Klik untuk kembali ke Halaman Utama

13 January 2014

Ya Rasulullah... Kami RINDU padamu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Kutahu cintamu kepada umat
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah... Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

2 comments:

  1. Tak berapa moleklah ayat-ayat di sini seperti "syafaatkan kami" dan "Kurniakanlah syafaatmu" seolah-olah macam ayat minta kat dewa-dewi pulak. Ikhlas cakap ni.

    Keduanya hanya orang yang berjauhan dengan Rasulullah je cakap rindu-rindu ni. Kalau kita amalkan sunnah sedikit pun tak apa tetapi secara berpanjangan rasanya Rasulullah itu kita akan rasa dekat. Contohnya kalau kita menyelamatkan seekor babi dari tersepit maka kita akan ingat akan sifat Rasulullah akan kasih dan ehsannya kepada haiwan.

    Contohnya lagi kalau kita simpan dan merapi janggut maka kita akan rasa diri dekat dengan Rasulullah. Tetapi kalau kita simpan janggut untuk tunjuk kat orang kita ni warak (isu hati dan riak susah nak elak) atau untuk keinginan biologi kita untuk membiak (janggut di katakan mempunyai fungsi seksual - sebagai antena atau titip penyebaran hormon dan bauan kimia lelaki) mana nak rasa diri dekat dengan Rasulullah ye tak?

    Akhirnya kita kena berusaha dalam amalan kita sampai diri kita tidak perlukan syafaat Rasulullah s.a.w.. Setahu saya syafaat ni untuk orang yang cukup-cukup makan atau dekat-dekat nak fail amalannya.
    Malulah kita sebab kita kena meminta-minta kepada Rasulullah walhal ajaran dan penyampaian beliau sudah sempurna. Oleh itu marilah kita berusaha dalam amalan kita kita bersama-sama memajukan diri dalam amalan sampai Rasulullah tak perlu berikan syafaat. Kenapa kita perlu nak menyusahkan dan lambat-lambatkan lagi perjalanan akhirat Rasulullah s.a.w. Kalau kita benar cintakan Rasullah s.a.w marikah kita mempermudahkan urusan akhirat Rasulullah s.a.w. Sya faham ini mustahil rasanya sebab kita ni kebanyakkan akan fail tetapi sekurang-kurangnya meminimumkan urusan syafaat ini agar Rasullulah boleh terus melaksanakan urusan akhirat baginda dengan lebih mudah. Kita semua BOLEH. GAMBATEH!!!!!! cakap orang Jepun.

    ReplyDelete