Klik untuk kembali ke Halaman Utama

22 December 2011

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. 


* berita dipetik dari UTUSAN menerusi cuepacs.blogspot.com

hehe pelik betul kan? Bagaimana sesuatu keputusan diumumkan namun akhirnya ditangguhkan semula akibat beberapa kelemahan. Bagaimana kita sebagai sebuah negara yang dinamik boleh jadi sebegini? seeloknya apapun dasar dan perlaksannan seharusnya dikaji secara mendalam sebelum diumumkan.... sekadar renungan

1 comment:

  1. BADAN PELAKSANA YANG TIDAK MEMBUAT DENGAN BETUL.. TAPI SYUKURLAH DIA MAHU MENDENGAR PANDANGAN CUEPAC.. TIDAKLAH KUKU BESI..

    ReplyDelete