Klik untuk kembali ke Halaman Utama

14 February 2011

Kami Rindu Padamu...!

 Sedih dan sebak mendengar lagu dendangan kumpulan Raihan ni. Tiada kata yang dapat diucapkan. Lagu ini benar-benar menyentuh perasaan. Tak percaya?

Cuba buka lagu ini di tengah malam dalam suasana yang cukup sunyi dan tenang. Dengarkan liriknya dengan perasaan yang dalam. Insya Allah... ianya mampu membuatkan airmata kita mengalir!
 Begitulah besarnya kasih sayang Rasullullah SAW terhadap umatnya! sempena dengan Maulidur Rasul ni cuba kita kembali menghayati perjuangan Rasullullah SAW.

Ketahuilah bahawa kita semua mempunyai seorang Penghulu yang amat menyayangi kita walaupun baginda tak pernah menatap wajah kita. Kita akan dibela diakhirat kelak selagi kita berpegang kepada Islam. Walaupun kita tidak pernah menatapi wajah baginda apalagi mengenali Rasullullah SAW, sebenarnya kita adalah lebih hebat dan mulia dari umat terdahulu seandainya kita mampu mengikut ajaran Islam yang sebenarnya...



Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu
kan pasti mengalir airmataku, kerana pancaran ketenanganmu...

Alangkah indahnya hidupnya, andai dapat ku kucup tanganmu
moga mengalir keberkatan dalam diriku, untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasullullah Ya Habiballah
kami rindu padamu

Allah Humma Solli 'Ala Muhammad, Ya Robbi Solli Alaihi Wa Sallim

Alangkah indahnya hidupnya, andai dapat kudakap dirimu
tiada kata yang dapat aku ucapkan, hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasullullah Ya Habiballah
kami rindu padamu

Ku tahu cinta mu kepada umat... Ummati, Ummati
ku tahu bimbangnya kau tentang kami, syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu
kan pasti mengalir airmataku, kerana pancaran ketenanganmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasullullah Ya Habiballah
kami rindu padamu
Ya Rasullullah Ya Habiballah
terimalah kami sebagai ummatmu
Ya Rasullullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu

Allah Humma Solli 'Ala Muhammad, Ya Robbi Solli Alaihi Wa Sallim

3 comments:

  1. JANGAN LUPA KITA BERSELAWAT SAMA2 ESOK..

    PS: LEPAS KOMEN JANGAN SURUH TAIP VERIFICATION WORD, RAMAI BLOGGER TAK SUKA, SUSAH NAK KOMEN. TAPI KALAU KO DAH MINAT NAK WAT CAMNE..

    ReplyDelete
  2. Alangkah bahagianya jika dapat menatap wajah Rasulullah SAW tika jaga dan juga tidur.

    ReplyDelete
  3. sangat beruntung sekiranya kita dapat bertemu rasullullah walau dalam tidur... insya allah

    ReplyDelete