Klik untuk kembali ke Halaman Utama

20 February 2011

Kedatangan Imam Mahdi pada 2015?

Berdasarkan buku “Oktober 2015 Imam Mahdi akan datang” buku paling kontroversi ini mengambil sumber utama dari Al-Quran, kitab terdahulu, cerita sejarah, dan perhitungan matematik. Namun jangan mudah mempercayai sesuatu teori yang pastinya belum tentu ada kebenarannya. 

Antara intisari buku ramalan kontroversi tersebut ialah :
2008 = Israel akan memperluas daerahnya. Terjadi pengusiran besar-besaran rakyat Palestin oleh kaum Yahudi tersebut. Mereka akan menentukan sempadan akhir negara Israel dan membangun penempatan besar di Palestin bagi kaum Yahudi.

2010 = Atas kebijaksanaan presiden baru Amerika, beliau akan menarik pasukannya yang berada di Iraq kerana Amerika akan mencuba untuk menakluk negara-negara lain seperti Sudan, Mesir dan Syria.

21 March – 9 Mei 2014 = Terjadi perubahan cuaca yang amat radikal akibat asteroid yang mendekat (atau mungkin menghentam) Bumi. Terjadi hujan yang sangat lebat selama 50 hari tersebut, menyebabkan rosaknya hampir seluruh pertanian di Bumi. Bencana tersebut adalah bencana terbesar yang pernah terjadi semenjak Adam as turun ke Bumi.

Bulan-bulan awal 2015 = Amerika Syarikat menguasai Sudan, lalu memasuki Mesir namun gagal menaklukinya

April 2015 = Munculnya Sufyani sebagai pemimpin kejam di Damaskus, Syria.

23 Ramadhan tahun itu = Seruan yang datang dari langit yang menandakan Imam Mahdi akan datang dan menyuruh manusia untuk mengikuti Imam Mahdi. Seruan itu muncul ke seluruh tempat di dunia dalam bahasa masing-masing dan dapat dimengerti oleh seluruh manusia. 

Oktober 2015 = Asteroid kecil yang menghentam Missisipi di Amerika Syarikat, menyebabkan kekacauan besar di negara Freemason itu

23 Oktober 2015 = Imam Mahdi muncul di Mekkah.

24 Oktober 2015 = Imam Mahdi dibai’at di Ka’bah.

Kemudian = Pasukan Sufyani bergerak menuju Kuffah dan menimbulkan kekacauan besar disana, namun kemudian dapat ditumpas. Sedangkan itu pasukan yang lain bergerak menuju Madinah dan menghancurkan kota tersebut termasuk Masjid Nabawi. Pasukan tersebut ingin membunuh Imam Mahdi di Mekah, namun ditumpas oleh para malaikat 

Kemudian = Pasukan Imam Mahdi bergerak menuju ke Kuffah dan mendirikan pusat pemerintahan disana 

Februari 2016 = Asteroid kedua yang menghentam pantai barat Amerika, Amerika kemudiannya semakin musnah 

11 September 2018 = Nabi Isa as datang dari langit untuk membantu Imam Mahdi dalam misi Islam 

1 Februari 2019 = Amerika Syarikat hancur 

Februari 2019 = Israel menghancurkan Masjid al-Aqsa

2019 – 2021 = Kaum Yahudi dari seluruh dunia berpusu-pusu ke Israel. Ketika ini terjadi 'exodus' besar-besaran 

7 Ogos 2022 = Imam Mahdi merebut Jerusalem, Israel pun hancur. Tanggal ini berlalu dengan Tish B’Av, Hari besar dalam Yahudi yang merupakan hari kehancuran I Haikal Solomon oleh Raja Nebuchadnezzar dan kehancuran II Haikal Sulaiman oleh Raja Titus

Buku ini banyak merujuk kepada fakta 'dari' Syiah, kemungkinan bahawa penulis buku ini juga adalah dikalangan pengikut Syiah. Ingin diingatkan, artikel ini ditulis bagi membolehkan para pembaca membuat penilaian sendiri berhubung kemunculan Imam Mahdi. 

Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Ingatlah, hanya satu mazhab Islam yang benar yakni Sunnah wal jamaah. 



p/s: jangan mudah mempercayai sesuatu teori, kerana ia belum dibuktikan benar.


* dipetik dari MacJay.Net

6 comments:

  1. Pak Siah punya cerita yang aku herannya semua puak dia mengaku dari keturunan dia akan lahir Imam Mahdi jadi berapa ribu nanti Imam Mahdi nak lahir ramai tu...

    ReplyDelete
  2. cukup lah tmpt allah swt kita mgadu,tda sapa akan tau bila smua itu akan brlaku,cukup la pesan rasullah s.a.w menjadi peringatan buat kita smua,sgala nya suda tr catat d al quran yng mulia,cuma masa dan waktu nya blum tiba...kita sbgai hamba allah s.w.t dn umat nabi muhammad s.a.w jgn mempercayai hadis2 yng tdk pnh kita dngar slain hadis rasullah s.a.w dan al quran...smoga allah s.w.t memberi kita kbikkan dunia dan akhirat..amin ya allah inalilahi wa inalilahi rojion.

    ReplyDelete
  3. tau2 saja dorang ne...smua sudah jelas d al quran.....d hadis2 nabi muhammad saw....segala sesuatu itu ada dari allah bukan dari kita manusia....ramal itu ramal ini pandai2 saja.....sedang ramalan masa depan sendiri pun kita tidak tau..hidup mati kita bila pun kita tahu..apa lah manusia2 skrng ne jauh menyimpang jauh tersasar....cukup lah kepada allah kita bertawakal....hanya allah swt tuhan ku tiada sekutu bagi mu ya allah.........allah hu akbar

    ReplyDelete
  4. Tentera Mahdi sekitar 124 000 kekuatan. Insan terpilih aja dari keimanan yg jitu! Istiqamah dlm ketaatan pd perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
    W.alam

    ReplyDelete
  5. Keseluruhan tanda2 Kiamat Qubro iaitu imam al mahdi, al masihud dajjal, yakjud makjud, nabi isa dan matahari yg terbit dari barat.....telah terbit secara gahibnya. ..Hanya tunggu takdir Allah Robbul Jalil utk Nya menzahirkan keseluhuran tanda2 tersebut sebagai tanda kemusnahan total dunia.

    Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!

    Jgnlah kita berbalah-balah ttg hari penamat ini kerana ia telah dekat benar dgn kehancurannya. Kembalilah kejalan kebenaran dgn mengerjakan segala perintah Allah dan Rasullullah dan berzikir sebnyk mungkin mengingat Allah.

    Segala apa yg dinyatakan diatas adalah benar dan hanya hamba2Nya yg terpilih shja yg dpt melihat secara gahib.

    Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!

    Percayalah Al Mahdi telah terbit secara gahib dan zahir!

    ReplyDelete
  6. Penjelasan di atas ramalan itu ga ada yg terbukti tuh? Gimana pertanggung jawabanya sang penulis oktober itu?

    ReplyDelete