Klik untuk kembali ke Halaman Utama

27 February 2011

Darurat di Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Bagaimana Mengatur Waktu Tidur Anak Anda


Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? {mosimage}KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk,seperti gambar ini...heheee..

Petua Tidurkan Si Kecil

Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

26 February 2011

Cara Unik Parking Kenderaan

GAMBAR-GAMBAR LAWAK
Tak syok la kalau tunjuk terus cara unik parking kereta yang sungguh menakjubkan tu. Jadi anda scroll ke bawah untuk melihatnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
-> scroll down lagi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
GAMBAR-GAMBAR LAWAK
GAMBAR-GAMBAR LAWAK
Macam, sungguh menakjubkan kan? Huhu..

* dipetik dari ZonBebas.Com

25 February 2011

Chin Peng dan Ideologi Komunis



CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.

Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.

24 February 2011

Muammar Gaddafi guna kekerasan, 1000 orang terbunuh


    
Benghazi - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

23 February 2011

Siri Jenayah Profil Tinggi : Kongsi Gelap

Kegiatan mereka bukan lagi tertumpu kepada pemerasan, penculikan, ugutan, perniagaan dadah, rompakan, perjudian haram, pelacuran, penjualan cakera padat cetak rompak, pemerasan wang perlindungan terhadap perempuan sundal, penari, rumah urut, peniaga kecil, dan juga kegiatan Ah Long.

Sekarang, kegiatan kongsi gelap secara serius telah mula meresap dan merubah lanskap politik negara. Mereka telah dilihat sebagai pencatur. Mereka telah mula menonjol berikutan keterlibatan golongan usahawan, dan penggiat politik secara lansung atau tidak ke dalam kumpulan mereka.

22 February 2011

Asal usul Hajarul Aswad


Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."


Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s. Sehingga aekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. 
 
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku,Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s. w. t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s. w. t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. I
 
ngatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s. a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Lokasi Percutian Paling Unik yang perlu dikunjungi

Bayangkan percutian yang sempurna. Pasir pantai putih yang indah dan kapal terbang yang akan mendarat tepat di atas kepala anda?! Itulah yang akan anda dapat jika anda bercuti di Pantai Maho di Kepulauan Caribbean.

Resort di Pantai Maho ini berdekatan dengan Princess Juliana International Airport yang dianggap sebagai lapangan terbang tersibuk di Kepulauan Caribbean. landasannya sangat pendek sehingga pesawat harus mendarat di permulaan landasan, dan kerana pantai Maho bersebelahan, para pengunjung dapat merasa bahawa mereka boleh menyentuh roda jika mereka melompat.

Bagi sesetengah pengunjung, ini merupakan antara sebab utama kenapa Pantai Maho dianggap sebagai lokasi percutian yang perlu dikunjungi...



Pemain Bola hadapi pertuduhan Salah Laku Seks

SUNGAI PETANI, 21 Feb — Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.
Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Satu lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluannya.

Muhammad Munawwar dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terhadap gadis itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama... yang mana kesalahan ini melanggar kesopanan dan dihukum mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
          * dipetik dari Bernama melalui Dunia Cacamarba

21 February 2011

Kehebatan seorang Muslimah Sejati

 "katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal. Karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al Ahzab : 59)

Wanita Muslimah, tetaplah istiqomah di jalan Allah SWT. Meskipun di luar sana, banyak orang-orang yang memberikan iming-iming harta dan materi, dijadikan wanita tercantik sejagad, dan sebagainya, hanya untuk membuka auratmu. Ketahuilah, kehormatanmu jauh lebih mahal dan jauh lebih berharga dari semua itu?

Semoga cerita yang akan saya tulis ini mampu memberikan inspirasi dan kekuatan?!

Kereta Terbakar di Melaka - 1 Terbunuh 3 Cedera

  











Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.

Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.
Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit.

“Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

“Saya memberhentikan kereta dan melihat Proton Saga itu terbakar. Seorang daripada penumpang kereta itu keluar dan saya serta dia menjerit menyuruh rakannya keluar kerana takut kereta meletup.

“Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar,” katanya.

Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.

“Selepas itu, berlaku letupan kuat daripada kereta dan api semakin marak menyebabkan usaha beberapa pengguna jalan raya untuk mengeluarkan tiga mangsa terbabit agak sukar.

“Mujur, satu daripada pintu berjaya dibuka biarpun ketika api marak. Beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan tiga mangsa terbabit dan sebaik saja mangsa terakhir dikeluarkan, berlaku satu lagi letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Dzarif Iskandar Dzul dan siasatan awal menunjukkan remaja berusia 17 tahun itu dipercaya memandu Proton Saga BLM terbabit.

“Mangsa yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin parah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Kem Terendak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, polis masih menyiasat identiti tiga rakan mangsa yang menaiki kereta berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka dikenali sebagai Mohd Firdaus, 17, Abdul Wafi, 17, dan Azani, 20.

Beliau berkata, ketiga-tiga remaja itu serta pemandu Nissan Frontier, Mohd Sahid Suhaimi, 18, yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga remaja menaiki Proton Saga BLM itu tinggal di Taman Seri Aman dalam perjalanan ke Sungai Udang sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda yang memotong sebuah kereta di depannya,” katanya.

Seorang lagi saksi, Abdul Kahar Omar, 23, berkata dia bersama empat rakannya dalam perjalanan menuju Pasir Panjang, Port Dickson, berada di hadapan pacuan empat roda terbabit, sebelum dipintas kenderaan itu.

Katanya, kemalangan berlaku terlalu pantas kerana mereka melihat jelas ketika dua kenderaan itu bertembung dan melantun ke belakang sebelum terdengar letupan kecil. 

- dipetik dari Harian Metro

20 February 2011

Kedatangan Imam Mahdi pada 2015?

Berdasarkan buku “Oktober 2015 Imam Mahdi akan datang” buku paling kontroversi ini mengambil sumber utama dari Al-Quran, kitab terdahulu, cerita sejarah, dan perhitungan matematik. Namun jangan mudah mempercayai sesuatu teori yang pastinya belum tentu ada kebenarannya. 

Antara intisari buku ramalan kontroversi tersebut ialah :

Revolusi menular di 8 negara Arab

 
KAHERAH: Sekurang-kurangnya lapan negara Asia Barat berhadapan dengan bantahan anti kerajaan dalam apa yang disifatkan sebagai gelombang baru di rantau Arab mendesak sistem demokrasi.  

Kira-kira seminggu selepas penyingkiran Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diraikan beribu-ribu penduduk Kaherah di Dataran Tahrir, Libya pula menyaksikan sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh sejak bantahan bermula tiga hari lalu di negara timur Afrika Utara yang diperintah Muammar Gaddafi selama empat dekad itu.  

Isteri Kantoi dengan Mat Bangla!



I









KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.
Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.
Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.
Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.
“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.
“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.
“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas,” katanya.
Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.
* dipetik dari Harian Metro

Justin Bieber mati ditembak


TAJUK GAMBAR ANDA
Watak Justin Bieber di dalam "CSI" telah dimatikan apa bila Justin telah di tembak mati pada episod terbaru.

Penyanyi lagu "Baby" ni telah memegang watak seorang budak yang bermasalah. Dalam wataknya sebagai Jason McCann dia kembali selepas adegan pengeboman satu majlis pengebumian. Tapi akhirnya dia ter'kantoi' dengan polis Las Vegas.

19 February 2011

Aksi perogol yang terkeliru...



Cuba perhatikan muka perogol tu... nampak beliau terkeliru kan? Muka pembaca berita ni pun nampak macam keliru juga kan? Mungkin beliau sendiri terperanjat kerana foto-fit perogol yang disiarkan ada iras-iras wajah beliau... hehehe 

18 February 2011

Isteri Terkulai Angkara FACEBOOK

GEORGETOWN: Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu.Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.
Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.

Siri Jenayah Profil Tinggi : Japanese Red Army (JRA) Tentera Merah Jepun

Nippon Seki-gun (JRA)

Latar belakang

JRA dikenali juga sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Diasaskan oleh Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. 

Sekitar 1970-an banyak serangan dan pembunuhan dilancarkan di seluruh dunia.  Serangan JRA yang mendapat liputan meluas seluruh dunia antaranya  pembunuhan di Lapangan Terbang Lod, Israel pada 1972 serta Insiden Black September yang menyebabkan kematian 11 atlet Israel di perkampungan Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.

Tujuan perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969 . JRA dalam bahasa Jepun ialah 'Sekigun-ha'. pemimpin intelektual JRA iaitu Takaya Shiomi telah dipenjarakan pada 1970. Ahlinya seramai 200 orang, bergabung dengan Rengo Sekigun atau United Red Army pada Julai 1971. 12 daripada ahlinya mendapat latihan senjata di puncak gunung Jepun.

Pada 1971, JRA berkerjasama rapat dengan perjuangan Palestin iaitu Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLF).

Serangan di Malaysia

10 orang Tentera Merah Jepun telah merempuh masuk dan menawan 53 orang di Bangunan AIA (American Inssurance Associates) yang menempatkan kedutaan Amerika Syarikat dan Sweeden selama 3 hari. Semua tebusan dikumpulkan di tingkat 9, bangunan AIA, Jalan Ampang. Tebusan ditahan selama 79 jam. Jika tuntutan tidak dipenuhi, semua 53 tebusan akan dibunuh. Antara tebusan penting yang ditahan ialah Fredrik Bergenstrahle, Pegawai kedutaan Sweden dan Ulla Odqvist, setiausaha Kedutaan Sweden termasuk beberapa orang pegawai kedutaan Amerika Syarikat serta diplomat Malaysia.

Siri Jenayah Profil Tinggi : P.Kalimuthu (Bentong Kali)

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu.

17 February 2011

VAT 69 (Very Able Troopers 69) - Pasukan Elit Malaysia




















Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. 

Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.

Wajah-wajah Billionaire Malaysia

KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.


"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.


Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.


"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.


Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya. 

* dipetik dari kosmo

Siri Jenayah Profil Tinggi : Mat Komando (Kumpulan 13)

Dipondok inilah Mat Komando di tembak mati
pada Subuh 12 Sept. 2002 dalam Ops. Api Sawit 2


PAGI itu penduduk Kampung Hujung Keton di pedalaman Pendang, Kedah, gempar. Mereka terkejut bukan kerana kampung itu diceroboh kumpulan gajah liar. Mulanya mereka sangka ia bunyi senapang patah penduduk kampung menembak musang yang mencuri ayam. Tidak mungkin pula tuan punya dusun menembak tupai seawal pukul 6.30 pagi. Tembakan itu berlarutan beberapa ketika sebelum terhenti. Selepas itulah baru cerita sebenar muncul.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad. ramai yang tidak percaya kerana tersebar khabar angin kononnya dia  berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.
Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari. Berita Mat Komando mati ditembak oleh polis cepat tersebar ke Kampung Tok Sheikh dan Kampung Cina yang terletak tidak jauh dari situ. Ia kemudian menjadi buah mulut di Kubur Panjang, pekan Pendang dan akhirnya sampai ke Alor Setar dan Kuala Lumpur sebelum pukul 9 pagi.

16 February 2011

Revolusi menjalar ke Bahrain















MANAMA: Dua penunjuk perasaan Syiah maut dalam pertempuran dengan polis Bahrain semalam, mencetuskan desakan diadakan bantahan antikerajaan besar-besaran seperti di Mesir serta Tunisia dan menyebabkan pembangkang memulaukan sidang parlimen.

Persatuan Perjanjian Kebangsaan Islam yang mewakili kaum Syiah dan mempunyai 18 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 40 anggota itu menggantungkan keahliannya, kata seorang ahli parlimennya, Khalil al-Marzooq.

Keputusan itu diambil berikutan kemerosotan keadaan keselamatan dan tindakan negatif dan ganas yang diambil pihak berkuasa dalam menangani tunjuk perasaan sehingga menyebabkan dua orang maut, katanya.

Pemimpin Dunia yang dah BASI

Gaddafi dah lama sangat memerintah !
Kejatuhan Hosni Mubarak, Presiden Mesir baru-baru ini merupakan kejadian yang paling menarik untuk permulaan tahun 2011. Begitu juga kejatuhan Presiden Tunisia sebelum itu, juga berlaku pada tahun 2011.

Peristiwa ini sekurang-kurangnya membuka mata para pemimpin dunia yang lain, terutamanya bagi mereka yang dah terlalu lama memerintah. Tentu soalan yang berligar ligat dalam kepala mereka adalah, apakah rakyat mereka sedang berbuat sesuatu untuk menghumban mereka sama seperti pemimpin Tunisia dan juga Mesir.

Siapapun tak sangka yang rakyat Tunisia akan bangun, begitu juga siapa sangka Mubarak akan merudum. Tahun-tahun sebelum ini banyak laporan dari penganalisis politik Amerika menyatakan tak mungkin Mubarak akan jatuh, Mesir berjaya dikawal dengan baik oleh Mubarak. Begitu juga Tunisia, mereka katakan ia sebuah negara yang amat stabil dan cara pemerintahan di sana membuatkan rakyatnya tidak bangun menentang.


Kejatuhan demi kejatuhan pemimpin mereka membuatkan ramai yang berkata sekarang cakap-cakap serta analisis para pakar adalah mengarut dan tak boleh didengar. Ya!, tak ada siapa yang tahu masa depan, itu adalah satu kepastian, jadi jangan percaya pada sesiapa walaupun dia amat pakar !.

Mari kita lihat senarai pemimpin yang sudah pasti tak sedap tidur sekarang ini kerana dah terlalu lama duduk di atas singgahsana. Perlu ditegaskan bagi negara yang mengamalkan pemerintahan beraja, pemimpin akan kekal di tampuk pemerintahan buat selamanya sebelum digantikan dengan waris beliau yang sah kelak.

Nama Pemimpin                                                        Negara           memerintah sejak 


1.Sultan Hassanal BolkiahBrunei1967
2.Colonel Muammar GaddafiLibya1969
3.Sultan Qaboos bin Said al SaidOman1970
4.Prime Minister Khalifa ibn Salman Al KhalifaBahrain1970
5.President JosAngola1979
6.President Teodoro Obiang Nguema MbasogoEquatorial Guinea1979
7.President Paul BiyaCameroon1982
8.King Mswati IIISwaziland1986
9.President Yoweri MuseveniUganda1986
10.President Blaise CompaorBurkina Faso1987
11.President Robert MugabeZimbabwe1987
12.Prince Hans Adam IILiechtenstein1989
13.Bashir Omar alSudan1989
14.Supreme Leader Ali KhameneiIran1989
15.President Ali Abdullah SalehYemen1990
16.President Idriss DChad1990
17.President Islam KarimovUzbekistan1990
18.President Nursultan NazarbayevKazakhstan1990
19.President Isaias AfewerkiEritrea1991
20.President Emomalii RahmonTajikistan1992
21.Chairman Kim Jong-ilKorea, North1993
22.President Alexander LukashenkoBelarus1994
23.President Yahya JammehGambia, the1994
24.Emir Hamad bin Khalifa Al ThaniQatar1995
25.Prime Minister Denzil DouglasSaint Kitts and Nevis1995         

Peralat anak elak di cekup


TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam.
TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam. 
SEPANG: Taktik seorang duda menggunakan anaknya berusia setahun lapan bulan bagi mengaburi pihak berkuasa ketika asyik memadu kasih dengan pasangan berusia 21 tahun tidak menjadi apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Dengkil, semalam. 

Mereka ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam operasi antizina di beberapa hotel murah di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 2 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan mahrim terutama dari luar kawasan itu menjadikan hotel murah di kawasan itu bagi ‘meraikan’ hubungan sulit sempena Hari Kekasih.

Malah, ketika ditahan, duda berusia 27 tahun dari Dengkil itu hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, manakala pasangannya sudah berpakaian lengkap.

Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu diketuai pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Mohd Azran Musa bersama 25 anggota membabitkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Polis Diraja Malaysia dan penguat kuasa agama.

Pegawai Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Sepang, Alfian Ahmad, berkata duda terbabit dipercayai membawa anaknya bagi melindungi kegiatan tidak bermoral bersama pasangannya.

Menurutnya, pada zahirnya, orang ramai akan menyangka pasangan itu suami dan isteri apabila ada anak kecil bersama di dalam bilik hotel berkenaan.

“Tetapi, hasil risikan kami membongkar rahsia pasangan itu tiada sebarang hubungan suami isteri dan anak kecil itu anak lelaki terbabit.

“Bagaimanapun, cara mereka memperalatkan kanak-kanak itu bagi menjayakan perbuatan maksiat mereka tidak berhasil apabila serbuan dilakukan penguat kuasa agama,” katanya ketika di temui dalam operasi itu, semalam.

Alfian berkata, siasatan turut mendapati lelaki terbabit sudah bercerai selain mempunyai seorang lagi anak dan memberikan alasan akan berkahwin dengan pasangan pada Jun depan.


“Kami percaya lelaki terbabit menggunakan taktik membawa anak kecil itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

15 February 2011

Senyuman Para Syuhada’ Palestin

Selamat tinggal dunia, selamat tinggal ibuku sayang, ayahku tercinta, isteriku, anak-anakku, kami tidak mati..kami hidup dalam syurga,
Kami seronok dimandikan oleh malaikat di atas langit, diangkat ke langit bertemu Allah S.W.T, disambut oleh penghulu bagi para syuhada’…Syaidina Hamzah..Singa Allah yang dikenali,
Malaikat Izrail mencabut nyawaku dan ditunjukkan kepada keindahan syurga yang menantiku..allahuakhbar!!!!
Alhamdullilah…dalam keadaan begini kami akan dibangkitkan dihari kiamat kelak 
dan akan menjawab dihadapan Allah….
Allah bertanya..”Kenapa kamu berkeadaan begini !!” ..kami akan menjawab..”Kami berkeadaan begini kerana menegakkan agamaMu dan sunnah RasulMu”
Allah menjanjikan balasan terhadap pejuang-pejuang yang mati syahid.

Lenggong : Tamadun Tertua di Dunia



Tamadun 
manusia tertua ditemui

LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.

Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.

Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.

Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.


* dipetik dari Kosmo

14 February 2011

Kami Rindu Padamu...!

 Sedih dan sebak mendengar lagu dendangan kumpulan Raihan ni. Tiada kata yang dapat diucapkan. Lagu ini benar-benar menyentuh perasaan. Tak percaya?

Cuba buka lagu ini di tengah malam dalam suasana yang cukup sunyi dan tenang. Dengarkan liriknya dengan perasaan yang dalam. Insya Allah... ianya mampu membuatkan airmata kita mengalir!

Rahsia Surah al-Kahfi...?


Kaitan surah al-Kahfi dengan peristiwa-peristiwa terkini 

Kita tahu al-Kahfi itu maknanya gua. Di dalam bahasa Inggeris disebut cave. Surah ini diturunkan di Mekah. Terdapat 110 ayat. Kita juga diminta Nabi Muhammad membaca ayat-ayat dari surah ini sebagai perlindungan daripada fitnah Dajjal. 

Ia juga menceritakan beberapa personaliti iaitu Nabi Musa dan seorang pemuda, Nabi Khidir, Zulkarnain, Yakjuj dan Makjuj serta pemuda-pemuda gua yang mulia. 

Dari sudut ekonomi ia mencerita wang perak sebagai matawang yang digunakan pemuda-pemuda tersebut untuk membeli makanan setelah tinggal di dalam gua selama 309 tahun. Juga tentang urusan mengumpul kekayaan. 

Muharram pada 7 Disember 2010 adalah tahun hijrah 1432. Jika dibuat pengiraan aritmetik mudah dengan mengambilkira hasil tambah setiap digit pada tahun tersebut: 1+4+3+2=10. 

Kononnya, ia boleh dikatakan tahun yang ke-10 dari masa mulanya sesuatu hal atau peristiwa. Yang kita tahu ialah peristiwa 9/11 genaplah sudah 10 tahun. Juga kononnya, ia juga seolah-olah 10 tahun selepas 100 tahun sepertimana jumlah ayat-ayat di dalam surah ini. Pada tahun 1901 Ibnu Saud (Abdul al-Aziz) menawan Riyadh. 

Pada tahun 2010 Dinar emas dan Dirham perak diperkenalkan di Kelantan. Dan 10 tahun yang lalu iaitu pada 2001 Tun Mahathir mencadangkan matawang Dinar di persidangan OIC. 

Kenapa di akhir zaman Nabi Muhammad hendak sangat kita faham maksud surah ini? 

Di dalam hikayat-hikayat dikatakan raja-raja Melayu adalah dari susur-galur raja Iskandar Zulkarnain. Orang-orang Minang percaya bahawa raja purba mereka Maharojo diRojo berketurunan Zulkarnain. Begitu juga Merong Mahawangsa. Di dalam dunia ini hanya raja Iskandar serta kesatrianya yang mampu bertembung dengan Yakjuj dan Makjuj serta menguasai ilmu logam sepertimana metallurgy keris yang canggih. Di dalam dunia ini, hanya tentera Melayu yang mampu menewaskan tentera Komunis. 

Pendita sering mendapat tahu individu-individu yang mendapat senjata-senjata lama melalui alamat-alamat dari alam ghaib. Ia semakin menjadi-jadi. Jikalau difahami dengan ilmu akademik, ini semua hanyalah khayalan orang kampung. Orang-orang moden tidak tahu-menahu apa itu ilmu besi. Yang mereka tahu adalah sains bahan yang asyik meneropong elemen-elemen halus pada sampel logam dan membuat kesimpulan dari pemerhatian tersebut. 

Begitu juga pendekar-pendekar kita kerap pula berlatih seolah-olah membuat persiapan untuk sukan SEA. Pendita pula tiba-tiba diberikan amalan oleh orang tua-tua tanpa diminta. Begitu juga fenomenanya di tempat-tempat lain di semenanjung Malayadvipa ini. Dari segenting Kra hingga ke Tanjung Piai para-para alim dan pemuda-pemuda mulia sedang bersiap-sedia. Ijtimak Tabligh di KLIA pada 2009 telah mencetuskan sesuatu. 

Kononnya nanti akan keluar 309 pemuda-pemuda Bani Jawi mengibarkan panji-panji hitam. Ada pendapat mengatakan ianya sejumlah 313 pemuda Bani Jawi. Dari 313, 309 adalah pemuda Bani Jawi manakala 4 lagi adalah al-Mahdi, Nabi Khidir, Nabi Isa, 1 orang yang tidak dapat dikenalpasti. Mungkin juga wakil dari benua Hindustan. Namun begitu, ini semua hanya spekulasi. 

Ramai yakin bahawa semenanjung Tanah Melayu ini bakal menjadi hub pemerintahan dunia berlandaskan Islam. Ibukotanya nanti adalah Putrajaya. Umumnya dunia moden ini boleh meneruskan kehidupannya dengan pemerintahan moden juga. Dunia tidak boleh diperintah oleh golongan primitif kerana sistem sedia ada dengan aset-aset tertentu tidak boleh bertukar dengan cara paksa primitif. Dunia moden akan diperintah oleh pemerintahan moden Islam yang mulia dan saksama. 

Malaysia mempunyai beberapa kriteria dunia moden Islam yang unik:- 
a) Sistem perbankan 
b) Sistem pendidikan 
c) Pusat perubatan 
d) Peundangan 
e) Makanan 
f) Ketenteraan 
g) Industri pembuatan dan servis 
h) Politik 

Jadi, di dalam dunia ini hanya Malaysia calon yang layak. Namun, bilakah Putrajaya akan berfungsi sedemikian? 

Mulai 2011, akan bermulalah sesi pilihanraya-pilihanraya di seluruh Malaysia. Sepertimana kata-kata Nostradamus: 

Where the three seas meet there will be born one who will make of Thursday his holiday: his fame, praise, rule and power will grow, by land and sea a tempest to the East. (Century 1, Quatrain 50) 

Long awaited he will never return. In Europe, he will appear in Asia: One of the league issued from the great Hermes, And he will grow over all the Kings of the East. (Century 10, Quatrain 75) 
Sekian.

* dipetik dari pendita