Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 March 2014

Rahsia besar di sebalik TRAGEDI kehilangan MH370... Perancangan atau kebetulan?

Teka-teki di sebalik kehilangan misteri pesawat penerbangan Malaysia yang gagal dikesan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 masih belum terjawab. Sehingga kini 57 buah kapal dan 48 buah kapal terbang melibatkan penyertaan 13 buah negara menyertai misi mencari dan menyelamat yang kini memasuki hari ke tujuh.

Cuba kita tinjau apa sebenarnya yang ada di sebalik pesawat berkenaan. Menurut laporan http://beforeitsnews.com pesawat ini sebenarnya bukan membawa calang-calang penumpang. 

Terdapat 25 penumpang berprofil tinggi dalam pesawat MH 370 tersebut yang berkhidmat dengan 5 buah syarikat  pertahanan utama berkaitan teknologi. 2 dari syarikat tersebut yang berpengkalan di China diklasifikasikan sebagai sangat berisiko terhadap keselamatan  Amerika Syarikat kerana pernah mengintip dan mencuri data-data teknologi menerusi alam maya. Kongress Amerika Syarikat juga pernah mengeluarkan arahan agar tidak menjalankan sebarang urusniaga dengan syarikat-syarikat ini pada 2005.

Syarikat yang terlibat dalam mengeluarkan teknologi perhubungan ketenteraan ini adalah China Telecom, International Business Machines (IBM) Corp, Austin-based Freescale, ZTE Corp dan Huawei Technologies Co.

Salah satu dari syarikat berkenaan juga enggan mengesahkan kehadiran pekerja mereka dalam pesawat berkenaan dan berusaha memastikan identiti mereka tidak terdedah kepada umum.

Eksekutif China Telecom, Hualian Zhang , naib presiden perancangan rangkaian untuk China Telecom Global merupakan salah seorang penumpang pesawat berkenaan. Zhang dilaporkan pulang dari Kuala Lumpur selepas menandatangani perjanjian penyelenggaraan untuk Sea -Me- Kami -5 , kabel dasar laut sepanjang 20,000 km dari Singapura ke Eropah. 

Li Yanlin pula berkhidmat dengan ZTE Corp, merupakan seorang jurutera yang terlibat dalam pemasangan gear dan penyelenggaraan. Pada bulan Mei 2010, India pernah melarang firma telekomunikasi mereka mengimport dari ZTE dan mana-mana syarikat China kerana kebimbangan mengenai pencerobohan data oleh syarikat berkenaan menerusi perkhidmatan mereka. peralatan rangkaian lain kerana kebimbangan bahawa mereka telah penuh dengan maklumat -mencuri spyware. Reuters juga melaporkan pada 2012, ZTE terlibat untuk perisian dan perkakasan daripada firma-firma Amerika Syarikat seperti Oracle, Microsoft dan Cisco Systems dalam pembinaan sistem pengawasan di Iran.

Dua pemuda Iran adalah antara mereka yang menaiki pesawat tetapi dinyatakan tidak mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat. Kedua-dua mereka mengembara menggunakan pasport yang dicuri kira-kira setahun yang lalu yang dibeli di pasaran gelap. Laporan menyatakan mereka sedang mencari suaka politik, tetapi tidak dijelaskan atas dasar apa dan mengapa.

ZTE yang merupakan sekutu Amerika Syarikat juga menjalinkan usahasama teknologi  dengan Iran yang sekaligus melanggar sekatan yang dikenakan terhadap Iran sehingga memaksa campurtangan FBI pada 2012.

Dua pekerja syarikat telekomunikasi milik China yang mempunyai hubungan dengan ketenteraan juga merupakan antara penumpang pesawat berkenaan namun dinafikan oleh Huawei Technologies. Syarikat gergasi yang berpengkalan di Shenzhen dalam provinsi Guangdong pernah dihalau keluar dari Amerika Syarikat atas dakwaan mengintip untuk faedah ketenteraan China. Pesaing utama kepada Cisco System yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini dikatakan berpotensi membunuh mereka disebabkan pertumbuhan pasaran Huawei yang begitu mantap. 

Jawatankuasa penyiasatan memutuskan Huawei merupakan ancaman besar pembekalan barangan komunikasi di Amerika malah Ren Zhengfei, CEO Huawei pernah menjadi pakar teknologi ketenteraan China. Jawatankuasa juga melaporkan keganjilan terhadap penggunaan barangan Huawei dan ZTE di Amerika Syarikat serta mengesyaki aktiviti perisikan dan pencurian maklumat dijalankan menerusi perisian teknologi dari syarikat berkenaan. Penyiasatan lanjut juga mendedahkan bahawa semua peralatan telekomunikasi yang menggunakan peralatan Huawei adalah terdedah kepada risiko ancaman terhadap keselamatan negara. Tindakan ini jelas merupakan tamparan bukan sahaja kepada Huawei dan ZTE malahan kepada semua syarikat telekomunikasi China di seluruh dunia.  
    
Freescale Semiconductor, rakan dagang Amerika yang berpengkalan di Austin juga mempunyai 20 pekerja di atas pesawat berkenaan. 12 orang antara mereka adalah warganegara Malaysia manakal baki 8 orang adalah warganegara China.

Philip Wood yang bertugas dengan International Business Machines Corp. (IBM), yang memperolehi kontrak pertahanan dengan Amerika Syarikat turut menaiki pesawat berkenaan untuk kembali bertugas di Beijing, setelah menyelesaikan tugasannya di Kuala Lumpur. Beliau juga sempat mengunjungi keluarga beliau di Amerika Syarikat seminggu sebelum menaiki penerbangan pulang ke Beijing. 

Secara kebetulan juga, isteri serta dua anak perempuan kepada bekas CEO Celcom Malaysia Berhad, yang juga terlibat dengan telekomunikasi turut disenaraikan antara penumpang pesawat malang ini.

Apa yang pasti sebenarnya sedang berlaku satu peperangan cyber yang besar melibatkan China, Amerika Syarikat yang turut mencatatkan Israel dan Iran. Persediaan dan parancangan pihak-pihak berkaitan untuk menyebarkan kerosakan pada komputer-komputer di seluruh dunia sememangnya terjadi dan sentiasa berjalan. Persaingan dan strategi diatur apatah lagi peperangan ini membabitkan maklumat pertahanan sesebuah negara menerusi perisian berkomputer. 

Persoalannya... adakah kebetulan atau sememangnya wujud perancangan tertentu sehingga pesawat malang ini gagal dikesan sehingga kini? Apakah kemungkinan pesawat ini telah dihilangkan menerusi radar yang kebanyakan teknologi ini adalah ciptaan mereka sendiri dan penumpang-penumpang pesawat dilarikan ke lokasi rahsia bagi digunakan untuk kepentingan pihak-pihak berkaitan disebabkan kepakaran mereka?

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah, sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat dan mantap. Harapan kita agar pesawat ini dapat ditemui kembali dalam keadaan baik. Penyatuan seluruh rakyat Malaysia ketika menghadapi insiden ini merupakan sesuatu yang hebat sekaligus membuktikan betapa kita sebenarnya boleh serta mampu untuk membentuk penyatuan. Semoga air mata yang menitis ketika mengaminkan doa imam semasa solat hajat di Masjid Laksamana Hang Tuah selepas jumaat tadi mampu menyuburkan kembali semangat dan bibit harapan seluruh warga Malaysia agar pesawat MH 370 ditemui semula bersama penumpang dan anak kapal. 

Semuga Allah membatalkan segala perancangan jahat mereka... 





4 comments:

  1. HMMM... KALAU BETUL, MEMANG PARAH LE.. MALAYSIA PULA YANG JADI MANGSA..

    ReplyDelete
  2. TEORI / PENDAPATI AKU :

    1. 2 ORANG IRAN YANG CURI PASSPORT ADALAH KAMBING HITAM YANG YANG DISURUH MENYAMAR KONONNYA MEREKA PENGANAS.

    2. KAPAL TERBANG YANG TERBANG RENDAH DI PANTAI TERENGGANU BUKAN MH370, SEBALIKNYA KAPAL TERBANG LAIN YANG MENYAMAR KONONNYA MH370 TERBANG RENDAH DAN BAKAL TERHEMPAS.

    3. MUSTAHIL RADAR KETENTERAAN AMERIKA TAK DAPAT KESAN MH370. MANA-MANA PELURU BERPANDU DARI MANA-MANA NEGARA KALAU SERANG KE ARAH AMERIKA SEMUA MEREKA BOLEH KESAN.

    4. BOYA / RAKIT KESELAMATAN YANG DIJUMPAI OLEH NELAYAN SEMUA DIRANCANG UNTUK MENGABURI SIASATAN SETERUSNYA SIASATAN TERTUMPU KEPADA KEMUNGKINAN MH370 TERHEMPAS.

    5. PENDAPAT AKU, MH370 SELAMAT, TAPI TAK TAU DI MANA BERADA.

    ReplyDelete
  3. Dalam byk2, bab penyatuan tu menarik perhatian - tu yg benar..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya kapal tu telah membawa satu teknologi komputer yg mampu menerbangkan pesawat tanpa juruterbang untuk dibawa ke China dan dibangunkan disana barang tu kepunyaan Amerika yg telah dirampas di perang Afghanistan dulu dan telah dibeli oleh warga China

    ReplyDelete