Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

05 March 2011

Bidankan Isteri Sendiri Angkara Lif Rosak

BALIK PULAU: Seorang wanita bukan saja mengharungi pengalaman perit bersalin anak ketiga ‘dibidan’ suami di rumah mereka, semalam tetapi turut berdepan saat-saat cemas diusung menuruni anak tangga setinggi 21 tingkat di Pangsapuri Saujana Heights di Teluk Kumbar, di sini, selepas ketiga-tiga lif di kediaman itu tidak berfungsi.

Lebih malang lagi, Mariana Abdullah, 28, mengalami pendarahan serius selepas selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram jam 6.40 pagi itu. Dua beranak itu kini dirawat di Hospital Balik Pulau (HBP) dan berada dalam keadaan stabil.Ketika ditemui tengah hari semalam, Mariana berkata dia tidak dapat membayangkan apa yang bakal menimpa diri dan kandungannya selepas sakit bersalin awal pagi semalam kerana tidak mungkin menuruni anak tangga untuk ke hospital dalam keadaan mencemaskan.

Katanya, suaminya, Hussen Mohd Hanifah, 31, pula tidak sanggup mendukungnya menuruni tangga kerana bimbang keselamatan Mariana serta bayi dalam kandungan.
Berikutan itu, suaminya meminta bantuan jiran untuk menghubungi HBP.

“Suami terpaksa menjadi bidan kerana kandungan sudah keluar. Saya bersalin tetapi uri pula tersangkut,” katanya.

Setengah jam selepas bersalin, tiga kakitangan HBP, masing-masing jururawat, pembantu perubatan dan pemandu ambulans tiba dan jururawat berkenaan memberi bantuan kepada Mariana, termasuk memotong uri yang masih melekat. Oleh kerana Mariana mengalami pendarahan, dia terpaksa diusung turun untuk dibawa ke HBP.

“Tuhan saja yang tahu perasaan saya dibawa pengusung dari tingkat 21 menuruni anak tangga itu. Tetapi, mujurlah, saya dan anak selamat,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya perasaannya menyambut bayi sendiri, Hussen berkata, dia panik serta takut ketika menyambut kelahiran anaknya yang turut disaksikan dua anak perempuannya berusia tujuh dan empat tahun.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana isteri dan bayi selamat walaupun terpaksa membidan dan mengusungnya menuruni tangga,” katanya yang berharap kejadian itu dapat dijadikan pengajaran oleh pihak pengurusan bangunan.

Bulan lalu, Berita Harian melaporkan masalah dihadapi penghuni Pangsapuri Saujana Heights, yang hidup tertekan kerana terpaksa naik turun tangga berikutan lif bangunan itu tidak beroperasi sejak sebulan lalu.

Malah, Hussen berkata, dia sendiri pernah membelanjakan RM500 bagi menampung kos membaiki salah satu lif itu sebagai persediaan awal kerana Mariana asalnya dijadual bersalin 11 Mac ini.

Malangnya, apabila isterinya benar-benar memerlukan lif, ia tidak berfungsi.



Berita Harian

04 March 2011

Pengorbanan Seorang Ibu


Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” Baginda S.A.W menjawab “Ibumu”, “Kemudia siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W 
 
Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas keredhaan keduanya. Sekadar renungan buat diri ini yang sering terlupa...

Perihal MELAYU...


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(di petik dari nukilan Usman Awang, Sasterawan Negara)

03 March 2011

Amerika buat sibuk lagi...

 
Dunia sedang memerhati dengan minat perkembangan di Libya. Bukan sahaja sebahagian besar rakyat Libya meminta pemimpin diktator Muammar Gadaffi berundur dari tampuk pemerintahan Libya, malah seluruh rakyat dunia pun mahu beliau berbuat demikian. Secara umumnya, tidak akan ada orang yang suka dengan pemerintahan pemimpin diktator.

02 March 2011

Kaitan Antara Wanita Seksi dengan Cuaca






 
Apa kena mengena wanita dengan ramalan cuaca? kenapakah semua penyampai ramalan cuaca ni mengenakan pakaian seksi ketika menyampaikan ramalan tersebut? apakah pakaian mereka ini mempengaruhi cuaca atau pun sejadar membangkitkan mood penonton yang sememangnya amat bosan dengan ramalan cuaca?


Bagaimana pula penyampai ramalan cuaca seperti gambar di bawah? siap bawa payung sekali...


 


* gambar dipetik dari melayukuhebat

01 March 2011

Siri Jenayah Profil Tinggi : Al-Maunah


Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Menurut jangka waktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini turut dianggotai seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera di situ dan melarikan senjata-senjata di kem tersebut.

Perjuangan Kiyai Salleh

KIYAI PANGLIMA SALLEH – TENTERA SELEMPANG MERAH

Kepimpinan Haji Mohd Salleh (yang keempat dari kiri) terserlah semasa kekalahan Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga  berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau (MPAJA) telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...