Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

28 February 2013

Arab Saudi lahir dari KONSPIRASI Yahudi..?

Empayar Islam Uthmaniyah
Semenanjung Tanah Arab suatu ketikanya diperintah oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah yang berpengkalan di Istanbul, Turki. Jajahannya sangat luas sehingga meliputi keseluruhan Laut Merah. Lantaran keluasan empayarnya, timbul pula beberapa pemberontakan untuk keluar dari jajahan Uthmaniyah antaranya Ad-Diriyah yang terletak berhampiran Riyadh.

Ad-Diriyah diperintah oleh seorang gabenor dari suku Yahudi bernama Muhammad bin Saud (Ibnu Saud) yang merupakan seorang pemerintah bermazhab Hanafi. Agen British kemudiannya mencadangkan kepada Ibnu Saud agar menjemput Muhammad bin Abdul Wahab (Ibnu Wahab) tinggal di Ad-Diriyah. Perpindahan inilah akhirnya yang mencetuskan pemberontakan membebaskan Ad-Diriyah dari cengkaman Uthmaniyah. Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan Ibnu Wahab berpindah ke Ad-Diriyah  hasil cadangan dua orang adik Ibnu Saud serta isteri beliau yang juga murid kepada Ibnu Wahab.

Ibnu Saud berjaya dalam pemberontakan pembebasan pada tahun 1744 manakala Ibnu Wahab diberi kebebasan meluaskan fahaman Wahabinya. Ibnu Saud juga mengahwinkan anak lelakinya, Abd Aziz dengan anak perempuan Ibnu Wahab.

Apabila Ibnu Saud meninggal pada 1765, Abd Aziz kemudiannya mengambil alih pemerintahan Ad-Diriyah sehingga 1803. Fahaman Wahabi dijadikan sandaran utama pemerintahannya. Beliau juga telah memusnahkan makam Saidina Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain atas alasan mengelakkan perbuatan syirik pengikut Syiah.

Abd Aziz kemudiannya dibunuh oleh seorang pengikut Syiah ketika mengimamkan solat Asar di Ad-Diriyah pada 1803. Anaknya Saud bin Abd Aziz kemudiannya mengambil alih pemerintahan  sehingga 1814 sebelum diganti oleh anaknya Abdullah bin Saud. Tentera Khalifah Turki Uthmaniyah bersama pasukan tentera Mesir kemudiannya menyerang serta merampas Ad-Diriyah pada 1818.

Pemberontakan demi pemberontakan dilancarkan kembali keluarga Saud. Abd Aziz kemudiannya berjaya merampas kembali Ad-Diriyah malahan bandar Riyadh pada 1902. Beliau digelar Ibnu Saud sempena nama pengasas keturunan Saudi.

Bagi mengekalkan kawasan jajahannya dari ancaman tentera Khalifah Uthmaniyah, Ibnu Saud menjalin hubungan dengan kerajaan British malahan menjadikan Semenanjung Arab sebagai negeri naungan British dari 1915 hingga 1926.
Perbincangan Ibnu Saud dengan Presiden Franklin D.Roosevelt di atas kapal USS Quincy
Sebelum kematiannya pada 1953, Ibnu Saud menjalin hubungan dengan Amerika yang menjadikan keluarga Saud menikmati kekayaan hasil royalti minyak yang diusahakan Amerika. Freemason kemudiannya menubuhkan Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) malahan British Petroleum (BP) dan Royal Dutch Shell diberi hak melombong minyak di serata Arab Saudi.

Institusi Kewangan dan Industri Minyak merupakan kunci utama yang digunakan Freemason bagi menguasai Arab Saudi. Kekayaan Arab Saudi adalah sebenarnya dinikmati sepenuhnya oleh Freemason menerusi institusi kewangan dan syarikat minyak tajaannya manakala Raja Saudi sebenarnya menikmati kekayaan menerusi royalti sahaja.

* sumber : Ibnuyaacob, 1979
                  Rothschild Yahudi kepercayaan Dajjal
                  ISBN 978-967-5989-01-8 

26 February 2013

Gerakan WAHABI di Malaysia

Syed Syeikh Al-Hadi
Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari dalam bukunya bertajuk 'Siapa sebenarnya Wahhabiy?' menyatakan fahaman ini mulanya bertapak di Singapura hasil bawaan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki, Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali, Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Muhammad Aqil dan Haji Abas Mohd Taha. Kesemua mereka yang muncul dengan penampilan moden (berkod dan bertali leher) menerbitkan majalah Al-Imam yang menerapkan artikel-artikel fahaman Wahabi.

Selepas mendapat tentangan dari ulama-ulama yang berada di Singapura,  Syed Syeikh Al-Hadi berpindah ke Melaka pada 1917. Beliau menubuhkan juga sekolah aliran agama namun mendapat tentangan ulama tempatan sehingga menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke Pulau Pinang pada 1919 dan menubuhkan Madrasah Al-Mashoor Al-Islami yang berteraskan sistem pendidikan sekular dan agama.
Syeikh Abdullah Fahim
Selain menerapkan fahaman Wahabi menerusi pendidikan di sekolah, Syed Syeikh Al-Hadi juga menerapkan fahaman sesat itu menerusi novel Hikayat Faridah Anum yang mengisahkan perjuangan Kaum Muda. Beliau kemudiannya menerbitkan Majalah Saudara dan Al-Ikhwan pada 1926 dan 1928 bagi tujuan yang sama.

Kumpulan awal Wahabi kemudiannya menubuhkan Madrasah Idrisiah pada 1922 dengan menjemput tokoh mereka Syeikh Abdullah Maghribi bagi memimpin madrasah ini. Pada tahun 1934, fahaman ini mula berkesan menerusi Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang mendirikan Madrasah Al-Ihya Al-Syarif di Gunung Semanggol.
Syeikh Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali)
Wahabi menyerap masuk di Selangor pada 1922 menerusi penubuhan Madrasah Al-Ubudiah, Jenderam oleh Haji Jamaluddin bin Ismail dari Minangkabau, Indonesia. sebelum itu pada 1920-an, berlaku konflik tentang keperluan berdiri sambil berselawat dalam sambutan Maulidur Rasul. Isu ini dibangkitkan oleh Wahabi dan mendapat tentangan hebat dari Kaum Tua (Ulama Pondok).   

Pengaruh Wahabi di Negeri Sembilan mulai muncul pada 1942 menerusi kumpulan 'Ittiba Al-Sunnah' pimpinan Ustaz Hashim Abdul Ghani. Manakala di Kelantan, pengaruh Wahabi di bawa oleh Syed Hasan bin Nur Hasan dari India atau lebih dikenali oleh Tok Khurasan. Antara pengikutnya yang terkenal ialah Haji Nik Abdullah Wan Musa dan Haji Abdullah Nuh yang telah mendirikan Madrasah Al-Balaqh Al-Mubin.
Syeikh Pehin Ismail
Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia) merupakan antara tokoh ulama yang sibuk menentang fahaman Wahabi di utara selain Syeikh Uthman Jalaluddin (Pengasas Pondok Penanti, Pulau Pinang), Syeikh Pehin Ismail (bekas Mufti Brunei Darus Salam),  Syeikh Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali), Syeikh Syed Alwi Tohir Al-Haddad serta ramai tokoh lain lagi.

* sumber - Rothschild, Yahudi kepercayaan Dajjal (Ibnu Yaacob)
                   ISBN 978-967-5989-01-8


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...