Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

05 February 2012

Ya Rasullullah... Kami Rindu Padamu!

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami...Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Salam Maulidur Rasul buat semua... 
Ya Rasullullah, kami rindu padamu

04 February 2012

Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Dr Adi Taha

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi Sabtu.

Menurut anaknya, Adzimah Adi, 30, bapanya meninggal dunia kira-kira 2.40 pagi. Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak.

Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor. Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JMM dari 2002 hingga 2007.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim, antara yang terawal menziarahi jenazah, menyifatkan arwah sebagai seorang pelopor permuziuman di negara yang banyak membuat penyelidikan mengenai peninggalan manusia prasejarah, tamadun Lembah Bujang dan adat.

“Doktor Adi juga banyak membantu dalam usaha mewujudkan Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kehilangan beliau akan dirasai dalam kalangan akademia warisan dan budaya,” kata Rais.

* dipetik dari BERNAMA
Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Dr. Adi Taha. Bagi kami di Wadah Panglima yang sememangnya mengenali dan sering berurusan dengannya, Allahyarham merupakan seorang individu yang mesra serta mudah didekati. Sumbangan beliau di dalam institusi pemuziuman bukan sahaja di Malaysia malah peringkat antarabangsa adalah amat tinggi nilainya. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman... Insya Allah, Amin

Kaitan Fremason dengan Bank Negara Malaysia

Knights Templar memberikan kemerdekaan mudah kepada kita kerana mereka keluar secara strategi. Apakah yang mereka kuasai? Mereka menggenggam kuasa memberikan hutang secara mencipta wang pinjaman dari atas angin!


Mereka berkuasa menjadikan kita semua hamba hutang dan hidup tertekan. Mereka melakukan perdayaan ini dengan menguasi sistem bank pusat seperti Bank Negara Malaysia. Mari kita lihat keraguan yang timbul dari Akta Bank Negara Malaysia:


Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

(Catatan: Sejarah menunjukkan Knights Templar tidak membeli 80% saham dalam Federal Reserve Bank, tetapi menggunakan 20% saham kerajaan dan menggandakan ciptaan wang untuk mereka membeli bahagian 80%. Ini bermaksud mereka memiliki 80% secara percuma. Sila rujuk sejarah Federal Reserve Bank – The Money Master)

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan). Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal membuat bayaran? Adakah ianya bermaksud BNM membankrupkan kerajaan Malaysia sendiri?

(e) Saham awal Bank Negara Malaysia RM200 juta, tetapi baru-baru ini BNM memberikan pinjaman berbillion kepada kerajaan. Dari manakah BNM mendapatkan wang sebegitu banyak? Apakah perniagaan BNM, dan jika BNM bank persendirian, kenapa BNM tidak membayar cukai seperti bank persendirian lainnya?

(f) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan ketidak munasabahan Bank Negara Malaysia, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds. (Govenor pertama Bank Negara Malaysia – Tan Sri W H Wilcock (Jan 1959 – Jul 1962))

SIMBOL

Ini selanjutnya disokong logo Bank Negara difahamkan sebagai kijang atau “Barking Deer” (Muntjac). Persoalannya ialah adakah kijang berekor panjang? Bagaimana pula perbezaan ke atas tanduk dan telinga kijang ? Apakah pula maksud bulan dan matahari? Adakah sejarah kita dan sejarah logo bank negara tidak tercemar dan boleh dipercayai; Has history been tampered with?
Barking Deer atau Pharaoh Hound? Anubis, One the Ancient Egyptians' main gods. God of the Dead and Embalming.

Binatang dengan bentuk yang seperti kijang dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound atau Ibizan Hound (The Ibizan Hound.. is an agile, deer-like dog of the hound family). Selainnya, perhatikan juga perbezaan pada bentuk telinga, tanduk dan leher.

Simbol mesir purba turut terkandung dalam US Dollar, yang meletakkan simbol piramid pada wang mereka. Apakah kaitan tamadun Mesir dengan orang Amerika Syarikat? Ya!! Knights Templer, kerana mereka pengamal sihir dari tamadun arab dan mengamalkan agama menyembah Lucifer (Iblis).

Ejaan “MASON”

Knights Templer berkomunikasi melalui simbol kerana menyembah Iblis, dan Iblis hendak menandingi kekuasaan Allah SWT dengan memperbanyakkan tanda menunjukkan kekuasaanya di muka bumi, iaitu meniru tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang terdapat di langit, angkasa, hujan, gunung, semut, labah-labah dan sebagainya.

Perbezaan mudah ialah tanda kekuasaan Allah terjadi dari sesuatu yang tidak dapat ditiru manusia kerana dicipta dari yang tiada, manakala tanda-tanda Iblis adalah sekadar buatan daripada bahan yang telah Allah sediakan, sepertimana manusia mencipta kereta daripada besi, kasut daripada kulit haiwan dsbnya.

Selainnya dan antara rahsia terbaru didedahkan dan memerlukan siasatan kita ialah Amerika Syarikat bukan sebuah negara, tetapi syarikat persendirian. Menakjubkan sungguh permainan Knights Templar! 

Persoalannya jika mereka boleh melakukan ke atas negara besar seperti Amerika Syarikat dan sebelum kita mendapat kemerdekaan, apakah kemunasabahan negara kita tidak menghadapi nasib sama? Apakah kemunasabahan negara kita terlepas dari perdayaan ini?

Mulakan muhasabah diri dan keluar dari papan catur THH.


sebahagian sumber: Muslim Village (99.9% manusia dijajah)

catatan : Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang kata kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa, ekornya tidak panjang. Cuba pula google images - pharaoh dog, lihat sama tidak dengan imej logo bank negara.Hasilnya :

Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound/ Pharaoh Dog/ Kelb tal-Fenek.Ada KEMUNGKINAN logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Cuba bandingkan gambar ini dengan logo bank tersebut.Agak sama kan? (walaupun dalam logo,binatang tersebut terkangkang keempat-empat kaki nya). 

Sekadar mengajak semua berfikir sejenak...

03 February 2012

Gambar sensasi Jezamine Lim : Harith Iskandar mohon maaf

Selepas Siti Nurhaliza membantu menaikkan rating Wadah Panglima, terdapat pula pertanyaan mengenai Jezamine Lim, isteri kepada Harith Iskandar yang dikatakan menayangkan perut ketika hamil anak pertama mereka baru-baru ini.

Sebelum ini pun cerita mengenai Jezamine telah pun kami paparkan sebelum ini ketika menghiasi majalah SHAPE satu ketika dulu. (klik : Isteri Harith Iskandar pula berbikini?)



sumber gambar dari mediamalaya.com
gambar perut isteri harith iskandar
sumber gambar dari blog.selebriti.tv

Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar, tampil sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini yang mengiurkan. Jezamine, yang juga seorang doktor dan mempunyai sebuah restoren di kawasan Seri Hartamas, memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook. Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.



Insiden Harith Iskander menayangkan gambar isterinya yang sarat mengandung dalam keadaan perut isterinya terdedah,menerusi laman sosial Twitter miliknya, telah menimbulkan kritikan negatif sesetengah pihak. Malah ada yang kata, pelakon yang mendapat jolokan King Of Comedy ini sengaja mencari publisiti murahan dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan, sebegitu.

Memetik kenyataan di portal mStar, Harith berkata dia tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murahan. Sebaliknya, dia sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Sekaligus Harith meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
tiada apalah sangat kalau Jezamine bergambar bersama suaminya... lagipun tu anak pertama mereka, tentulah mereka agak teruja bergambar untuk tatapan peminat mereka. Tengok gambar mereka berdua pun haluuuus je...

Apapun bersama kita mendoakan agar Harith Iskandar dan Jezamine selamat menerima kehadiran cahaya mata kelak. Mengenai isu bergambar ni pun Harith telah pun memohon maaf. Seperti kebiasaannya... janji dah mohon maaf kira ok la tu... 


Siti Norhaliza kena CABUL?

BUKAN, Bukan! Ini bukan gambar Siti Norhalisa, artis terkenal. Ini gambar cubaan monyet mencabul wanita berpakaian seksi. Awas wanita-wanita! Berpakaian seksi membahayakan diri. Itu baru depan monyet, kalau di depan manusia, berbagai helah dan cara manusia boleh mencabulnya..
Gambar ini pula, baru nampak macam Siti Norhaliza. Hai, tengok tangan monyet berbulu tu, apa yang dia pegang? He, kalau betul Siti Norhliza, berjayalah monyet itu meraba artis terkenal pujaan jutaan manusia..

Maaf Siti.. Gurau aje. Yang betul tu, betul le... (IH)

* dipetik dari www.ibnuhasyim.com

hehehe... maaf ye Datuk Siti. Sekadar hiburan je untuk pembaca Wadah Panglima

02 February 2012

Intipati Perjanjian Pengambilan Sarawak oleh James Brooke Esquire

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB, 2008.
Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejabtahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepadaTemenggung satu ratus dolar.

Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah mengesahkanJames Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnyadengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat Perjan jian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257pada pukul sepuluh.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.

* dipetik dari mindaahad.wordpress.com

Bagaimana seorang Inggeris yang hanya sekadar orang biasa boleh menjadi begitu berpengaruh dan akhirnya menjadi Raja Sarawak yang pertama. Apakah kekuatan sebenar yang dimilikinya sehinggakan Sultan Brunei sedia melepaskan Sarawak kepadanya? Mungkinkah kerana kekuatan ketenteraan yang dimiliki British membuatkan orang-orang Melayu, Iban, Kadazan, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Cina serta lain-lainnya terpaksa tunduk dan sanggup menerimanya menjadi Raja Sarawak?

Difahamkan beliau pada mulanya membeli sebuah kapal yang lengkap dengan senjata sebelum memulakan pelayarannya ke Asia Tenggara. Siapakah sebenarnya James Brooke ini......?   

01 February 2012

Teknik pembinaan PIRAMID sekadar pembohongan

Sebenarnya, misteri binaan piramid telahpun terungkai sejak sekian lama. Namun, kerana kita manusia yang tidak mahu percaya, kita masih lagi cuba mencari walhal ia telah dicatitkan dalam sebuah kitab yang menyimpan segala kebenaran. Dan hebatnya piramid, ia antara binaan yang sangat mengangumkan sehingga sekarang (klik).

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata;

"Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Begitulah manusia, tak akan puas. Kisah pembinaan piramid sebenarnya bukanlah satu misteri, kerana ia telah diceritakan dalam Al Quran, kitab yang membawa kebenaran ke seluruh alam.

Di dalam Al Quran, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud: 

Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Nyata, dah pun diberitahu dalam Al Quran ... bahawa piramid dibina dari tanah liat. Apa lagi yang ingin diragukan. Kisah di dalam Al Quran ini bukan dibuat semasa pemerintahan Firauan tetapi diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ianya berlaku selepas ribuan tahun ..... iaitu selepas Firaun ditenggelamkan dalam Laut Merah bersama bala tenteranya.

* dipetik dari hasrulhassan.com
itulah hakikatnya sebenarnya... Al-Quran telah lama menjelaskan namun kita sebagai umat Islam tidak menyedari fakta yang telah dinyatakan ini. Malahan ketika kita belajar ilmu senibina dulu, kita didedahkan dengan pelbagai teknik yang mungkin digunakan oleh manusia zaman firaun untuk memindahkan bongkahan batu besar untuk membina piramid berkenaan.

Seharusnya kita berasa malu kepada diri sendiri betapa selama ini kita terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat yang telah dimainkan oleh Yahudi sehingga kita turut sama mengkagumi betapa kehebatan firaun menghasilkan piramid tanpa kita menyedari di dalam Al-Quran telah lama menjelaskan teknik pembuatan piramid yang sebenarnya tidak harus dikagumi.

Tidak mengapa... hari ini kita tertipu oleh sekumpulan lelaki yang menggelarkan kita sebagai GOYIM, tanpa mereka sendiri menyedari bahawa mereka berbangga dengan keturunan MONYET yang mereka ciptakan...!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...