Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

11 September 2011

SITT AL_WUZARA tersenyum simpul... KETAWA BESAR lihat kelemahan kita!



Isu penghinaan terbuka kepada Islam yang dicetuskan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nampaknya tiada kesudahan. Sitt terus bebas mencaci Allah, menghina nabi junjungan kita Muhammad SAW, memaki hamun umat Islam, mengherdik JAKIM, mempermainkan Sultan serta Yang di-Pertuan Agong, memperkecilkan Polis dan SKMM, mencabar PEKIDA dan bermacam-macam bentuk penghinaan lagi namun tiada sebarang tindakan yang diambil kerajaan!

Seronoknya Sitt melihat kerajaan Malaysia tidak mampu membuat sebarang tindakan ke atasnya. Apakah tidak ada peruntukan undang-undang di Malaysia untuk mengheret beliau ke muka pengadilan? atau sekurang-kurangnya menasihati beliau agar kembali semula kepada Islam? Malang sungguh ke atas seluruh rakyat Malaysia apabila hanya mampu melihat penghinaan ini tanpa ada usaha menghalangnya!

Segelintir rakyat Malaysia mewujudkan https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif bagi mencari siapa sebenarnya Sitt Al-Wuzara ini. Bermacam pendedahan telah pun didedahkan namun ianya gagal menarik perhatian pihak berkuasa. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah Malaysia masih mempunyai pemimpin yang cintakan Islam? Isu Sitt Al-Wuzara ini sama sekali gagal menjadi isu nasional akibat tenggelam dengan berita Mat Sabu, isu JAIS dan gereja, berita Anwar Ibrahim, kematian wartawan dalam misi Kelab Putra 1 Malaysia dan macam-macam isu lainnya. Isu cukai 6% dari TELCO lebih penting dari berita murtad dan penghinaan oleh Sitt Al-Wuzara ini!

Jadi tak hairanlah kita kalau JAKIM selaku sebuah badan tertinggi yang sepatutnya mempertahankan kesucian Islam pun buat tak tahu!
Lemahnya kita sebagai umat Islam! Pastinya kelak lebih ramai Sitt Al-Wuzara yang akan muncul untuk mencabar Islam kelak. Bersedialah kita semua untuk menerima bala bencana dari Allah lantaran kegagalan kita untuk mempertahankan maruah Islam!

09 September 2011

TAQWIM Persekolahan dan CUTI Semester 2012

Takwim Persekolahan 2012


KUMPULAN A

Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 203 hari
Jumlah hari cuti penggal                                           : 87 hari
                                                                                                KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
CUti
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 203 hari
Jumlah hari cuti penggal                                           : 87 hari

Alhamdulillah... akhirnya keluar juga taqwim persekolahan untuk tahun hadapan seperti mana yang telah dijanjikan Kementerian Pendidikan. Ramai yang menunggu taqwim ini untuk merancang aktiviti pada tahun hadapan. Mungkin kita agak ketinggalan kerana Singapura sebenarnya telah lama mengeluarkan taqwim persekolahan mereka jauh lebih awal dari kita.
 Kepada orang ramai terutamanya yang terlibat secara langsung dalam industri pelancongan kini bolehlah merancang aktiviti untuk tahun hadapan...

JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum mengenai SITT AL-WUZARA


MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi (7 Sept 2011).

Memorandum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.


Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.


Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.

Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.
ReJaM© "Inilah nasib Islam sebagai agama rasmi di Malaysia..."

dipetik sepenuhnya dari milosuam.blogspot.com

Ermmmm... malunya! Patutlah penghinaan Sitt Al-Wuzara terhadap Islam terus terbiar sekian lama. Rupa-rupanya JAKIM tidak mempunyai kuasa! Apa sebenarnya peranan JAKIM? mungkin lebih baik tutup sahaja mana-mana agensi yang tak berguna. Setelah sekian lama baru kita tahu mengenai hal ini. Jadi kepada siapa agaknya perlu kami mengadu lagi?

Pendedahan secara besar-besaran melalui halaman sosial Facebook serta blog bagi menarik perhatian pihak berkuasa selama ini rupa-rupanya sia-sia sahaja. SKMM dan Cyber Securities pun bukannya tak tahu tapi memilih untuk berdiam diri. Takkan lah begitu sukar mengesannya samada di dalam negara ataupun di luar negara. Atau mungkinkah Sitt Al-Wuzara ini klon ataupun anak didik RPK yang sehingga kini masih gagal dikesan pihak berkuasa? Percayalah, jika begini cara kerja badan-badan yang sepatutnya bertanggung jawab, maka tidak hairanlah suatu masa nanti akan lahir lebih ramai lagi manusia seperti Sitt Al-Wuzara. 

Mungkin jalan terbaik adalah mengadu kepada Istana Negara namun perlukah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua bagi agama Islam campur tangan? Demi kesucian agama Islam rasanya elok juga campur tangan baginda namun sebelum itu elok benar mana-mana agensi yang merasakan tidak berguna ditutup!  

07 September 2011

SHARK akui masih dendami MALEK...!

Beginilah hebatnya filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof sehinggakan dialog-dialog dalam filemnya menjadi ikutan orang ramai. Jalan-jalan petang di halaman Facebook menjumpai begitu banyak dialog serta watak-watak dalam filem berkenaan menjadi popular di halaman berkenaan.

Apakah ini suatu petanda industri perfileman Malaysia mencapai satu tahap baru atau apakah berlaku sesuatu yang luar biasa terhadap rakyat Malaysia sehingga menjadikan mereka semakin unik? hehehe... 

06 September 2011

MAT SABU dapat layanan kelas pertama, SITT AL-WUZARA terus terpinggir!

Assalamualaikum... sekian lama tidak berwadah, mungkin disebabkan mode raya masih aktif lagi agaknya! Apapun diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca setia Wadah Panglima. 

Setelah sekian lama tidak melayari internet, tergerak hati untuk menjengah ke twitter sitt-alwuzara, dan terkejut melihat perempuan ni masih bebas berbicara sewenangnya mencerca Islam. Pilunya hati melihat bagaimana ini semua boleh berterusan sedangkan berbagai bukti dan pendedahan telah pun dinyatakan dalam Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara.
Apa lagi yang boleh kita banggakan? Berita mengenai Mat Sabu yang dikatakan menghina Polis lebih penting daripada agenda memurtadkan umat Islam menerusi rangkaian Sitt dan beberapa konconya. Kematian penuh tragis wartawan Bernama lebih menarik untuk menghiasa media-media utama negara termasuk juga rangkaian blog. Isu murtad dan menghina Islam langsung tidak mendapat perhatian dari para pemimpin besar baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah kerana nilai politik yang diperjuangkan lebih penting dan besar daripada agama Islam yang kita anuti? 

Kita mungkin masih berbangga kerana tercatat Islam sebagai agama anutan di mykad... Memang kita beruntung kerana dakwat yang digunakan untuk mencetak perkataan ISLAM di situ itu adalah jenis yang kekal!
  
   

30 August 2011

CHECKMATE...! kepada Sitt Al-Wuzara


Seperti yang telah dijanjikan page https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif mengotakan janjinya untuk mendedahkan siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang selama ini begitu lantang menghina dan mengeji agama Islam di dalam blognya http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com.

Alhamdulillah, segalanya telah terjawab sekarang. Kini kami memohon kepada pihak berkuasa berkaitan agar menjalankan tanggung jawabnya menahan dan mendakwa individu yang didedahkan ini. Kami tidak mahu perkara ini berulang lagi yang seterusnya akan menganggu ketenteraman negara kita.

Sekadar menyatakan luahan... kalau Singapura yang bukan menjadikan Islam sebagai agama rasmi mampu menahan As'Syari yang juga lantang menghina Islam di halaman AMS sepertimana yang didedahkan oleh admin pendedahan bersama KID-CSI TEAM, GaySec serta Anonymous dengan hanya melaporkan melalui internet, takkan Malaysia yang berbangga sebagai negara Islam contoh tidak mampu mengambil tindakan! Tidak perlu memberi alasan tiada laporan atau sebagainya, apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuka mata kerana bukti telah pun didedahkan oleh kumpulan pendedahan. 

Tersenyum puas kerana pejuang siber ini yang terdiri dari admin group pendedahan, KID-CSI TEAM, GaySec dan Anonymous yang mempunyai kemudahan terhad mampu menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang jika dibandingkan dengan prasarana canggih yang dimiliki kerajaan. (pautan ke halaman AMS-klik sini)








* maklumat dan gambar diambil dari https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif

28 August 2011

TV 1 siar aktiviti AMS dan murtad di MALAYSIA


Alhamdulillah... itulah kata-kata yang terkeluar sebaik membaca halaman Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara (klik). Degupan jantung tiba-tiba berdetik laju, bangga dan bersemangat dengan tindakan TV 1 memberikan Laporan khas untuk membongkar kegiatan tidak bermoral kumpulan ini.

Sekian lama umat Islam tercabar dengan penghinaan begitu berani yang dikeluarkan Sitt Al-Wuzara. Melalui tindak balas yang diterima, rata-rata mengucapkan syabas kepada TV 1 atas laporan yang bertanggung jawab dan berani ini. Malah di kalangan rakyat juga mahukan agar tindakan yang sama turut dilakukan oleh stesen televisyen lainnya.

Harapan mereka sudah tentu agar kerajaan mengambil tindakan segera setelah begitu banyak aduan yang disampaikan. Malah ada juga segelintir kumpulan yang menyatakan kekaguman di atas tindakan kerajaan Singapura. Aduan yang disampaikan oleh melalui halaman Pendedahan Ekslusif di Facebook kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta kerajaan Singapura mengenai As'Syari, salah seorang rakyat Singapura yang bersekongkol menghina Islam mendapat perhatian segera. Pelik juga dengan tindakan JAKIM serta badan berkuasa lainnya yang seolah-olah tidak tergugat pun dengan pendedahan demi pendedahan oleh umat Islam.

Apakah kerana kepentingan politik maka tiada tindak balas? Apakah mereka lebih sayangkan pegangan politik dari agama ISLAM? Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada kumpulan berkenaan yang menjalankan penyiasatan secara sendiri dengan kemudahan yang terbatas namun berjaya membongkar aktiviti kumpulan murtad yang wajar ditakrifkan sebagai ancaman kepada negara.

Ayuh... buktikan kepada Rakyat Malaysia tanggung jawab kalian untuk membanteras kumpulan murtad ini ke akar umbinya dan jangan biar Islam dipersendakan lagi. Sesungguhnya inilah peluang kalian untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam... 

* video tidak dapat disiarkan disebabkan masalah teknikal. Untuk mengikuti siaran berkenaan sila KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...