Klik untuk kembali ke Halaman Utama

24 January 2014

Sultan Muhammad Al-Fateh - Siri Ketokohan Pejuang Islam

Kelebihan Constantinople

Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.

Constantinople begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”

Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” 
- (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Reaksi Para Sahabat

Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
(
Masjid Abu Ayyub al-Ansary di Turki

Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.

Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harun ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.

Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.

Muhammad Al-Fateh?

Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.

Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.

Pendidikan

Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu. Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek. Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda.

Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.

Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.

Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja.

Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”

Strategi Ketenteraan

Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.

Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini. Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.

Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Serangan ke atas Constantinople

Dari suduk geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang, Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.

Menara Bergerak

Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Ketenteraan dari Vatican

Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat.

Maharaja Byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.

Penawanan Constantinople

- kapal melalui gunung

Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.

- Suntikan semangat jihad

Baginda yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.

- Memanjat kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

- Karisma sebagai Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”.

Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.

- Terowong

Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.

Penawanan Constantinople 

Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Constantinople ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambul (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambul kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.

Sebaik-baik Raja

Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.

Faktor kemenangan

Sesungguhnya kemenangan tersebut berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu.

Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.”

Sumbangan utama Muhammad a Fateh?

Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai tarikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.

-  Kebebasan beragama

Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih Anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

- Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan

Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

- Perkembangan Tamadun

Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.

Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.


Rujukan dan Penghargaan

• Dr Eaman Mohammad Abbas 
  Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007

• Sheikh Muhhammad Sa’id Mursi 
  Tokoh=tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Pustaka al Kauthar Jakarta 2007

• Dr Ali Muhammad as Salabi 
  Biography of Muhammad al-Fateh. Maktaba as Sahaba

• Mohd Fauzi Asmuni 
  Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople
  satuperkongsian.wordpress.com

• Hasrizal Abdul Jamil 
  Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan Istanbul – 2007
  komuniti.iluvislam.com


Begitulah hebatnya bagaimana seorang pemimpin Islam yang begitu berjaya dalam hidupnya. Walaupun dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, tanggungjawab beliau dalam memperjuangkan agama Islam menjadi keutamaan dalam hidupnya. Keimanan dan ketakwaan di dalam dirinya mengatasi rakyat dan juga tenteranya!

Sangat jauh kalau nak dibandingkan peribadi beliau dengan peribadi para pemimpin yang memimpin negara kita sekarang. Apatah kalau nak dibandingkan terus dengan Rasulullah SAW...
Seperkara yang menarik, jika dilihat era Sultan Muhammad Al-Fateh ketika menakluk Constantinople pada 1453 adalah sezaman dengan era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Sekiranya teknologi perang beliau pada ketika itu dianggap hebat oleh masyarakat Barat terutamanya dengan kewujudan meriam berskala besar yang dihasilkannya, adalah agak mustahil Kesultanan Melayu Melaka yang juga sebuah kerajaan Islam gagal memperolehi teknologi tersebut. Malahan Hang Tuah juga pernah diutuskan ke Rom untuk membeli bedil dan ubat bedil sebanyak 2000 pucuk ketika itu.
Rekod dan sejarah kita dimanipulasi sehingga menyatakan faktor kejatuhan empayar Melayu Melaka adalah disebabkan tentera Melayu berjuang dengan keris dan tombak. Satu penghinaan yang sangat besar kesannya yang berjaya membunuh jatidiri Melayu sehingga kini walaupun sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa Terakol ataupun meriam kecil yang disisipkan oleh orang Melayu suatu ketika dahulu menjadi pemangkin dalam penciptaan pistol yang kita kenali kini.

Begitulah sejarah dipesongkan oleh mereka yang berkuasa. Kota Melaka yang setanding dengan pelabuhan barat ketika itu dikatakan hanya berbentengkan kayu sahaja sedangkan jambatan utama yang merentangi Sungai Melaka dikatakan amat strategis dalam pertahanan kota Melaka dimusnahkan sehingga memakan tempoh 7 hari. Adakah kemungkinan sebenarnya Portugis memerlukan masa yang lebih panjang untuk menawan Melaka? dan sejarah dimanipulasi bagi kepentingan mereka kononya sebuah kerajaan agung di Nusantara yang dikelilingi oleh kerajaan-kerajaan kecil di di sekelilingnya ditawan dalam tempoh kurang sebulan? Mungkinkah episod penawanan Melaka oleh Portugis sebenarnya memakan masa yang agak panjang disebabkan gangguan dan halangan dari pejuang-pejuang di seluruh Kepulauan Melayu ketika itu yang datang mempertahankan Melaka?

Buka mata dan celikkan minda. Lihatlah dengan pandangan hati yang tajam. Lihat saja pembohongan British yang menyatakan orang Melayu tinggal di atas pokok. Mereka mempermainkan kita sebenarnya. Mereka mahu generasi yang ada kemudiannya menjadi generasi yang dungu dan bodoh. Mereka menghapuskan ketamadunan kita supaya wujud satu masyarakat kemudian yang tidak tahu sejarah bangsanya sendiri! Akibatnya? Kita menjadi satu kelompok bangsa yang terkebelakang dan menyendiri dan sehingga kini kita terus diselubungi pelbagai masalah dalaman dalam jiwa bangsa kita yang merugikan.

Kita leka berjuang memperbaiki dalaman kita manakala mereka terus melangkah gemilang mencipta kejayaan. Bangkitlah anak bangsaku... Bangkitlah dengan semangat Islam untuk melakar semula sejarah gemilang kita!   

23 January 2014

Salahuddin Al-Ayubi - Siri Ketokohan Pejuang Islam

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.
Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.

Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.

Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

* dipetik dari suraual-ikhwan.blogspot.com
Begitulah kehebatan seorang pejuang Islam yang menzahirkan keseluruhan hidup beliau kepada Islam. Sultan Salahuddin Al-Ayubi... seorang pemimpin berjiwa rakyat dalam ertikata yang sebenarnya!

Semangat perjuangannya begitu tinggi sehingga beliau tidak punya apa-apa kecuali kalimah Allah yang terpahat kemas dalam jiwanya. Akan adakah pemimpin Islam di bumi Malaysia yang mempunyai semangat kental seperti beliau? 

Semoga ketokohan beliau dapat difahami dan dihayati setiap dari kita. Biarlah semangat perjuangan beliau meresapi dalam diri kita untuk kita pertahankan daulah Islamiyah di nusantara ini. Sedarlah... sesungguhnya kita kini memasuki fasa paling sukar dalam mempertahankan kesucian Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kita sebenarnya sedang berperang dengan satu rancangan licik memusnahkan Islam secara halus yang dilancarkan kepada Islam tanpa semboyan.

Ayuh kita bangkit dan mempertahankan kalimah Allah untuk terus berdiri teguh di Tanah Melayu ini. Berjuanglah agar apabila ditanya kelak apakah sumbangan kamu untuk Islam, maka kita sudah punya jawapannya!

22 January 2014

kuasa SUJUD - Siri Keagungan Al-Quran

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya :-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim) 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

”Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” 
(Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- 
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” 
(Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

* dipetik dari halaman facebook Za Fi Za.

13 January 2014

Ya Rasulullah... Kami RINDU padamu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Kutahu cintamu kepada umat
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

09 January 2014

Perlembagaan negara dicabar, pengkhianat perlu di USIR KELUAR!

Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006.

Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini.

Pada 11 Februari 2009, semakan pusingan pertama terhadap Malaysia telah dilakukan di ibu pejabat UNHRC di Geneva. Sebanyak 62 syor telah diutarakan dan seramai 90 wakil Negara-negara anggota PBB bercakap dan memberikan saranan kepada Malaysia.

Pada 24hb Oktober 2013, Malaysia telah melalui semakan ini di Geneva untuk menjawab beberapa tuntutan yang telah dibuat ke atas Malaysia berhubung kepatuhan hak asasi manusia negara kita.Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah Sisters In Islam) dan SUARAM (satu lagi pertubuhan tidak sah yang tidak berdaftar dengan ROS) 

Apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkananak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air ini.

Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh COMANGO dalam proses UPR jelas tidak tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Mereka sengaja cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sumpah DYMM Yang DiPertuan Agong menurut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Tujuan mereka membuat pelbagai tuntutan sedemikian di UNHRC Geneva?

Jika mereka ingin menggunakan helah bahawa tuntutan mereka adalah berdasar perisytiharan-perisytiharan antarabangsa namun Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mereka tidak boleh menyanggahi kedaulatan perlembagaan sesebuah negara.

Malah jika kita teliti kes-kes dalam mahkamah di Malaysia, mahkamah telah memutuskan tentang kedaulatan undang-undang Negara mengatasi perisytiharan-perisytiharan antarabangsa.

kedaulatan negara vs perisytiharanContohnya, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dan Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara, hakim-hakim yang terlibat bukan sahaja menegaskan kedaulatan perlembagaan negara tetapi turut menyatakan bahawa deklarasi-deklarasi PBB bersifat hanya deklarasi dan tidak mengikat mana-mana negara
Hakim Eusoffe Abdoolcader (Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia) menyatakan:

The Universal Declaration of Human Rights … is not a legally binding instrument as such and some of its provisions depart from the existing and generally accepted rules. It is merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our (Malaysian Federation’s) municipal law … In brief, it connotes that the proposed course is conducive to the advantage of the end in view and not to its detriment

Kemudian, Hakim Siti Norma Yaakob (Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara) menyatakan:

It must be borne in mind that the 1948 Declaration is a resolution of the General Assembly of the United Nations and not a convention subject to the usual ratification and accession requirements for treaties. By its very title it is an instrument which declares or sets out statement of principles of conduct with a view to promoting universal respect for and observance of human rights and fundamental freedoms. Since such principles are only declaratory in nature, they do not, I consider, have the force of law or binding on Member States. If the United Nations wanted those principles to be more than declaratory, they could have embodied them in a convention or a treaty to which Member States can ratify or accede to and those principles will then have the force of law.

Maknanya mahkamah memutuskan bahawa prinsip-prinsip di buat di PBB itu bukannya berbentuk perjanjian dan tidak boleh mengatasi kedaulatan negara. COMANGO janganlah menyalak menyanggah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

sumber : https://www.facebook.com/muslimupro?fref=ts


Jelas COMANGO merupakan satu badan haram yang telah mencabar perlembagaan negara! Kita tidak perlukan pengkhianat. Kerajaan seharusnya bertindak segera menghapuskan ancaman ini. Masyarakat melihat kerajaan terlalu longlai dalam menangani masalah ini sehinggakan orang lain berani mencabar kedaulatan negara. Apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin kita?

Mungkinkan kerajaan mempunyai strategi tertentu yang akan digunakan bagi melumpuhkan COMANGO demi memastikan kedamaian dan keamanan di malaysia terus terpelihara atau apakah kerajaan Malaysia sebenarnya merupakan sebahagian dari sandiwara ini???

Jika dilihat dari perspektif dunia, Islam sememangnya diancam bermula 11 September 2009 sehingga menjadikannya sebagai musuh masyarakat antarabangsa. Apakah warga tempatan mengambil peluang ini bagi menunjukkan belang sebenar mereka ketika Islam dilihat menjadi begitu lemah bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. 

Satu persatu negara Islam dihancurkan dunia menerusi pelbagai konspirasi. Apakah sekarang mereka sedang menumpukan serangan ke atas Islam di Malaysia dan juga Indonesia yang dianggap sebagai benteng terakhir lantaran mempunyai penganut yang ramai. 

Pelbagai sudut serangan dilancarkan dengan pelbagai isu dari yang besar melibatkan penggunaan kalimah Allah sehinggalah yang remeh seperti arahan larangan bahasa Jawi di sekolah aliran Convent. Apa yang jelas memang satu rancangan besar sedang diatur bagi menghancurkan Islam. Amat malang bagi kita apabila kerajaan dilihat terlalu berhati-hati menangani isu ini. Apakah ini disebabkan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri atau kerajaan kita sebenarnya takut untuk bertindak balas lantaran campurtangan 'The Hidden Hand'.

Apa yang pasti semua isu ini ditimbulkan dikala cengkaman politik parti yang mendukung kerajaan dilihat begitu lemah dan hampir tidak berdaya menangkis serangan parti pembangkang yang semakin berbisa. Paling menyedihkan apabila parti pembangkang juga terlihat seolah memainkan peranan dalam isu ini sehingga sanggup menggadaikan kesucian Islam lantaran begitu kepingin memegang tampuk kekuasaan.

Apapun... perancangan Allah pastinya lebih hebat dari perancangan mereka. Umat Islam tidak perlu bimbang tentang serangan ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersatu dan kembali berpegang pada kalimah Allah. Lupakan politik demi memastikan Islam terus dipertahankan.

Buat COMANGO serta semua individu yang juga sealiran dengan perjuangan mereka, Jangan fikir anda bebas berbuat apa sahaja di bumi bertuah ini. Beratus tahun alam nusantara dirampas menerusi penjajahan. Kemewahan dan kekayaan bumi ini diperlakukan sewenangnya tapi PERLU dingat bahawa akidah dan pegangan kami masih utuh. Penjajahan minda mungkin mencalarkan iman kami, tapi percayalah umat Islam nusantara akan bangkit semula mempertahankan ISLAM. 

Anda berbangga dengan 'The Hidden Hand' yang cukup berkuasa membantu anda dari belakang, namun kami seluruh bangsa MELAYU di Nusantara tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan anda. NANTIKAN GENDERANG JIHAD YANG BAKAL DIPALU, KITA LIHAT SIAPA YANG BEROLEH KEMENANGAN KELAK! 

Bersama kita berkempen menyeru penyatuan umat Islam menerusi http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara/sign.html#se yang kini baru mencatat 74,672 bantahan. Kumpulkan seramai mungkin kenalan anda untuk bersama suarakan bantahan ini sehingga mencapai 1,000,000 orang kelak.

07 January 2014

Tuntutan COMANGO... cabaran getir buat ISLAM dan bangsa MELAYU



Apakah sebenarnya yang diperjuangkan COMANGO? Ramai antara kita yang tidak tahu malahan ramai juga yang buat-buat tak tahu. Apakah 13 perkara yang diperjuangkan COMANGO tidak mendatangkan kesan kepada kehidupan harian kita. 

Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah kita mengenali The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri dari 54 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) . Mereka telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini telah dibentangkan pada 24 Oktober 2013 yang lalu di Human Rights Council, Geneva, Switzerland. ianya dipanggil Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia yang dikendalikan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) setiap 4 tahun malahan pembentangan dari COMANGO dikatakan adalah yang kedua terpanjang yang dibahaskan selepas China. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Apakah hak COMANGO sebenarnya untuk mengadu domba hal-hal berkaitan Islam kepada dunia luar? Apakah NGO-NGO yang bergabung di bawah COMANGO sebenarnya adalah mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhannya? Adalah dipercayai hanya 12 dari 54 gabungan tersebut adalah berdaftar manakala selebihnya lebih wajar dipanggil pertubuhan HARAM.

54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO adalah seperti berikut:

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka (SM),
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group (FSSG),
19. Good Shepherd Welfare Centre (PKGS),
20. Health Equity Initiatives (HEI) ,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society (RGS),
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).



Apakah sebenarnya yang berlaku? Kenapakah mereka ini dilihat begitu kurang ajar dengan melanggar sensitiviti rakyat malaysia terutamanya bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal di Tanah Melayu? Apa tindakan kerajaan Malaysia sebenarnya?

Kerajaan Malaysia dilihat begitu lemah bermula selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad. Bangsa-bangsa lain mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan yang ketika itu tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Bermula dengan serangan ke atas ekonomi Malaysia, kemudiannya menyokong tokoh yang mampu melemahkan cengkaman politik kerajaan, memberi tekanan dan sokongan bersyarat dan akhirnya melancarkan serangan beragenda melalui pelbagai isu.

Tekanan masyarakat dunia ke atas Islam digunakan sepenuhnya sehingga mereka berani mencabar orang Islam di Malaysia. Apakah reaksi orang Islam sendiri dalam menghadapi serangan ini?

BERSAHAJA mungkin adalah jawapan yang paling tepat. Orang Melayu yang juga Islam benar-benar berada dalam situasi selesa sehingga menganggap apa sahaja ancaman sebagai perkara kecil yang perlu ditangani kerajaan. Apakah kita sebenarnya perlu mengharapkan kerajaan dalam isu mencabar kesucian Islam ini? Apakah kerajaan sekarang boleh diharapkan bagi memelihara Islam di sini? Tanya diri anda sendiri dan berikan jawapan anda dengan jujur! Hindraff yang suatu ketika dulu memusuhi kerajaan dan menjadi sahabat karib pembangkang kini merupakan salah satu sahabat kerajaan gara-gara mengharapkan sokongan masyarakat India. Kaum China dilihat tidak menyokong kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu walaupun sebelum PRU mereka diklasifikasikan sebagai sahabat setia yang diharapkan.

Usul mengutuk COMANGO yang dibawa kerajaan juga ditolak oleh Dewan Rakyat pada 2 November 2013 yang lalu. Amat malang usul berkenaan adalah dibawa oleh kerajaan yang memerintah dan pantas ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang merupakan individu yang dilantik kerajaan sendiri.

Kalimah Allah yang menjadi panas di seluruh negara gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan sehingga perlu diputuskan oleh mahkamah. Malahan lebih menyedihkan apabila isu ini dipolitikkan tanpa wujud kesedaran untuk bersatu mempertahankan kesucian Islam dan mengorbankan fahaman politik. Semua organisasi yang berorientasikan Islam samada NGO mahupun parti politik seolah dinafikan peranan mereka dalam isu ini dengan hanya memberi laluan publisiti kepada mereka yang diperkenankan kerajaan sahaja.

Apakah ini seharusnya dilakukan kerajaan? Usul COMANGO sendiri jelas mencabar kredibiliti Islam sebagai agama persekutuan. Perlembagaan Malaysia seolah dipersenda dan dipermainkan sewenangnya tanpa pembelaan malahan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua Agama Islam diperkecilkan. Kenapa tiada menteri yang melaungkan slogan untuk menghalau mereka yang terlibat dengan COMANGO keluar dari Malaysia. Kenapa tidak ada pendedahan besar melalui media utama di seluruh negara bagi meminta umat Islam bersatu mempertahankan Islam? Apakah Islam sebenarnya kini memasuki frasa yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk? Apakah kerajaan yakin boleh menangani perkara ini dengan mudah? atau mungkinkah kerajaan sebenarnya menerima tekanan masyarakat antarabangsa sehingga sanggup mengenepikan maruah Islam sendiri?

Sungguh rumit bila memikirkan perkara ini? Sungguh kecewa dengan apa yang berlaku di bumi Malaysia yang satu ketika dahulu merupakan pusat penyebaran Islam yang unggul. 

DEMI ALLAH... ISLAM AKAN TETAP KAMI PERTAHANKAN WALAU DENGAN NYAWA SEKALIPUN. JANGAN CABAR KESABARAN KAMI! BUMI YANG PERNAH DIKENALI DENGAN NAMA TANAH MELAYU INI AKAN BERMANDI DARAH DEMI MEMASTIKAN ISLAM TERUS DIHORMATI. 

Tuntutan COMANGO akan diputuskan oleh UNHRC pada Mac 2014 ini. Apakah kesannya kelak pada kita? 

Teruskan sahaja dengan urusan seharian kita sebab urusan ini bukan urusan kita!!! Biarlah mereka nak lakukan apa sahaja asalkan kita masih boleh bersembahyang dan menjalankan ibadah tanpa gangguan!!! Tumpukan sepenuh perhatian untuk mencari rezeki sebanyak yang boleh walaupun ada anak bangsa sendiri yang tidak cukup wang hanya untuk membayar yuran persekolahan!!!

Selepas ini tuntutan untuk mendapatkan hak sebagai bumiputera pula akan diusulkan selaras dengan slogan MANJA kerajaan iaitu 1 Malaysia. Bermakna selepas ini anak cucu kita tidak lagi berbangsa MELAYU kerana akan tercatat diminda mereka sebagai bangsa MALAYSIA seperti mana bahasa Melayu yang ramai generasi muda tidak tahu kerana lebih sinonim dengan Bahasa Malaysia.

Apalagi yang tinggal kelak? Tanah Melayu sudah lama dipadamkan dalam peta dunia. Kalau dulu bangsa lain amat berhati-hati memperkatakan tentang Melayu, apakah senario itu wujud lagi masa kini?

Paling nyata nama MELAYU sendiri semakin lama semakin cuba dihilangkan oleh kerajaan yang di dukung oleh orang Melayu. Dengan hak bumiputera ke atas semua dan juga tuntutan COMANGO yang jelas mengancam ISLAM, apakah kita kelak bersedia untuk MEREMPAT DI TANAH WARISAN INI.....?