Terletak dibahagian tengah Pulau Besar di atas puncak yang tinggi. Ianya merupakan dua batu besar yang tinggi berhampiran diantara satu sama lain. Batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan ditengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter ke dalam batu. Jarak yang renggang dibahagian atas dan mengecil dibahagian bawah kelihatan seperti dibelah.
Lagenda mengenai batu tersebut mempunyai dua kisah tentang kewujudannya. Kisah pertama, pada satu masa dulu, sebuah tongkang telah pecah dimuara sungai Batu Pahat. Sebahagian dari bahagian kapal telah hanyut ke Pulau Besar lalu menjadi Batu dan sebahagian lagi tersadai di sebuah kampung Tongkang Pecah.
Satu lagi kisah ialah mengenai sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan pelbagai cara dengan kehebatan masing-masing.
Seorang panglima yang berasal dari Indonesia, Panglima Hitam, berasa tercabar lalu menunjukkan kehandalannya membelah batu tersebut dengan menjelirkan lidahnya seperti yang dapat dilihat pada hari ini.
Batu belah.. Batu bertangkup.. Lalala..
ReplyDeleteprogram the best,bila nak buat lagi. panggilan pulau
ReplyDeletealahai kasem...!ampunkn mak kasem....!
ReplyDeletevery informative...tqvm
ReplyDeletekena masuk kat dalam tu ke?
ReplyDeletehajat akan termakbul???nanti nak gi sana lah...hahaha
ReplyDeleteBATU BELAH ADALAH REIALIT. TIADA APA SEJARAH BEKENAAN.CUMA TAMPAT INI PAWANG2 MEMBUAT TAMBAT BERUBATAN KERANA TAMPAT INI ADALA SUNYI.BAGIA2PERUBATAN INILA BUAT CERITA YANG BUKAN2
ReplyDeleteSEBENARNYA KAWASAN BATU BELAH DAN GUHA YUNUS MENGIKUT SEJARAH YALA TAMBAT BETAPAH MENUNTUT ILMU DARI ALLAHU SBHWTLA.BUKANLA DARI JIN ATAUPUN BUNIAN.HARAF FAHAM
ReplyDeleteKLU MAU BELIHAT BATU BELAH XPAYALA SUSAH2 NAIK BUKIT BATU BELAH.DEPAN MAKAM SULANUL ARIFIN JUGA ADA BATU YANG TEBELAH SEBELAH NENEK KEBAYAN JUGA SAMA
ReplyDeleteMano pnyo panglimo hitam plak ni yg dtg dari jawo... Mano jo pakcik ni sapo bagi tau
ReplyDelete