Klik untuk kembali ke Halaman Utama

20 October 2011

Misteri 1500 tahun dahulu kian TERBONGKAR...?

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian. 

- Hadith riwayat Muslim
“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith riwayat Ahmad
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim 
Apakah fesyen bertudung yang sedang kita lihat sekarang ini adalah sama seperti yang dimaksudkan dalam hadith ini? Apakah ini antara yang tergambar pada Rasullullah SAW hampir 1500 tahun dahulu...?

Wallahualam

3 comments:

  1. diharapkan pompuan2 muslimah ni semua bukan memakai tudung disebabkan fesyen tp disebabkan nak tutop aurat. InsyaAllah...


    MySuaraBlog: Sebab2 Kenapa Tiada Sesiapa Yang Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China

    ReplyDelete
  2. KALAU BENAR, MAKA ELOKLAH KITA SALING NASIHAT MENASIHATI KEPADA ISTERI DAN SAUDARA MARA PEREMPUAN KITA...

    ReplyDelete
  3. dalam kita tak sedar, rupanya hadith rasullullah ni macam kena je dengan bangsa kita... astagfirullah

    ReplyDelete