Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 December 2011

Adam Adli VS Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


Tersenyum payau apabila kita melihat senario pelik yang berlaku di Malaysia. Dalam kita meniti sisa-sisa 2011 yang penuh dengan dugaan dan pancarobanya, kita dikejutkan dengan satu isu kecil yang sengaja diperbesarkan. Kemunculan beberapa nama dari golongan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga memaksa mereka menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia benar-benar menyentuh hati ini untuk kembali bersuara.

Bagaimana insiden ini terjadi? Difahamkan sekumpulan mahasiswa UPSI cuba menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri namun gagal. Mereka kemudiannya menzahirkan kemarahan dengan menurunkan bendera dengan wajah YAB PM sehingga akhirnya insiden ini mencetuskan kemarahan kerana dianggap kurang ajar dan biadap!

Panglima tidak peduli siapa itu Adam Adli yang dikatakan bertindak biadap menyalahi tatasusila seorang mahasiswa Melayu. Tindakan beberapa pihak yang marah dan mencabar Adam Adli juga adalah amat dipuji kerana sanggup mempertahankan YAB Perdana Menteri yang dikasihi. 

Cuba kita imbas kembali senario yang berlaku ketika Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, seorang Melayu yang secara terangan menghina Islam malah mencaci dan mengeji Allah serta nabi Muhammad SAW melalui halaman twitter dan FB tidak lama dulu. Beberapa pendedahan berani yang didedahkan oleh sekumpulan anak muda Islam seperti Gaysec, KID-CSI Team, Group FB Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Makcik Hajjah Sitt serta beberapa kumpulan lainnya sehingga mendedahkan beserta bukti jelas siapakah individu berkenaan. Apakah kesudahannya...? Banyak laporan Polis yang dibuat namun adakah siasatan ataupun tangkapan telah dilakukan? Perkhabaran terbaru yang diterima memaklumkan bahawa pihak berkuasa sedang menunggu kepulangan Sitt ke Malaysia kerana dikhabarkan passport antarabangsanya telah pun tamat.

Namun ingatkah anda respon rakyat Malaysia ketika isu penghinaan ini didedahkan tempohari? Alangkah bagusnya jika kita bersatu mempertahankan Islam tempohari sepertimana kita bersatu mempertahankan Perdana Menteri sekarang... 

oh Malaysia ku...! sayu, pilu, sebak dan kesal...   


KENALI Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang MENGHINA Islam
Sitt Al-Wuzara DIKENAL PASTI....?
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara mula CEMAS...?
SITT AL_WUZARA tersenyum simpul... KETAWA BESAR lihat kelemahan kita!
JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum mengenai SITT AL-WUZARA
POLIS terima PETUNJUK mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
GaySec mohon MAAF kepada Arlene Tan, Makcik Hajjah Sitt A-Wuzara TERSENYUM RIANG
Isu MURTAD yang semakin KRITIKAL di Malaysia
PETUNJUK terbaru mengenai Sitt Al-Wuzara

22 December 2011

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. 


* berita dipetik dari UTUSAN menerusi cuepacs.blogspot.com

hehe pelik betul kan? Bagaimana sesuatu keputusan diumumkan namun akhirnya ditangguhkan semula akibat beberapa kelemahan. Bagaimana kita sebagai sebuah negara yang dinamik boleh jadi sebegini? seeloknya apapun dasar dan perlaksannan seharusnya dikaji secara mendalam sebelum diumumkan.... sekadar renungan

Chef Wan terima Anugerah Khas Menteri Pelancongan



KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2011: Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Datuk Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan di Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, malam semalam.

Datuk Chef Wan yang terharu dengan penerimaan anugerah tersebut berkata anugerah itu meruapakan anugerah tertinggi yang pernah diterimanya di peringkat Malaysia atau dalam negara.
"Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan yang sangat bermakna buat komitmen, pengorbanan serta hasil sikap dedikasi saya yang tidak terhingga pada pembangunan dunia masakan Malaysia.

"Selain itu apa yang membanggakan saya adalah apabila dapat duduk semeja bersama Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong pada malam tersebut. Ianya bagai mimpi jadi nyata," katanya dengan teruja.

Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Permaisuri Agong, Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun serta Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Selain Datuk Chef Wan, anugerah yang sama turut diberikan kepada Datuk Jimmy Choo dan difahamkan merupakan pertama kali majlis anugerah berkenaan mengiktiraf dua individu dalam tahun yang sama.

Datuk Chef Wan sebelum ini pernah diiktiraf peringkat antarabangsa iaitu daripada National Critics Choice dengan menerima anugerah Life Time Achievement South East Asia Cuisine menerusi kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan juga Best Editor's Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia.


* berita dipetik dari bernama

19 December 2011

Wadah Panglima: Piramid ditemui di Jepun milik Bangsa MELAYU...?

Wadah Panglima: Piramid ditemui di Jepun milik Bangsa MELAYU...?: Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jau...

Piramid ditemui di Jepun milik Bangsa MELAYU...?

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.

Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE
 
Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,

Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.


 
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

-Nostradamus 

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :











MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.



Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.


*dipetik sepenuhnya dari aku-macjay.blogspot.com

10 December 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011


Hari ini, 10 Disember 2011 kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:

i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii. Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

Gambarajah 1

Gambarajah 2, di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir

Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti. 

(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)

Fakta Menarik Menjelang Gerhana

Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.

Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!

Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya). 

Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa minit selepas fasa gerhana penuh tamat.
Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula! 

Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan.

Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!

Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.

Di bawah merupakan beberapa buah foto gerhana bulan yang berjaya dirakam sebelum ini oleh ahli forum Falak Online


























* dipetik sepenuhnya dari falak-online.net

lain-lain bacaan berkaitan :

09 December 2011

Mati di patuk Ular dalam Pasaraya Super Cowboy Melaka?

Beberapa hari lalu heboh mengatakan ada kes kematian melibatkan pelanggan di patuk ular tedung di Pasaraya Super Cowboy, Melaka. Menariknya dari hari ke sehari berita semakin tersebar sehingga jumlah kematian melibatkan 3 pelanggan mati akibat dipatuk ular. 

Super Cowboy asalnya adalah sebuah kilang yang kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah pasaraya borong dan runcit. Dikhabarkan hampir segala macam keperluan pengguna terdapat di sini. Bilangan pengunjung di sini boleh dikatakan agak ramai dan sentiasa sesak terutamanya ketika hujung minggu. Walaupun suasananya kurang selesa tanpa penghawa dingin, namun disebabkan barangannya lengkap serta dijual dengan harga yang murah menjadikan Super Cowboy antara pasaraya yang popular di Melaka.

Kes kematian melibatkan patukan ular di pasaraya memang sesuatu yang pastinya dianggap luar biasa di Malaysia namun akhbar-akhbar tidak melaporkannya secara rasmi. Sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya malah ada yang mempercayai kebenaran berita ini mengenangkan pasaraya berkenaan memang sarat dengan pelbagai barangan.

Sebenarnya berita kematian ini adalah palsu! Pihak pengurusan pasaraya Super Cowboy juga menafikan dakwaan ini malah telah membuat beberapa laporan Polis dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Menariknya orang ramai terus memenuhi pasaraya Cowboy tanpa menghiraukan kebenaran berita seperti ini.Tinjauan yang dilakukan juga mendapati kawasan meletak kereta penuh sesak dengan kenderaan petang tadi. Mungkin inilah strategi pesaing bagi menjatuhkan perniagaan Super Cowboy atau barangkali ada orang yang cuba menguji pengurusan Super Cowboy... maklumlah pasaraya berkenaan memang terlalu padat dengan barangan. Eloklah pasaraya Super Cowboy menaik taraf rak-rak jualannya agar barangan dapat disusun sempurna dan kemas untuk kemudahan orang ramai  

Balai : Malim
Butir-butir pengadu
Nama : Aishah bt Abdul halim
Pekerjaan : Senior Supervisor
Pengadu menyatakan:


PADA 20/11/2011 SEMASA SAYA BEKERJA DI PASARAYA COWBOY TELAH DIBERITAHU OLEH PEKERJA SAYA SEMASA BELIAU SEDANG BEKERJA ADA BEBERAPA PELANGGAN YANG DATANG TELAH BERTANYAKAN 'PERNAH TAK PELANGGAN PASARAYA COWBOY DIPATUK ULAR DAN TIDAK PERNAH ADA PELANGGAN DIPATUK ULAR. SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG MENGADA-ADAKAN CERITA TERSEBUT. TUJUAN SAYA BUAT LAPORAN KERANA BERITA TERSEBUT ADALAH TIDAK BERNAR DAN BERTUJUAN MENJATUHKAN REPUTASI PASARAYA COWBOY. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Balai : Malim
Butir-butir pengadu
Nama : Zahariah binti Amran
Pekerjaan : Senior Supervisor
Pengadu menyatakan:
PADA 6/12/2011 JAM LEBIH KURANG 4.08 PETANG SEMASA DI TEMPAT KERJA ALAMAT PASARAYA COWBOY TAMAN TEKNOLOGI CHENG MELAKA PIHAK PENGURUSAN SYATIKAT TELAH MENGESAN SATU PENYEBARAN BERTITA YANG TIDAK BENAR DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK MILIK MYST LIZ YANG MENYATAKAN "KEPADA SESIAPA YANG SUKA PERGI KE COWBOY CHENG..TOLONG JGN PERGI BUAT MASA NI..SBB SUDAH BERLAKU KEMATIAN YANG MENGEJUTKAN HAMPUR 10 ORANG YANG MENJADI MANGSA PATUKAN ULAR TEDUNG YANG MASIH BERSEMBUNYI KAT DLM PASARAYA 2...KLU NAK TAU ADA SAKSI NMPK OWNER COWBOY TU BG PAMPASAN TUTOP MULUT KAT FAMILY MANGSA 1 JUTA SUPAYA X HEBOH PERKARA NI..SEBELUM PAPE BERLAKU KAT AHLI KELUARGA MSG2 BEK JGN PERGI KAT C2 DULU SEBELUM BOMBA SAH KAN SELAMAT" 

PIHAK PENGURUSAN TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA PENYEBAR MAKLUMAT TERSEBUT. SEKIAN LAPORAN SAYA.

* gambar dan laporan Polis dipetik dari lizcherrylover.blogspot.com

02 December 2011

(Gambar dan Video) Bandar Kajang ditenggelami Air

banjir 400x238 Terkini Gambar Plaza Metro Kajang Banjir Kilat

Bandar Kajang ditenggelami air sehingga 1 meter selepas hujan lebat mencurah-curah petang tadi. Banjir kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah di kajang selepas banjir besar yang telah meragut 30 nyawa pada tahun 1971 yang lalu.
Banyak maklumat dan gambar-gambar mengenai banjir ini tersiar pantas di halaman facebook, twitter serta blog bagi memaklumkan keadaan banjir di sana. Melihat kepada arus yang mengalir deras seolah memberitahu kita betapa sukarnya keadaan mereka yang terlibat dalam bencana ini. Kerugian besar melibatkan kerosakan kenderaan, infrastruktur malah air dilaporkan memasuki Plaza Metro Kajang.
Bersama kita mendoakan agar bencana ini segera pulih. Kepada mereka yang terlibat secara langsung kita mengharapkan agar sentiasa bersabar dan berserah kepada Allah, semoga bencana seperti ini tidak diturunkan di tempat lain pula, Insya Allah... 


















gambar dan video dipetik dari www.ohtidak.com, tranungkite.net, easy-xs.blogspot.com, bharian.com.my, doposen.com