu agenda atau percubaan untuk mengacau bilaukan keselamatan negara serta perpaduan kaum melalui kenyataan yang diselewengkan. Ketahuilah kepada semua bangsa-bangsa lain yang cuba bersembunyi di bawah kata keramat(?) 1 Malaysia, ini bukanlah masanya untuk kita bergurau atau cuba menguji perasaan bangsa lain.  

Sejarah telah tercatat bahawa tanah ini adalah Tanah Melayu, maka sebarang usaha untuk meminggirkan serta menjatuhkan jati diri bangsa Melayu sebagai pemilik tanah bertuah ini adalah satu perbuatan biadap yang tidak boleh diterima. Biarkan sejarah berlalu, jangan biarkan kita sebagai generasi masakini mengukir sejarah dengan darah!


Bersama kita memastikan keharmonian ini menerusi semangat setiakawan yang tinggi antara kita, jagalah sensitiviti dan perasaan orang lain agar kita dan generasi selanjutnya akan terus mampu menikmati kemakmuran ini selamanya... 

Petunjuk Kemunculan Rasullullah dalam pelbagai Kitab Purba

Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.

Nabi Muhammad dalam Agama Hindu

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.

Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendiakawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:

Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.

Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.

Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.

Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi


Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:


“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkh iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat

Nabi Muhammad dalam Kitab Taurat



Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:

“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan.”

Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya

Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)

Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.

Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas



Petikan di dalam Injil Barnabas

Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.

“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.”

Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.

Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.

Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).

Nabi Muhammad dalam Agama Buddha

Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini. 

Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: “Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang.” Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan). 

Persamaan-persamaan lain

Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.

”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama“Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)

Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.

Khutbah Terakhir Rasullullah SAW


Khutbah ini disampaikan oleh Rasullullah SAW pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W

“Telah bersabda Rasullah s.a.w., Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

Ya Rasullullah... Kami Rindu Padamu!

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami...Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Salam Maulidur Rasul buat semua... 
Ya Rasullullah, kami rindu padamu

04 February 2012

Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Dr Adi Taha

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi Sabtu.

Menurut anaknya, Adzimah Adi, 30, bapanya meninggal dunia kira-kira 2.40 pagi. Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak.

Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor. Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JMM dari 2002 hingga 2007.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim, antara yang terawal menziarahi jenazah, menyifatkan arwah sebagai seorang pelopor permuziuman di negara yang banyak membuat penyelidikan mengenai peninggalan manusia prasejarah, tamadun Lembah Bujang dan adat.

“Doktor Adi juga banyak membantu dalam usaha mewujudkan Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kehilangan beliau akan dirasai dalam kalangan akademia warisan dan budaya,” kata Rais.

* dipetik dari BERNAMA
Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Dr. Adi Taha. Bagi kami di Wadah Panglima yang sememangnya mengenali dan sering berurusan dengannya, Allahyarham merupakan seorang individu yang mesra serta mudah didekati. Sumbangan beliau di dalam institusi pemuziuman bukan sahaja di Malaysia malah peringkat antarabangsa adalah amat tinggi nilainya. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman... Insya Allah, Amin

Kaitan Fremason dengan Bank Negara Malaysia

Knights Templar memberikan kemerdekaan mudah kepada kita kerana mereka keluar secara strategi. Apakah yang mereka kuasai? Mereka menggenggam kuasa memberikan hutang secara mencipta wang pinjaman dari atas angin!


Mereka berkuasa menjadikan kita semua hamba hutang dan hidup tertekan. Mereka melakukan perdayaan ini dengan menguasi sistem bank pusat seperti Bank Negara Malaysia. Mari kita lihat keraguan yang timbul dari Akta Bank Negara Malaysia:


Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

(Catatan: Sejarah menunjukkan Knights Templar tidak membeli 80% saham dalam Federal Reserve Bank, tetapi menggunakan 20% saham kerajaan dan menggandakan ciptaan wang untuk mereka membeli bahagian 80%. Ini bermaksud mereka memiliki 80% secara percuma. Sila rujuk sejarah Federal Reserve Bank – The Money Master)

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan). Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal membuat bayaran? Adakah ianya bermaksud BNM membankrupkan kerajaan Malaysia sendiri?

(e) Saham awal Bank Negara Malaysia RM200 juta, tetapi baru-baru ini BNM memberikan pinjaman berbillion kepada kerajaan. Dari manakah BNM mendapatkan wang sebegitu banyak? Apakah perniagaan BNM, dan jika BNM bank persendirian, kenapa BNM tidak membayar cukai seperti bank persendirian lainnya?

(f) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan ketidak munasabahan Bank Negara Malaysia, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds. (Govenor pertama Bank Negara Malaysia – Tan Sri W H Wilcock (Jan 1959 – Jul 1962))

SIMBOL

Ini selanjutnya disokong logo Bank Negara difahamkan sebagai kijang atau “Barking Deer” (Muntjac). Persoalannya ialah adakah kijang berekor panjang? Bagaimana pula perbezaan ke atas tanduk dan telinga kijang ? Apakah pula maksud bulan dan matahari? Adakah sejarah kita dan sejarah logo bank negara tidak tercemar dan boleh dipercayai; Has history been tampered with?
Barking Deer atau Pharaoh Hound? Anubis, One the Ancient Egyptians' main gods. God of the Dead and Embalming.

Binatang dengan bentuk yang seperti kijang dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound atau Ibizan Hound (The Ibizan Hound.. is an agile, deer-like dog of the hound family). Selainnya, perhatikan juga perbezaan pada bentuk telinga, tanduk dan leher.

Simbol mesir purba turut terkandung dalam US Dollar, yang meletakkan simbol piramid pada wang mereka. Apakah kaitan tamadun Mesir dengan orang Amerika Syarikat? Ya!! Knights Templer, kerana mereka pengamal sihir dari tamadun arab dan mengamalkan agama menyembah Lucifer (Iblis).

Ejaan “MASON”

Knights Templer berkomunikasi melalui simbol kerana menyembah Iblis, dan Iblis hendak menandingi kekuasaan Allah SWT dengan memperbanyakkan tanda menunjukkan kekuasaanya di muka bumi, iaitu meniru tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang terdapat di langit, angkasa, hujan, gunung, semut, labah-labah dan sebagainya.

Perbezaan mudah ialah tanda kekuasaan Allah terjadi dari sesuatu yang tidak dapat ditiru manusia kerana dicipta dari yang tiada, manakala tanda-tanda Iblis adalah sekadar buatan daripada bahan yang telah Allah sediakan, sepertimana manusia mencipta kereta daripada besi, kasut daripada kulit haiwan dsbnya.

Selainnya dan antara rahsia terbaru didedahkan dan memerlukan siasatan kita ialah Amerika Syarikat bukan sebuah negara, tetapi syarikat persendirian. Menakjubkan sungguh permainan Knights Templar! 

Persoalannya jika mereka boleh melakukan ke atas negara besar seperti Amerika Syarikat dan sebelum kita mendapat kemerdekaan, apakah kemunasabahan negara kita tidak menghadapi nasib sama? Apakah kemunasabahan negara kita terlepas dari perdayaan ini?

Mulakan muhasabah diri dan keluar dari papan catur THH.


sebahagian sumber: Muslim Village (99.9% manusia dijajah)

catatan : Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang kata kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa, ekornya tidak panjang. Cuba pula google images - pharaoh dog, lihat sama tidak dengan imej logo bank negara.Hasilnya :

Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound/ Pharaoh Dog/ Kelb tal-Fenek.Ada KEMUNGKINAN logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Cuba bandingkan gambar ini dengan logo bank tersebut.Agak sama kan? (walaupun dalam logo,binatang tersebut terkangkang keempat-empat kaki nya). 

Sekadar mengajak semua berfikir sejenak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...