Siapa sangka ada ranking untuk saiz zakar global. Saya tidak pasti kesahihannya.
Namun menurut laporan ANI, negara yang menduduki tangga teratas ialah Republik Demokratik Congo, dengan saiz purata zakar lelakinya sekitar 7.1 inci atau 18sm (dakwaan sendiri).
Banjir di Thailand Selatan telah mengorbankan 11 orang mangsa dengan ribuan yang lain telantar. Mereka ynag terkorban samada dibawa air pasang atau terkubur dalam longsor ketika banjir menggenangi rumah-rumah dan kawasan perniagaan.
Penduduk terbiar tanpa elektrik di beberapa daerah, manakala
Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengeluarkan surat
pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco (kini popular sebagai satu
senaman) diharamkan. Anda boleh baca surat pekeliling tersebut kat
bawah ni.
Bagaimana nasib poco-poco di Malaysia seterusnya? Apa komen Majlis Fatwa
Korang nampak tak apa yang Abang Nara nampak? Nampak tak kat bahagian atas menara KLCC tue ada satu simbol? Korang nampak tak? Memula Abang Nara ingatkan mungkin gumpalan awan. So Abang Nara rileks je la tak fikir apa-apa pun. Namun begitu apabila mak Abang Nara bawak balik ikan yang
Pihak Akademi Fantasia telahpun mengumumkan 12
pelajar yang akan beraksi di pentas Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9)
yang juga merupakan musim terakhir Akademi Fantasia kerana selepas
tamatnya AF9 ini, tiada lagi Akademi Fantasia. Maksudnya, tiada AF10
apatah lagi AF11.
Baiklah, berikut adalah senarai pelajar AF9:
Pelajar Lelaki:
Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie Nama Afundi: AFIF Asal: Selangor Umur: 25 tahun
Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari Nama Afundi: AMIR Asal: Sarawak Umur: 19 tahun
Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah Nama Afundi: AZRI Asal: Selangor Umur: 24 tahun
Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah Nama Afundi: ERUL Asal: Kuala Lumpur Umur: 20 tahun
Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid Nama Afundi: KAY Asal: Kuala Lumpur Umur: 22 tahun
Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid Nama Afundi: RAQIB Asal: Melaka Umur: 21 tahun
Pelajar Wanita
Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat Nama Afundi: AIDA Asal: Melaka Umur: 19 tahun
Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin Nama Afundi: EKA Asal: Kuala Lumpur Umur: 22 tahun
Nama Sebenar: Zulaikha Zahari Nama Afundi: LAIKA Asal: Cheras Umur: 22 tahun
Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir Nama Afundi: LENA Asal: Sabah Umur: 21 tahun
Nama Sebenar: Roshammizah Rosli Nama Afundi: MIZA Asal: Selangor Umur: 27 tahun
Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon Nama Afundi: NERA Asal: Sabah Umur: 19 tahun
Senarai pelajar dah tahu, jadi sama-sama kita
saksikan sejauh mana kehebatan vokal mereka pada konsert pengenalan yang
akan berlangsung pada 2 April nanti sekaligus mengetahui siapakah
pengetua Akademi Fantasia 9. Anda rasa, siapakah pengetua AF untuk musim
yang terakhir ini?
Psstt: Kami ada dengar ura-ura mengatakan
bahawa pengetua AF9 ni adalah Dato’ Siti Nurhaliza. Ntah betul atau
tidak, sama-sama kita nantikan.
Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 km sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjangKesennuma Bayketika penggera tsunami berbunyi.
Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.
Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.
Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.
Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.
Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.
Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.
Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.
Seorang wanita kelihatan
menghantar/mengucapkan selamat jalan kepada suami/teman lelakinya yang
mahu pergi bekerja/ke sesuatu tempat. Biasalah!
Wanita ini melambaikan tangan ke arah suami/teman lelakinya itu. Biasalah!
Wanita itu perasan jirannya sedang
merakamkan momen tersebut. Dia merenung tajam ke arah jirannya itu.
Mungkin perbuatan "skodeng" sambil merakamkan momen tadi mengundang
ketidakpuasan hati wanita ini. Biasalah!
Wanita
itu kelihatan seolah-olah membetulkan baju tidurnya. Dia mungkin berasa
malu kerana dirinya sedang dirakam oleh jirannya. Biasalah!
Tetapi
yang luar biasanyalah apabila wanita itu bertindak menayangkan buah
dadanya kepada lelaki yang merakamkan perlakuan dirinya sejak mula-mula
tadi. Sungguh luar biasa! Gila!
* dipetik dari duniacacamarba.com
p/s : blogwalking dan terjumpa artikel ni. rasanya dah beberapa tahun dulu dah heboh tapi elok juga rasanya kalau dikeluarkan semula. Tergelak melihat gelagat manusia sekarang ni...
Earth Hour merupakan satu kempen antarabangsa yang dipopularkan World Wild Fund For Nature (WWF). Sabtu terakhir Bulan Mac setiap tahun dipilih sebagai hari perlaksanaannya. Objektif kempen ini dilaksanakan ialah bagi melahirkan kesedaran kepada orang ramai tentang perubahan iklim dunia. Kempen Earth Hour dimulakan dengan mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan ke atas semua bangunan kediaman dan pejabat selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.
Acara ini ditafsirkan sebagai tokenisme
dan difokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon, seterusnya
mengurangkan kos elektrik secara keseluruhan. Perlu diketahui bahawa
Earth Hour adalah sama dengan Earth Day Energy Fast, sejak 1991 hingga
2007 yang mana tidak menggunakan tenaga buatan setiap Earth Day. Earth
Day Energy Fast ditutup tahun 2008 sejak pengasas kempennya menyatakan
"sudah terlambat" agar kempennya ini memperoleh kesan yang bererti.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air lauttenaga hijau dari sumber seperti tenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour
berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan
manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.
bersama kita menyumbang ke arah dunia yang lebih aman... walaupun kuasa-kuasa besar dunia lainnya berpura-pura menyayangi dunia ini sedangkan dalam masa yang sama menyumbang kerosakan besar kepada alam sekitar...
Kota
Bharu – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran
tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi
menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk
membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada
pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang
berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang
sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit. Sesekali
gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu
dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua
Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata,
cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas
daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta
untuk terjun.
- dipetik dari kosmo
Jatuh atas tilam
KOTA
BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan
seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai
cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB
Mall di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50
petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar
jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba
menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Kejadian
yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan
itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung
kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum
dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.
Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.
Saksi
kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum
menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan
mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba
mengelar lengannya dengan pisau.
“Sebelum jam 4 petang, saya
lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall.
Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.
“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.
Sementara
itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat
Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan
jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.
Menurutnya,
mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis
terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau
menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil
langkah berhati-hati.
“Mangsa enggan bekerjasama dan
meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika
usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan
senjata itu kepada anggota bomba.
“Kita sempat memaut tangannya
tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan
tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.
- dipetik dari harian metro
PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.
MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.
TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.
DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Gambar ini dikatakan diambil secara tidak sengaja di Gua Hira'. Apakah benar inilah wajah syaitan...?
Benarkah ini wajah jin atau syaitan yang ditemui di dalam salah satu tempat bersejarah?.
Terima kasih kepada journalist Turki ALI MURAT GUVEN.
Dear
brother, I am a Muslim-Turkish journalist from Istanbul. I am mailing
you the true story of famous "faked" jinn picture on the net. I catched
this famous cave monster from his leg in a show cave near
Bristol-England! It is NOT the satan, or jinn, or another bizzare thing.
It is only a silly sculpture made by hard-plastic for only touristic
attraction and fun. The Muslim world believes this silly joke for years.
I was researching the backside of this internet myth for one year and I
arrived the truth last December.
Peristiwa ini berkemungkinan berlaku di Johor berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang tertera. Entah lah, apa pun berhati-hati semasa melaksanakan sesuatu perkara. Jangan biar kejadian seperti ini berlaku kepada anda...
Susulan kesilapan mengenakan pakaian yang terdedah dan seksi, Miera Liyana telah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan cara pemakaiannya. Berikut ialah permohonan maaf Miera Liyana.
Saya memohon maaf kepada yang tidak
menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak
sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya
daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian
ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula
apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak
cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia
menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan
berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama
Kepada Miera Liyana, tahniah kerana mengakui kesilapan anda...
Miera Liyana kemudiannya muncul kembali dengan kenyataan balas dari isu kontroversi pakaiannya di satu majlis baru-baru ni.
“Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama
Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif.
Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut
saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan
orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma
saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya
semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“
Perhalusi kenyataan Miera Liyana ni betul-betul... entahlah. Mohon kerajaan keluarkan je garis panduan etika berpakaian untuk artis-artis ni. Mungkin dengan kewujudannya mampu membantu artis Malaysia dalam etika berpakaian yang sesuai dengan kehendak serta sensitiviti masyarakat.
Almaklumlah artis ni selalunya sibuk sehinggakan tidak sempat nak mencuba baju... dapat je terus pakai untuk ke majlis. Dengan adanya garis panduan juga nanti memudahkan artis ni, yelah walau tahu hukum hakam tapi pasti dapat membantu karyawan kita.
Lagi satu ingatan buat Rakyat Malaysia, jangan lah kita menilai seseorang tu dari pakaiannya. Walau seksi mana sekalipun, kalau tidak mengetahui hati budi mereka serta perilaku mereka janganlah terus kita mengkritik.
Mengubah persepsi tentang tubuh perempuan di seluruh dunia melalui seni, itu idea di sebalik pameran luar biasa ketika ini yang berlangsung di Brighton. oleh Jamie McCartney.
Pameran itu mempamerkan alat sulit 400 wanita dari 20 negara yang berusia 18 hingga 76 tahun...
klik untuk ZooM
* dipetik dari blogpenyamun.com
Begitulah hebatnya permainan dunia barat yang didominasi oleh Yahudi... sampaikan benda yang tak sepatutnya pun dijadikan koleksi pameran. Harap-harap jangan sampai ada muzium-muzium atau balai seni lukis di Malaysia yang cuba membawa pameran ni ke Malaysia...!
Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan
mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina
memberitahu wartawan Galaksi, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."
Elok la tu Miera... memang lain sangat nampak pakaian macam tu! apa komen anda? perlukah artis macam ni dibiarkan untuk terus mewarnai dunia hiburan di Malaysia?
Dulu artis lelaki berambut panjang kita paksa mereka potong rambut, artis berbogel kita gam mereka. Elok sangat juga kalau kerajaan serta masyarakat gam juga artis-artis yang berpakaian menjolok mata sebegini bagi memelihara imej serta maruah rakyat Malaysia.
Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah
Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim
Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah
pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan
dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan
besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal),
“.. Dajal berkata:
‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih
berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak
akan berbuah’.
Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia,
adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’.
Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............”
(Riwayat Muslim)
Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang
kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal.
Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut
Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih
yang amat penting bagi negara Israel.
Di zaman Dajal air tasik ini akan
surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari
ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang
bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat
Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di
paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih
rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam.
ALOR GAJAH - Seorang
suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi
kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya
menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.
Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada
mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan
isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun
dinafikannya.
Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33
tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur
antara 20 dan 12 tahun.
“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.
“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan
rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih
bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.
Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.
“Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada
bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah
sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu
begitu sahaja.
“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar.
Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk
sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.
Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.
“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.
“Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan
pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.
Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.
“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.
“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak
membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya
itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.
Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.
“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.
“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya.
Belum terlambat rasanya untuk kami memaklumkan kepada para ibu dan juga bakal ibu supaya tidak membeli atau menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.
Menurut kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan
ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil
baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada
pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah
bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA).
Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang
biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER
Pic: PUADEDE.COM
Dalam hal ini, sebagai pengguna, anda boleh membuat
pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat
kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free)
mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol
susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP),
polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.